Khamis, 8 Disember 2011

Mendengarlah

Assalamualaikum warahmatullah,

Mulut satu, telinga dua.
Tapi cakap banyak, dengar sikit.



Hmm.. hikmah kejadian telinga dan mulut semenjak zaman Nabi Adam a.s. hinggalah kini sama sahaja.
Sebagaimana yang telah tertera dalam Surah Al-Mulk ayat 2,


   Ï%©!$# t,n=y{ |NöqyJø9$# no4quptø:$#ur öNä.uqè=ö7uÏ9 ö/ä3ƒr& ß`|¡ômr& WxuKtã 4 uqèdur âƒÍyèø9$# âqàÿtóø9$# ÇËÈ  
Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat).
Banyak betul cerita dan ketidak puasan hati pada urusan hidup dan pergaulan sesama manusia hingga kita hanya memaksimumkan penggunaan mulut semata.



Sedangkan telinga juga di perlukan.

Mendengarkan firman Allah.
Mendengar pesanan-pesanan Rasulullah.
Mendengar kata-kata nasihat dan peringatan.
Mendengar keluhan-keluhan sahabat handai dan taulan..

Kuasa mendengar..

Menyejukkan yang panas.
Menyedarkan yang lalai.
Mengetuk fikiran yang selama ini begitu taksub.
Mengubah persepsi
Menukar perwatakkan manusia

Ya, Hanya dengan mendengar..

Selamat mendengar!

Tiada ulasan:

Entri terkenal