Setiap hari mengadap Al-Quran, tapi entah bila yang terasa itu peringatan dan surat cinta dari Allah.
Allah itu bukan manusia biasa. Allah juga bukan ibubapa yang dikasihi. Jauh sekali kawan, sahabat atau teman bemesra.
Allah itu satu-satunya Tuhan yang layak disembah.
Allah itulah yang menciptakan kita.
Tapi, segala peringatan Allah dalam Al-Quran, dipandang dua mata tapi tanpa hati.
Astaghfirullah..
Hebat, tapi cakap sahaja hebat..
Hebat, tapi manusia sahaja yang menilai hebat.
Hebat, tapi entah tidak tahu apakah matlamat dan tujuan melaksanakan suatu tanggungjawab..
Subhanallah.
Berbanding kata-kata Allah, kita lebih sensitif dengan kutukan yang umpama tembakan peluru berpandu tanpa asap; dari manusia.
Mengapa?...
Mungkin masing-masing diri mampu mengemuka jawapan tanpa suara.
..............................................
Satu prinsip yang perlu di ketahui dan di cadangkan untuk dipegang adalah:
Kita harus menjaga diri agar agama kita tidak "dikutuk" dan "dikeji"..
Tetapi setelah berusaha, datang juga "kutukan" dan "kejian"..
Maka, terujilah keikhlasan dan taqwa..
Sungguh.
Benar-benar teruji.
Oleh itu wahai manusia beriman,
Serahlah urusan itu pada Allah.
Kerana kita tidak akan mampu menjadi sempurna.
Ikhlas bukan dengan kata-kata "aku melakukan semua ini hanya kerana Allah".
Begitu juga taqwa.. Ia bukan sekadar mengucap "aku takut diseksa kelak".
Keikhlasan itu teruji pabila;
Orang yang tidak disukai memberi peringatan pada kita.
Tiada hasil kelihatan walaupun sudah berusaha sebenar-benarnya.
Kebaikan kita di balas keburukan.
Kebaikan dipuji dan dihargai secara berlebihan.
Kejian tuduhan menyusul selepas tersalah melakukan..
Pendek cerita, keikhlasan itu teruji bila kita mula menjadi "begitu ambil berat" pandangan manusia.
Tidak kiralah manusia itu teman dan sahabat, ibubapa dan keluarga, guru dan pendidik, atau masyarakat awam dan media.
Sesungguhnya, ikhlas itu boleh jadi mudah dan susah.
Taqwalah yang akan menjaga ikhlas.
Taqwa itu umpama sifat berjaga-jaga sewaktu melalui jalan berduri..
Subhanallah.
Betapa selama ini kurangnya sifat taqwa dalam diri. Melakukan segalanya dengan prinsip redah!
Asalkan tahu, buat.
Dimana diri ini meletakkan aqal fikiran?
Sedang aqal itulah yang membezakan manusia dan haiwan.
Keadaan mendesak.
Suasana lebih terdesak.
Semangat juga mendesak.
Ilmu juga mendesak.
Mendesak untuk apakah?
Mendesak untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
Tetapi, disana ada iman dan aqal yang perlu digunakan untuk menilai setiap desakan agar melaksana mengikut kemampuan.
Kemampuan agar tidak tersungkur ditengah jalan dalam menelusuri jalan yang sungguh panjang.. kerana luka berdarah akan menjadi perkara biasa sepanjang jalan..
Ya, jalan ini sungguh panjang. Ibarat nafas yang dalam dan panjang.
Tiada kejayaan bagi orang yang melepas nafas sekaligus..
Bersabarlah dengan kepincangan yang ada kerana kita sedang berusaha membaikinya.
Bersabarlah kerana kita tahu, ia bukan kejayaan magis sekelip mata..
Bersabarlah kerana kita sedar kelemahan kita sebagai manusia..
Bersabarlah kerana kita tahu ikhlas itu tidak mudah..
Bersabarlah kerana kita yakin Allah bersama orang yang sabar..
Ampunilah kami ya Allah.
betapa mentah dan pendek akalnya kami dalam menelusuri jalan warisan para Nabi ini..
dan terima kasih Allah kerana dengan rahmat dan kasih sayangMu, Engkau tetap memilih kami untuk berada di jalan ini walaupun hanya sebagai "tukang sapu sampah" di sepanjang jalan..
Sebagai penutup ayuh berdoa, moga Allah berikan kita keikhlasan menempuh jalan panjang ini. Kerana yang menulis juga tidak tahu adakah dia benar-benar ikhlas dalam tulisan ini apatah lagi amalan lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan