Khamis, 28 Mei 2009

Saya suka dengan..

Haa,lagi sekali buat tajuk provok. Hehe, (dah bukan lagi sekali) tapi setiap kali nak buat tajuk memang buat taktik gitu.

Sebenarnya ayat itu perlu dihabiskan dengan “...tugas seorang guru”.

Hari guru sudah lama lepas. Bukannya tidak ingat, tapi banyak sangat ‘hari’ sekarang. Hari guru, hari ibu, hari bapa, hari alam sekitar, hari keluarga, hari kawan, hari macam-macam lah aaa satu lagi.. hari mau. hmm saje tulis jauh-jauh, itu hanyalah guruan semata.

Sebab apa penulis mahu menulis tajuk ini? Sebab ada sesuatu yang terjadi beberapa bulan lepas. Apa peristiwa itu tidak perlulah diceritakan..panjang. Malas nak buka cerita.

Selama penulis hidup di dunia ini, tiada siapa menafikan kemuliaan tugas sebagai seorang guru. Jika orang bertanya penulis, penulis suka jawapan begini: Guru dan pendidik adalah orang yang berilmu, orang yang berilmu di panggil ulama dalam bahasa Arab. Dan “ulama warathatul anbiya”. Maksudnya, ulama itu pewaris nabi. Haa, mulia sekali seorang guru dan pendidik.

Rasanya orang paling mulia dan berjasa dalam hidup kita selepas ibu bapa.. gurulah. dari tadika sampai unversiti. Siapa lagi yang mengajar kita kalau bukan guru?

Apa yang keluar dari mulut guru semuanya ilmu. Semua ilmu berfaedah. Jika tidak berfaedah di dunia, pasti berfaedah untuk akhirat. Ya betapa orang berilmu ini di muliakan oleh Allah.

“Sesungguhnya orang yang takut Allah dikalangan hamba-Nya adalah ulama (orang yang berilmu)”

Surah Fathir: 28

Tapi jika guru berkata sesuatu yang menyebabkan ibu bapa kita merasa kecil hati, jika guru mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut nya yang telah menyampaikan ilmu, adakah dia benar-benar menghayati ayat Quran ini?

Kadang-kadang orang pesan “ala, jangan ambil hati sangat apa yang cikgu kata”. “kan budak-budak zaman sekarang ni kebanyakkannya nakal-nakal belaka. itulah sebabnya cikgu berkata begitu”

Adakah kerana kebiasaannya, pelajar bersikap nakal maka kesimpulannya dipukul rata begitu? Memang ada murid yang tidak ambil hati dengan gurunya. Kerana dia pun banyak ‘mengata’ kepada gurunya. Bagaimana pula dengan murid yang memang menjaga diri, hati dan mulutnya dari ‘mengutuk’ cikgu yang bukan-bukan; tetapi ‘kena’ kata macam-macam oleh cikgunya dek kesalahan yang tidak disengaja kan?

Penulis tidak mahu menyalahkan sesiapa. Tapi kadang-kadang, kita mungkin perlu renung. Kita merasakan, kita bukanlah sesiapa sangat untuk orang merasai kehadiran kita. Tapi itu Cuma yang kita rasa. Kita tidak tahu rupanya, segala yang kita lakukan itu sangat-sangat memberi kesan pada orang di sekeliling kita..

Tapi janganlah kita jadi terlalu perasan kerana jasa kita mengajar orang lain. Kerana ia adalah peluang yang Allah beri pada kita untuk berbakti pada masyarakat. Tanpa kehendak Allah, jangan lah bermimpi untuk kita melakukan amal soleh.

Tiada ulasan:

Entri terkenal