Rabu, 13 Mei 2009

Aina Syabab? Aina Rijal? Ana musta’iddan! 2

Ikutlah kepala kita selagi dirasakan benar (mengikut kepala kita). Jangan di dengar peringatan-peringatan yang disampaikan orang lain. Ikut suka kitalah, apa kita mahu buat. Aku punya mulut, ikut suka aku nak makan apa. Aku punya badan, ikut akulah mahu pakai apa. Aku punya mata, suka hatilah aku nak tengok apa. Bukan mata awak!

Sampai bila kita mahu jadi orang sebegini? Menyesal di akhirat sudah tiada guna.
Lebih baik menangis menyesal di dunia dari menangis menyesal di akhirat. Menangis di dunia, keampunan Allah masih terbuka, menangis di akhirat, sudah tiada siapa yang mampu membantu. Kita sebatang kara. Tiada sahabat untuk menangis bersama, tiada ibu bapa yang memahami untuk meredakan segala keluh kesah, tiada juga rahmat Allah untuk orang yang terang-terang melanggar perintah Allah di dunia setelah sampai kepadanya peringatan dan amaran.

Bagi yang belum memulakan usaha boikot. Marilah memulakannya. Tiada kerugian pun jika tidak membeli barangan NESTLE. Masih banyak barang alternatif lain.

Sebagai contoh MILO, boleh di ganti dengan VICO, ovaltine, coklat radix HPA dan banyak lagi. KFC dan McD, boleh diganti dengan RFC, Radix Fried Chicken. Jika di kawasan kita masih belum ada RFC dan kempunan sangat mahu makan KFC dan McD, beringatlah, dengan keenakkan kita menikmati ayam goreng KFC, burger McD, kita sedang ‘menikmati’ darah umat Islam Palestin. Haaa, kan bunyi kejam sangat tulis ayat macam tu.

Tapi kalau buat lagilah kejam. Sanggupkah kita ‘bersedapan’ memakan ayam goreng dan coleslow tetapi umat Islam di Palestin ‘bersedapan’ dengan peluru dan bom hasil dari keuntungan kita menikmati ayam goreng KFC dan burger McD? Waduh tidak sanggup lah penulis jadi begitu..

Tiada ulasan:

Entri terkenal