Dalam bas:
Seorang wanita sedang duduk dikerusi betul-betul belakang pemandu. Dia sedang mendukung anak lelakinya. Baru sahaja dipaskan kepadanya oleh seorang lelaki (mungkin bapa saudaranya). Puas berada di dalam bas, budak kecil itu mahu turun. Katanya bas tak bergerak pun. Si ibu tidak membenarkan anak itu turun. Beberapa minit saja lagi bas akan berlepas. Apalagi, menangislah dia kesedihan. Kejamnya ibu tidak memahami kehendak si anak. Kuat sungguh dia menangis.
Setelah hampir semalaman berjalan, bas berhenti disebuah hentian. Untuk memberi laluan kepada penumpang membuang sisa kumuh dan peluang untuk pemandu berehat sebentar. Ternampaklah, sianak yang menangis kuat tadi sudah tertidur. Dia dibaringkan di atas kerusi siibu. Manakala siibu pula duduk dibahagian depan kerusi. Entah bagaimana siibu itu duduk dan membuatkan ruang yang sempit itu mampu didudukinya.
Renungkanlah pengorbanan siibu dalam kisah ini.
Anak menangis dengan kuat di dalam bas. Ibu memujuk hingga dia diam.
Anak mengantuk dan mahu tidur. Siibu memberikan ruang tidurnya kepada anak. Manakala dia tidur dibahagian orang meletakkan kaki sahaja. Perjalanan adalah satu malam.
Jika marahkan ibu tidak memahami kita, maka ingatkan lah diri kita. Berapa banyak pengorbanan ibu selama kita dibesarkan dan lansung kita tidak menyedari pengorbanannya..
Bukan selamat hari ibu. Tapi selamat menyambut bulan rejab, sya’aban dan Ramadhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan