Ahad, 11 Disember 2011

Seronoknya dengar cerita Nabi!

Dulu-dulu..
Selalu dengar cerita

Nabi Saleh dengan unta.
Nabi Nuh dengan kapal
Nabi Hud dengan kaum sadum.
Nabi Yunus dengan ikan paus..
Nabi Yusuf dengan adik beradiknya..
Nabi Musa dengan Bani Israil..

Seronok tahu cerita Nabi-nabi..
Banyak mukjizat. Cerita pelik-pelik..

Unta putih keluar bukit..
Banjir besar dan menenggelamkan semua orang kafir
Muka orang ingkar menjadi berwarna warni..
Nabi kena telan ikan nun..
Nabi Musa yang boleh tukar tongkat jadi ular..
Nabi Musa yang hanya orang biasa, siap boleh jadi anak raja bila hanyut dalam sungai..
Nabi Isa boleh bercakap dalam buaian..

Fuh.. menarik sekali cerita-cerita Nabi..

Dahulu..
Ku fikir kisah Nabi-nabi ini sekadar..
Untuk memenuhi tanggungjawab rukun iman ke 4 "beriman kepada nabi dan rasul"
Ya lah..
Beriman kepada Nabi dan Rasul itu maksudnya, mengenali mereka..
Mencontohi mereka..

Tapi ia berhenti di situ..
Entah apa yang perlu dicontohi
Tidaklah aku ketahui..

Sekadar seronok dengar cerita Nabi.
Pergi mana-mana..
Aku pasti bertukar cerita dengan kawan-kawan..
Kawan cerita satu cerita hantu, aku akan cerita satu kisah Nabi..

Rupanya..
Kisah Nabi itu bukan untuk seronok-seronok la! [oh bertuah betul la empunya badan ni]
Ada pengajaran lebih besar di sana..

Mereka adalah orang-orang yang menyintai Allah..!
Dan lebih dahsyat lagi mereka ini di cintai Allah..
Bertambah dahsyat lagi..
Mereka ini berkorban segalanya demi menyampaikan risalah Islam.
Subhanallah..

Patutlah Allah ceritakan kisah mereka dalam Al-Quran..
Boleh pulak aku dengar kisah Nabi 'nak seronok-seronok' aje?..

Tiada ulasan:

Entri terkenal