Isnin, 22 November 2010

Mataku matamu itu milik Allah

Sebelum memulakan penulisan kali ini..

Jom kita tengok-tengok dulu segala contoh dibawah:

“Wawhaow.. hensem nye dia! Rambut smart habis! ” Bisik seorang wanita pada rakannya.

“Fuyiooo cantek giler ah dia pakai baju tu. Tak pernah tengok weh!” Kata seorang lelaki yang sedang menunggu bas di tepi jalan kepada rakannya.

“Katakanlah pada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” Surah An-Nur ayat 30.

“Katakanlah kepada perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka dan memelihara kemaluannya dan janganlah kamu menampakkan perhiasan kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutuskan kain kerudung ke dadanya...” Surah An-Nur ayat 31.

Bila kita lupa, ada sahabat yang mengingatkan. Bila sahabat kita lupa, kita pula yang menjadi pengingat.

Jika kita tidak tahu, kawan-kawan yang tahulah yang akan memberitahu. Jika kita tahu, kitalah yang bertanggungjawab memberitahu pada kawan-kawan yang tidak tahu.

Dan inilah cara kekuatan ummat Islam terbina.

Jika kita dan kawan-kawan sama-sama tahu dan ingat, itulah kekuatan maksimum yang ada pada sekumpulan manusia yang beriman.

Tapi jika kita dan kawan-kawan, sama-sama tahu dan ingat, tetapi sengaja melupakan.. Maka tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran ummat Islam. Allah tidak akan rugi dengan keingkaran kita, bahkan kitalah yang akan musnah dan rugi besar kerana tidak mentaati Allah.

Sekian. Jumpa lagi.. Semoga kawan-kawan sentiasa bahagia disamping Allah tercinta.

Tiada ulasan:

Entri terkenal