Isnin, 24 Ogos 2009

Baik-baik

Semekom. Haaa, jangan ajar diri bagi salam macam ni tau. Entah apa la makna dia, penulis pun tak tahu. Yang lebih teruknya kalau bagi salam tu tinggal bunyi ‘kom’ je. Jadi ini salam penulis untuk kawan-kawan semua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ni penulis nak cakap fasal buat baik dan buat tak baik. Bukan buat jahat. Tapi buat tak baik.

Syarat-syarat buat buat baik yang mesti dipatuhi semua orang sama ada sebagai orang yang buat baik atau yang dibuat baik kepadanya.

  • Bila ada orang buat baik, kita tak boleh kecilkan usaha dia nak buat baik.
  • Kita juga tidak boleh mempermainkan orang yang berbuat baik pada kita atau pada sesiapa sahaja.
  • Buat baik mesti kerana Allah.
  • Kita mestilah berlumba-lumba buat baik.
  • Bila dah terlintas nak buat baik, jangan fikir banyak kali ok. juz do it
  • Kalau dah berjaya buat baik mestilah jadikan perkara baik itu ‘melekat’ pada diri kita tau. Jangan rasa rugi kalau kita buat benda baik itu kecil aje. Tapi kalau benda baik kita buat tu ‘besar’, ingatlah tok sah jadi orang yang kene tindih ke perasaan perasan bagus tu. Jangan putus asa nak buat benda baik. Kalau tak berjaya hari ni, esok ada lagi. Yang penting usaha. Kata pensyarah penulis “yang penting adalah proses, berjaya atau tidak itu cerita lain”

So itu bab nak buat baik. Ni pulak bab buat tak baik.

  • Memperlekeh orang lain yang buat baik.
  • Mempermainkan orang yang berusaha menurut syariat Allah.
  • Mengusik-usik orang yang berusaha berubah menjadi orang yang baik.
  • Menghina dan memperkecilkan usaha orang lain untuk jadi baik..

Haaa, jangan ingat buat jahat je dapat dosa. buat tak baik pun dapat dosa jugak tau. Silap-silap habis bankrap pahala yang kita buat selama ni. Kalau tak nak bankrap baik tinggalkan je aktiviti-aktiviti tak berfaedah tu..

Ayuh jadi baik dan berusaha menjadi baik. Jadi baik tak rugi. Buat baik susah, buat jahat pun susah. Tapi buat baik, hati jadi bahagia, Allah pun suka. Kalau buat jahat, hati sengsara, Allah murka, itu bukan matlamat kita. So jadilah baik. Jangan malu untuk berubah. Jangan biarkan diri kira diselubungi kesalahan zaman silam. Allah Maha Pengampun. Semoga kawan-kawan semua jadi orang baik-baik..

Tiada ulasan:

Entri terkenal