Khamis, 15 Disember 2011

Berjuta alasan hanya kerana satu sebab

Selamat pagi dan salam sejahtera..

Apakhabar iman kawan-kawan semua?
Alhamdulillah, seindah alam.

Cantiknya alam kerana mereka tidak jemu menurut perintah Allah.

Matahari bersinar dengan warna oren.

Langit biru putih dan berkepul-kepul awannya.

Hutan yang hijau dan sentiasa mendamaikan.

Hanya kerana alam ini tidak jemu dan malas melakukan peranan mereka sebagai makhluk Allah.

Pernah dengarkah pada suatu hari matahari sudah malas mengeluarkan cahaya orennya, langit sudah tidak minat lagi menjadi biru putih berkepul-kepul dan hutan sudah jemu menjadi hijau yang pelbagai??

kuang-kuang.. huru hara lah dunia..

Bagaimana pula kita sebagai hamba Allah yang paling baik ciptaannya?..

Pernahkah merasa jemu & malas melakukan sesuatu perkara kebaikan? Walhal bukan tidak tahu, perkara yang kita malas untuk lakukan itu bukanlah pekara dosa atau tidak bermanfaat untuk iman..

ok.. berhenti dan menarik nafas dalam. tenangkan fikiran.

Baiklah, jika malas melakukan, dengan kesedaran "saya sedang malas"..  itu dikira masih ok, walaupun sudah ditahap tidak lama lagi mungkin tenggelam dalam kemalasan..

kerana kesedaran itu membuatkan kita berusaha melakukan perkara baik tersebut sambil melawan kemalasan itu.

Alhamdulillah dan segala puji bagi Allah.

Tapi apa jadi bila sebenarnya kita sedang malas dan tiada hati untuk melakukan perkara baik
dan kita tidak sedar yang kita sebenarnya sedang malas dan tiada hati untuk melakukannya??..

Maka keluarlah
'sejuta alasan hanya kerana satu sebab'

ok, buat ayat berbelit pula kan.
Ayat terang lagi bersuluh adalah:
'Mencari pelbagai alasan untuk menutup rasa malas dan tidak mahu'

Keupayaan melakukan kebaikan itu hanya kerana kekuatan diri kitakah?
Tidak.

Usahlah terlalu perasan.
Dengan rahmat Allah, kita yang penuh dengan salah dan penderhakaan pada-Nya..
tetap diberi peluang dan kekuatan oleh Allah.
Untuk melakukan kebaikan.

Pasti.
Kita sebenarnya berupaya melakukan sesuatu amalan itu kerana ada kehendak yang Maha Berkuasa untuk kita melaksanakan kebaikan itu.

Tapi.
Apa jadi
Bila hati sudah jemu melakukan kebaikan..

Bila hati dan fikiran mula berusaha mencari alasan untuk meninggalkan kebaikan yang selama ini kita lakukan?

Sedangkan selama ini hati dan fikiran berusaha mencari jalan untuk terus melakukan kebaikan itu..
Ayuh
Doalah.
Pohonlah pada Allah.
Berusahalah.

Semoga dihujung doa dan usaha itu ada jalan terbaik untuk kita. InsyaAllah!

p/s: tolong ada sedikit bimbang dalam hati bila kita malas untuk melakukan kebaikan.. bukan kerana takut berkurangnya pahala, tapi kerana takut, Allah tidak suka kita yang melakukan amal baik tersebut.

firman Allah s.w.t. dalam surah At-taubah: 45&46


$yJ¯RÎ) šçRÉø«tFó¡o tûïÏ%©!$# Ÿw šcqãZÏB÷sム«!$$Î/ ÏQöquø9$#ur ̍ÅzFy$# ôMt/$s?ö$#ur óOßgç/qè=è% óOßgsù Îû óOÎgÎ6÷ƒu šcrߊ¨ŠuŽtItƒ ÇÍÎÈ  
Sesungguhnya Yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang Yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan Yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak Dalam keraguannya.

* öqs9ur (#rߊ#ur& ylrããø9$# (#rtãV{ ¼ã&s! Zo£ãã `Å3»s9ur on̍Ÿ2 ª!$# öNßgrO$yèÎ7/R$# öNßgsܬ7sVsù Ÿ@ŠÏ%ur (#rßãèø%$# yìtB šúïÏÏè»s)ø9$# ÇÍÏÈ  
dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang Yang tinggal".


Tiada ulasan:

Entri terkenal