Ada orang buat baik pada kita,
Kita senyum dan berlalu pergi,
Tanpa ucapan terima kasih,
kerana kita rasa..
Yang lebih layak menerima penghargaan diatas bantuan itu
Adalah si Dia yang menggerakkan hati pelaku tersebut.
Kita rasa biasa begitu..
Tapi sebenarnya,
Berterima kasih pada pelaku kebaikan pada kita itu termasuk tanda penghargaan kita pada si Dia yang telah menggerakkan hati pelaku itu untuk berbuat demikian.
Jadi terima kasih pada pelaku baik itu
dan terima kasih juga pada Allah yang menggerakkan pelaku itu berlaku baik.
Oleh itu perkataan yang paling sesuai untuk disebut apabila orang menghulurkan tangan, meringankan beban [macam ciplak ayat TV3 je] adalah:
jazakallahu khayran kathira -untuk lelaki sahaja atau lelaki&perempuan-
jazakillahu khayran kathira -untuk perempuan sahaja-
Maksudnya,
Semoga Allah mengurniakan kebaikan/membalaskan kebaikan yang banyak kepada kamu.
Manakala di pihak kita sebagai penerima terima kasih itu,
sedarlah,
ucapan itu sebenarnya,
tanda syukur kepada Allah kerana bantuan atau huluran kita..
dan kita pun patut bersyukur kerana indahnya sifat Ar-Rahman Allah memberi peluang kita berbuat baik walaupun ada sahaja melakukan maksiat pada-Nya..
Dari Usamah bin Zaid r.a bahwasanya Rasulullah SAW bersabda :
من صُنِعَ إليه مَعْرُوفٌ فقال لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ الله خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ في الثَّنَاءِ
(HR.At-Tirmidzi (2035), An-Nasaai dalam Al-kubra (6/53), Al-Maqdisi dalam Al-mukhtarah: 4/1321, Ibnu Hibban: 3413, Al-Bazzar dalam musnadnya:7/54.
Hadits ini dishahihkan Al-Albani dalam shahih Tirmidzi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan