Isnin, 12 Disember 2011

saya mahu jadi macam mereka..

"Walaupun mereka di penjara, di ugut, di seksa.. mereka tetap waras dan masih meneruskan tanggungjawab mentarbiyyah diri dan berdakwah.."

Dipetik dari kata-kata seorang tokoh..

Di dalam penjara pun mereka masih boleh menulis tafsir..
Di dalam penjara pun mereka boleh mengajak orang lain untuk menjadi lebih beriman..

Penjara mereka bukan selesa macam hotel.
Busuk kerana disitulah tandas, disitulah tidur..

Kuatnya mental mereka..!

Kita?

Baru banyak kerja sekolah sikit sudah terasa kurang betul otaknya..
Baru dikutuk sebakul.. sudah rasa hina macam kuman..
Baru diberi tanggungjawab lebih sikit dari orang (perasan banyak), sudah rasa mahu meninggalkan segala kerja..

Hmm..
Bukan salah merasa begitu..
Tapi mungkin kita masih jauh untuk mencapai cita..
Jika 'itu'lah keadaan kita.

ops. mereka itu anggota IM yang sangat ikhlas beriman kepada Allah.

Tiada ulasan:

Entri terkenal