Sabtu, 10 Disember 2011

Bagaimana mahu jadi kuat macam Rasulullah?

Assalamualaikum..

Selamat pagi dan selamat hari sabtu..

Rasulullah s.a.w...
Siapa tidak kenal Nabi Muhammad s.a.w.. Berapa ratus buku di tulis oleh tokoh sejarah Islam dan bukan Islam tentang baginda.

Siapa tidak rindu Rasulullah s.a.w.. Hingga ada lagu laukana bainana lagi.

Tapi kan..

Rindu Rasulullah itu cukupkah sekadar rindu.
Macam mana dengan ajaran-ajaran yang Rasulullah bawa?.. Bagaimana mahu jadi sekuat dan tabah Rasulullah memikul tanggungjawab dari Allah?

Bagaimana mahu sabar dengan orang-orang jahil sebagaimana Rasulullah..

Betapa penyabarnya Rasulullah dengan orang Yahudi yang mencaci baginda.. Hari-hari Rasulullah suapkan makanan untuk Yahudi buta yang mencaci baginda.

Betapa sabarnya Rasulullah..
Menziarahi jirannya yang terlantar sakit walhal setiap hari buang sampah depan rumah Nabi s.a.w.

Betapa sabarnya Rasulullah..
Bila ada Yahudi rentap kain yang ada di leher Rasulullah..
Sampai berbekas merah di leher Rasulullah
Tapi Rasulullah penuhi permintaan dia..

Batapa sabarnya Rasulullah..
Bila 2 orang yang paling kuat menyokong baginda meninggal.
Rasulullah tetap meneruskan dakwahnya..

Betapa sabarnya Rasulullah..
kena campak batu sampai berdarah..
Dikutuk macam-macam..
Tapi tak marah pun penduduk taif..
Bahkan jibril pun rasa mahu hempap mereka dengan gunung.

Sabarnya Rasulullah kita..
Nabi kita yang sangat mulia hatinya..

Tapi aku, mengaku ummat Muhammad..
Jauhnya berbeza dengan Nabi s.a.w..

T_______________________________T



Tiada ulasan:

Entri terkenal