Sahabat Rasulullah dulu sanggup tinggalkan kekayaan dan keselesaan hidup kerana memilih Islam. Contohnya Mus’ab bin Umair. Nak bagi senang kawan-kawan imagine macam nilah.
Mus’ab ni anak orang kaya. tak pernah bau busuk lansung, maksudnya pakai minyak wangi lah. Baju pun tak main lah kain kasar. Semua orang kenal dia. Semua orang tahu dia anak kesayangan mak dia. Bayangkan kalau kitalah, dah dapat baju cantek. Bau pun wangi sentiasa. Duit poket mesti kalah orang lain punya. Kalau kitalah jadi Mus’ab, Senang-senang ke kita nak buang semua tu kerana satu sebab? Sebab apa? sebab Islam.
Itu pun bukan dia yang buang. Mak dia yang tak nak bagi. Kononnya nak buat Mus’ab kembali kepada agama nenek moyang dia. Tapi Mus’ab tak goyah lansung. Walaupun mak dia dah mogok lapar. Siap cakap lagi kat mak dia lagi
“sekiranya ibu dikurniakan seratus nyawa dan dicabut satu persatu, nescaya saya tidak akan kembali kepada agama asalku”.
Haaa.. baca betul-betul. Kita sekarang nak suruh boikot makanan yang menyumbang kepada orang kafir pun tak dapat. Nak jadi macam Mus’ab? Haduh-haduh.. Macam mimpi je kan. Macam mana neh?? Tapi tak de benda yang mustahil atas dunia ni. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Pertahankan prinsip agama Islam. Bukan pertahankan prinsip hidup kita. Kalau prinsip hidup kita itu sama dengan prinsip Islam okaylah. Contohnya: Islam tidak pernah redho dengan dosa dan maksiat. Jadi kita janganlah sampai takde perasaan bila diri kita buat maksiat ataupun orang lain yang buat. Nampak tu?
Jangan rasa letih dan putus asa. Eh, dah tak tahu dah nak buat macam mana. Memang dia tu memang tak makan saman. Lagi orang tak makan saman, lagi panjang perjalanan kita, lagi banyak lah pahala yang menunggu kita kutip dia kat tepi-tepi jalan tu. Kalau sekali buat terus jadi, Sikit jela pahala kita dapat. Sebab sekejap je..
Jangan tangguh lagi untuk jadi manusia beriman. Mulakan sekarang. Kita tak tahu kita mati bila..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan