Rabu, 10 November 2010

Apa erti kemaafan?

Dendam lahir dari hati yang marah. Marah yang tidak baik maksudnya.

Dendam itu sesuatu yang berada dalam hati. Jika terlalu kuat, maka ia kan termanifestasi dengan perbuatan.

Manifestasi dendam;
  •  Tidak menyapa dan memalingkan muka serta menjauhkan diri dan memutuskan hubungan
  • Hasad; susah hati melihat kesenangan orang yang didendami dan berharap ia akan hilang
  • Gembira dengan musibah yang menimpa orang yang didendami itu
  • Menghina orang yang didendami apabila berpeluang
  • Berbicara mengenai orang yang dia dendam itu dengan cara yang tidak dihalalkan agama
  • Tidak segan menyakiti tubuh badan orang yang didendami itu asalkan hatinya puas.
Bagaimanakah melakukan kemaafan dan membuang rasa dendam?

Tetaplah melakukan sebagaimana biasa. Dan bolehlah ditambah dengan kebajikan, ihsan dan bersungguh-sungguh melawan bisikan hawanafsu dan syaitan. Insya Allah kemaafan akan datang. Orang yang melakukan begini adalah orang siddiqin.

Membalas dalam kadar yang sama adalah dibenarkan. Memberi balasan dengan adil; iaitu tidak menambah dan tidak pula mengurang. Orang yang mampu melaksanakan perbuatan sebegini adalah orang yang mendapat darjat SALIHIN.

Maka..

Kemaafan itu besar ertinya. Ia mampu mendidik jiwa yang marah menjadi lunak. Melahirkan insan yang lebih sabar dan jujur.

Kemaafan itu menyebabkan kehidupan dakwah menjadi lebih tenang kerana tiada manifestasi dendam.

Dan ia memberi ketenangan dan pengajaran pada orang yang bersalah dan tidak bersalah agar tidak mengulangi kesalahan yang sama pada manusia lain.

Alangkah besarnya erti kemaafan. Jika kita ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Bukankah kita mengharap Allah mengampunkan dosa kita?..

Tiada ulasan:

Entri terkenal