Jumaat, 28 Ogos 2009

Komunikasi satu kemahiran 1


Hidup kita ini takkan jalan kalau kita tak bercakap lansung. Atau tak de perasaan langsung. Sebab itu Allah bagi kita mulut, telinga, mata, dan perasaan. Supaya hidup kita jalanlah. Jalan pergi mana? Jalan pergi syurga ok. Bukan neraka. Wush, rasa ganas pulak cakap neraka. Habis nak sebut apa lagi.. Dah memang namanya neraka kan?.

Semua orang Allah bagi perasaan, haiwan pun ade perasaan betul tak? Cewah macam pernah jadi haiwan pulak penulis ni. Bukan macam tu, tapi nak bagi kita semua sedar, kita semua ade perasaan. Dan kita semua memang dipengaruhi perasaan. Apa yang berbezanya adalah:

Setengah orang Allah bagi dia kaya dengan perasaan dan setengah orang tu, Allah bagi dia miskin dengan perasaan dan ada juga orang yang Allah bagi dia cukup-cukup je perasaan.

Haa, inilah yang nak kita sama-sama terima. Walaupun kita semua ada mata, ada hidung ada mulut ada tangan dan ada hati, eh? ada hati macam lain macam pulak yer? Bukan ada hati simpulan bahasa tu. Ni ada hati yang membawa maksud memiliki hati. Tapi kita semua berbeza darjah fikiran serta sudut pandangan.

Cane tuh? Ni penulis kasi contoh:

Haa nampak tak gambar kat bawah ni?

(gambar ladang teh dekat Cameron Highland)

Apa yang kawan-kawan fikir? Lain orang lain cara dia fikir walaupun tengok gambar yang sama.

Betul tak? Cuba tengok list kat bawah ni.. Kalau kawan-kawan terfikir benda lain bubuhlah dekat bahagian komen

  • cantiknya ladang teh.. hijauuu nya
  • Wah bestnya dapat ambil gambar kat cameron
  • betul ke ni gambar ladang teh kat cameron?
  • Ni dia ambil gambar sendiri ke ade orang lain bagi kat dia? takpun cari kat internet je?
  • Takde gambar lain ke nak letak? bosan betul
  • Ni mesti ade sesuatu yang significant dengan gambar ni, sebab tu dia letak
  • Kenapa tak letak banyak-banyak lagi? Satu je ke?
  • Kenapa mesti pilih gambar ni kenapa bukan gambar lain?
  • Subhanallah bukit-bukit ciptaan Allah telah digunakan sebaik-baiknya oleh manusia
  • Kenapalah manusia tanam teh banyak-banyak kat bukit tu, habis la tumbuhan hutan Malaysia
  • Bahagia betul tengok gambar ni, kalau letak lagi banyak mesti best

Tiada ulasan:

Entri terkenal