Rabu, 27 Mei 2009

Mari berkenalan dengan dot-dot.. 4

Keempat:

Kadang-kadang kita rasa kita sudah berusaha, tapi rupanya tidak kena cara. Sebab itulah kita mesti sentiasa rajin muhasabah diri..

Kelima:

Kadang-kadang, kita ini selalu sangat dah hidup dalam nikmat. Sampai tidak ingat betapa banyak nikmat yang Allah beri. Jadi dengan tidak memenuhi satu sahaja dari beribu kehendak kita, mungkin ia boleh menjadi peringatan untuk kita supaya bersyukur.

Keenam:

Mungkin juga kita memang telah dipilih oleh Allah untuk sentiasa mendapat cubaan dari-Nya. Maka bersabarlah dan teruskan usaha serta tawakkal. Ujian dan musibah akan meningkatkan darjat kita di sisi Allah; jika kita mampu melaluinya.

Ketujuh:

Ia mungkin salah satu proses untuk menyucikan hati kita dari segala prasangka pada manusia dan Allah. Bagaimana?

Begini:

jika kita bertemu dengan orang yang sentiasa dalam kesusahan; tidaklah kita bersangka buruk dengan orang tersebut seperti

“huh, tidak berusaha manalah nak dapat” atau

“tulah banyak sangat dosa, macam mana Allah nak bagi”.

Haa, bila kita sudah usaha bersungguh-sungguh dan tidak berjaya. maka pada masa itu, baru kita tahu; ada orang berusaha tapi hasilnya masih ditahan oleh Allah dengan pelbagai sebab.. Yang penting jangan sangka buruk.

Baiklah, penutupnya begini yea.

Tugas kita adalah berusaha dan ikhtiar. Itulah tujuan kita dihidupkan. Hasil dan natijah adalah tugas Allah.

Selagi mampu; berusaha, selagi beriman; tawakkal.

Jika semua yang kita mahu, diperkenan Allah; Maka siapa pula yang hamba?

Usaha untuk berjaya adalah sunatullah. Tapi, usaha tidak berjaya; itu kehendak Allah. Jadi dua-dua tidak salah.

Peranan kita adalah: menghambakan diri kepada Allah. Usaha berjaya, Alhamdulillah. Jika usaha gagal, maka ingatlah rahmat Allah itu LUAS.

Jangan terlalu kagum pada hasil kerana ia milik Allah!

Tiada ulasan:

Entri terkenal