Rabu, 21 Disember 2011

Mengira MODE

Sewaktu ketika dahulu, Kejahilan menyeliputi diri
Tanpa arah dan tujuan, Jauh dari hidup yang Rabbani
Kini terasa hidayahNya, Oh indahnya mengenali Ilahi

Mengenali rahsia diri, Yang sembunyi dalam kealpaan
 kesusahan kesenangan, Silih berganti sebagai cubaan

Ya Ilahi Rabbi ampunilah, ampunilah kami..

..................................

Bersabarlah menghadapi kedegilan orang jahil.
Kerana kejahilan mereka itulah menjadi sebahagian tanggungjawab kita.
Kepada Allah.

Dan bersabarlah menghadapi kelebihan dan kekurangan diri
Kerana "itulah" sebahagian dari tanggungjawab kita.
Kepada Allah.

"Masa" yang telah diberikan Allah kepada diri sebenarnya cukup untuk melihat betapa Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang..

Subhanallah.

Entah kuat atau tidak melalui "banjir besar" yang melanda..
Dimana-mana ada jahiliyyah..
Tapi dimana-mana juga ada peringatan dari Allah.

Nikmat menerima perbuatan manusia yang menyakitkan itu jauh lebih bermanfaat berbanding nikmat menjauhkan diri dari kesakitan yang dilakukan manusia..

Sesungguhnya, manusia diciptakan untuk diuji imannya.. Untuk dilihat siapa yang lebih baik amalannya disisi Allah.

Dan sesungguhnya, teruji dalam nikmat dan kesusahan sangat menuntut kekuatan untuk sedar bahawa, nikmat itu bukan tanda kasih Allah dan kesusahan itu juga bukan tanda benci Allah. Kerana.
Dunia bukanlah tempat sebenar menerima balasan... Dunia adalah tempat ujian.

Nikmat yang sebenar adalah apabila segala kejadian itu menyebabkan kita merasai perhatian dan kasih sayang Allah!
 
Untuk apa duit banyak tapi lupa Allah
untuk apa dikasihi sekalian manusia tapi Allah lansung tidak memandang..
Untuk apa punya keluarga bertaburan seluruh dunia tapi tidak pernah menjaga hubungan dengan Allah
untuk apa disanjung dan dipuji jika Allah tidak dihati.

Apalah makna hidup tanpa perhatian Allah dan keampunanNya.

Sesungguhnya orang yang menulis ini juga tidak lepas dari dosa lupa dan lalai dari mengingatiNya.

Selamat mencari jalan menuju Allah!

Tiada ulasan:

Entri terkenal