Beberapa tahun kemudian..
Aku melanjutkan pelajaran ke sebuah tempat yang menjadi rebutan orang. Aku tidak menaruh sebarang harapan untuk belajar disitu. Kerana aku tahu yang dipilih, hanyalah orang pandai dan bijak otaknya. Aku bukanlah bijak pun. Lupa sana sini. Bagaimana mahu menghafal Quran? Itu sesuatu yang ajaib.
Cikgu-cikgu sekolah lama pun meragui kemasukkan aku ke pusat pengajian tersebut. [dek kenakalan aku semasa bersekolah dahulu]. Pusat pengajian itu adalah Darul Quran. Tempat orang menyintai Al-Quran. Tempat orang menghabiskan masa menghayati ayat-ayat Tuhan. Yang aku tahu, aku hanya menghadiri temuduga untuk memenuhi janji dengan mak.. Janji yang selalu aku mungkiri setiap kali cuti sekolah hujung tahun.
"Bila nak hafal Quran?" tanya mak.
"Ala.. nanti cuti sekolah hujung tahun la.." jawabku.
Tapi setiap kali hujung tahun.. Ada sahaja alasan tidak mahu menghafal. BORING lah. Asyik mengadap QURAN je.. Ya Allah.. jahilnya aku bahawa Al-Quran itu mukjizat dan petunjuk hidup. Membacanya adalah ibadah! Maafkan aku ya Allah. Aku tidak tahu. Aku jahil..
Maka dengan kemasukkan aku kesitu.. Tertunailah janjiku pada mak. [niat menghafal Quran yang salah!] Lagi sekali aku menjadi manusia jahil yang tidak menyedari kejahilan diri..
Bersambung..
Selasa, 31 Mei 2011
Isnin, 30 Mei 2011
Mahu membaiki tapi sebenarnya turut merosakkan
Akhirnya tahu lah aku, malas belajar rupanya. dan asyik dengan pelbagai "aktiviti" nakal.. membuatkan aku mendapat nombor 30 lebih.. Maka aku pun berazam untuk berubah.
aku ajak sahabatku bersama. "Ayuh, usah kita berlaku nakal-nakal lagi. Kita jadi budak yang lebih baik". Tapi, entah tidak kena cara, sahabatku tidak bersetuju..
Bermula saat itu..
Aku kehilangan seorang kawan yang sangat aku rapat. Aku kuatkan hati. Biarlah aku tiada sahabat, asalkan aku berubah. Banyak peribadi baik yang aku belajar dengan sahabatku. Berani. Itulah ciri yang paling banyak aku pelajari dari dia. Aku bukan pemberani pun. Aku budak pengecut . Aku belajar jadi pemberani setelah berkawan dengan dia. Terima kasih Allah memberikan sahabat begitu padaku. Banyak sikap daei yang ada padanya yang memberi kekuatan padaku sekarang.
Dalam masa aku bersungguh-sungguh berubah, aku juga menyakitkan hati sahabat. Aku tidak menafikan. Alangkah sedihnya jika aku mengimbau kembali kisah itu. Tapi aku tidak boleh membiarkan kesedihan dan kekecewaan itu memakan kehidupan sekarang.
Aku terlalu jahil pada masa itu. Aku tidak mengerti bagaimanakah cara yang sepatutnya. Aku hanya semberono dan redah sahaja. Mana boleh aku buat. Mana susah aku lawan dan buat sampai dapat.. Aku tidak sedar.. Aku jahil. Berdakwah dan tarbiyyah itu ada caranya.
Bersungguh-sungguh tapi jahil.. hanyalah akan membuatkan kita jadi "tikus membaiki labu". Aku perlu ilmu. Aku perlukan tunjuk ajar untuk berubah.. Tapi pada masa itu, aku tidak tahu bahawasanya aku adalah orang jahil yang memerlukan ilmu.
Alangkah dahsyatnya aku. Aku adalah orang jahil yang tidak tahu aku jahil.. DI dunia ini ada 4 jenis manusia:
Jadi aku ini.. orang paling dahsyat!

- Orang jahil yang tidak tahu dia jahil
- orang jahil yang tahu dirinya jahil
- orang bijak tetapi tidak tahu dirinya bijak
- orang bijak yang tahu dirinya bijak.
Jadi aku ini.. orang paling dahsyat!
Bersambung..
Ahad, 29 Mei 2011
Semenjak hari itu
Semenjak aku lihat mak mengalirkan airmata melihat keputusan periksa aku.. Aku selalu berfikir. "Masih boleh masuk syurgakah aku?"
Macam mana aku mahu mengubah nasib diriku diakhirat kelak? Aku sudah berbuat satu dosa. Bagi aku, menyebabkan airmata mak mengalir itu lebih aku susah hati dari mendapat tempat 30 lebih dalam kelas..
Tapi kerana aku dapat 30 lebih itulah aku nampak mak menangis. Maksudnya aku sudah tidak boleh dapat 30 lebih selepas ini.. tapi macam mana aku nak buat? Sebab aku rasa tidak tahu dimana salah aku. Aku perlu cari manakah salahku.
Aku juga selalu berfikir.. Apalah salah kawan aku. Kenapalah mak marah sangat aku berkawan dengan kawan aku yang satu itu. Punya sukalah aku mahu berkawan dengan sesiapa pun. Mak kata aku terlalu banyak bermain hingga tidak belajar..
Semenjak hari itulah aku mula menjinakkan diri dengan muhasabah. Setiap hari aku akan peruntukkan satu masa dan duduk seorang diri.. Memikirkan, apa yang aku sudah buat selama aku berada di sekolah tersebut.. Aku terlalu naif.. Jahil tentang hidup.. Aku tidak tahu pun tujuan hidupku.. Hinggalah pada suatu hari aku mendengar seorang pelajar lelaki dari sebuah negeri yang jauh bercakap dan bercerita..
"tujuan hidup kita adalah beribadah pada Allah.. Telah termaktub dalam Al-Quran surah az-dzariyat ayat 56"
oooo.. terlopong aku dengar dia memberitahu. Hebatnya budak itu. Baru sekolah menengah tingkatan 4 atau 5.. tapi sudah fasih berbicara dan lancar sekali memberitahu pada kawan-kawan tujuan kehidupan. Aku? Mahu berdiri dihadapan orang ramai pun tidak sanggup. Inikan pula bangun dan memberitahu dengan berani tujuan kehidupan manusia..
Aku semat dalam kepala. Tujuan hidup itu untuk beribadah rupanya.. Ibadah. Apa kebenda pulak ibadah itu? Jika dilihat-lihat apa yang telah aku buat selama ini.. Aku tidak tahu apa benar aku beribadah. Sedang aku sudah akil baligh..
"Ya Allah, janganlah engkau hukum ku kerana kejahilanku dan kelalaianku.."
bersambung..

Sabtu, 28 Mei 2011
Bukan senang nak sedar
Walaupun ilmu banyak. Jika kita angkuh dan sombong dengan ilmu kita.. Maka ilmu itu tiada faedah pun untuk kita. Malah bakal menjadi hujjah keatas kita kerana hanya menggunakan ia untuk berbangga-bangga dan menunjuk.
Aku pelajar 5A. Aku pelajar cemerlang sekolah. Aku pelajar mithali.
Ok, sambung cerita. Kemudian, bagaimana aku mendapat satu ketukan untuk berfikir dan melihat apakah sebenarnya yang telah berlaku pada diri sehingga mak dan cikgu-cikgu sekolah aku menyatakan "kamu ini macam lalang".
Pada hari keputusan peperiksaan pertengahan tahun di keluarkan, ibubapa telah dijemput datang untuk mengambil dan melihat keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Aku tidak tahu mak datang. Aku hanya sedar setelah mak berada dipintu kelas. "Eh? mak? hmm habislah.. ni mesti nak kena lagi" kataku dalam hati walaupun aku masih tidak tahu kenapa. Yang aku tahu, kalau mak muncul tiba-tiba macam tu, pastilah nak kena marah lagi.
Oh rupanya kerana keputusan peperiksaan aku yang tidak memberangsangkan. Aku hanya mendapat tempat 30 lebih dalam kelas. Tiada pelajar perempuan dalam kelas aku mendapat tempat corot seperti itu. Bagi aku, itu biasa sahaja. Tiada apa-apa yang perlu difikirkan. [oh betapa naifnya aku pada masa itu.. 30 tu.. bukan nombor 3]
mak bertanya kenapa aku dapat sebegitu. Manalah aku tahu kenapa. [lagi.. kisah kenaifan aku tentang hidup]. Tiba-tiba, airmata mak mengalir! Aku terkejut!. Tersentak. Eh? kenapa mak menangis pulak? Salahke aku dapat nombor 30 lebih? Bukannya aku lari dari sekolah pun.. cuma dapat nombor 30 je.
Yang aku faham masa tu hanyalah.. Tidakkan mencium bau syurga seseorang itu, apabila ibunya mengalirkan airmata kerana kecewa dan sedih dengannya. ops.. Barulah aku mula berfikir.. "Eh? tak kena kot dapat 30 lebih ni.. Habis lah aku, sudah buat mak menangis. tak masuk syurga dah la.."
Entah apa yang mak cakap lepas itu aku sudah tidak ingat. Tapi semenjak hari itu aku cuba menyelami perasaan mak. Dan aku cuba mencari, dimanakah salah aku hingga mendapat kedudukan 30 lebih.
Buat pengetahuan semua, sekolah yang aku duduk ini bukanlah sekolah biasa yang disediakan kerajaan. Ia adalah sekolah agama yang penuh dengan tanah merah.. bangunan buruk.. dalam kampung sawah. Ada ayam berlari dan berak merata. Kadang-kadang, kambing dan lembu pun datang jalan-jalan dan berak di sekitar sekolah.
Tempat yang sangat asing untuk aku. Aku orang bandar. Sawah dan bendang memang aku tidak pernah lihat. Apa lagi tanah merah, paya, dan rumah-rumah kampung. Bagi aku itu semua pelik dan jijik.
bersambung...

Jumaat, 27 Mei 2011
kamu ni macam lalang!
Masih terngiang-ngiang di telinga apa yang telah orang katakan pada diri sewaktu berada dibangku sekolah. MAcam sudah meninggalkan bangku sekolah sahaja.. Walhal masih bersekolah.
Bukan seorang mengatakan demikian. Mak, cikgu-cikgu.. kawan-kawan. Mengapa? Kerana aku bersahabat dengan orang yang dianggap mempunyai masalah disiplin.
Bagi aku, berdosakah aku bersahabat? Aku sayang sahabatku. Biarlah semua orang benci dia kerana sikapnya. Dia tetap sahabat aku. Walaupun orang lain nampak dia jahat, nakal, melanggar disiplin sekolah.. Dia tetap sahabat aku. Dia tetap berbuat baik pada aku. Dia tidak jahat dan nakal sebagaimana yang orang lain katakan.
Kemana sahaja dia pergi aku turuti. Biarpun aku tahu akan berlaku sesuatu yang tidak berapa kena. Aku butakan sahaja. Aku tidak mahu kehilangan sahabat.. Alangkah sunyinya hidup tanpa sahabat.
Setiap 2 minggu, aku akan dimarahi, dileteri. Sejam perjalanan pulang kerumah dari asrama, umpama 10 jam. Bingit telinga mendengar kuliyah mak. Apabila tidak tahan, aku akan tidur. Buat-buat tidak dengar. Setelah sampai ke rumah, aku akan cepat-cepat memunggah barang tanpa menunggu mak habis berleter.
Melewati semula kisah pahit di zaman aku masih belum memahami tujuan penciptaan manusia.. Memang membuatkan aku menangis. Sedih dan menyesal. Tetapi itu bukanlah penyebab aku berhenti dari berubah dan menangisi segala kejahilan lalu. Aku mesti bangkit dan menjadi manusia baru!
Ikuti sambungan seterusnya. Insya Allah.

Selasa, 24 Mei 2011
[DANGER] mood mesti baik nak baca.
Assalamualaikum.
Hari ini rasa mahu buang tabiat.
Mahu bercakap dengan perasaan. [Bukan memang selalu cakap dengan perasaan ke?]
Tiada fakta skema untuk dikenali.
Apakah?
Susah betul mahu mengaku salahkan. Tidak kiralah siapa pun kita. Samada berjawatan tinggi paling bagus dalam dunia, hinggalah ke tiada jawatan apa-apa kat tepi jalan.
Kalau tanya siapa buang sampah kat jalanraya yang banyak sangat tu? Siapa akan angkat tangan dan mengaku?
Itu baru cakap kesalahan kecil. Iyalah. Mungkin kecil pada pandangan kita. Manusia yang tidak tahu kebersihan itu cerminan iman. Atau malas mengaku kebersihan itu sebahagian dari iman.
Apa lagi kalau salah besar. Membabitkan nyawa. harta negara. maruah manusia. Itu semua maqasid syar'ie yang WAJIB dipelihara.
Nauzubillah. Bukan senang untuk menjaga diri dari tersalah. Musuh akan mencari segenap sudut untuk dijadikan hujah. Bersungguh-sungguhlah para daei ilallah.
Jika bukan daei pun, orang tetap akan mencari salah kita.
Apa jadi jika kita benar-benar salah? Apa patut dilakukan?
Akuilah. Dan baiki kesalahan tersebut. [jika ia kesalahan yang boleh dibaiki].. Jika tidak, Allah Maha Mengetahui. dan Allah Maha Pengampun.
Sebelum menyalahkan orang. Mari lihat pegangan diri terhadap KESALAHAN. Siapakah yang mahu kesilapan dilakukan diri sendiri? TIADA. tetapi megapa tersalah? atau mengapa salah juga?
Kerana kita tidak berkuasa sepenuhnya terhadap diri kita. Disana ada kuasa yang MAHA KUAT. Jadi kita mahu menyalahkan kuasa yang Maha Kuat itu untuk kesalahan kita? Astaghfirullah. Pastilah itu salah. Salah untuk menyalahkan kuasa Yang Maha Menguasai apabila kita tersalah..
Jadi, ia sebenarnya untuk kita sedar. MEMAAFkan salah orang itu sangat penting. Ia sangat berkait dengan keimanan kita pada Yang Maha MENgetahui. Yang Maha Menguasai, Yang Maha Pengampun..
Cakap senang! Memaafkan itu susah. Ya. Susah untuk orang yang melihat keuntungan dunia. Susah untuk orang yang hanya percaya pada kehidupan dunia. Memaafkan itu akan jadi sangat susah. Lebih susah dari menebang bukit dan gunung. lebih susah dari meneropong bintang! Hanya jika kita seorang yang tidak dapat melihat jauh kedepan.. depan itu hari akhirat.
isu memaafkan ini bukan isu kecil dan terpencil. Ia isu biasa dan meluas. Hanya kerana kelalaian kita melupakan PENCIPTA Yang Maha Menguasai.. Yang Maha Mengetahui..
Kita sukar memaafkan. Terbit dendam dan hasad. Mendorong kita melakukan pelbagai lagi perbuatan dosa.. Mengumpat. Mencela. Buruk sangka.. Akhirnya lahirlah masyarakat yang porak peranda..
"Hanya dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang" Ar-ra'd:13
Maka dengan ini tahulah kita apakah maksudnya melupakan Allah itu suatu DOSA. Ia tidak boleh dipandang ringan.

Akhirat hanya dapat dilihat oleh orang yang MAHU melihatnya |
Kita sukar memaafkan. Terbit dendam dan hasad. Mendorong kita melakukan pelbagai lagi perbuatan dosa.. Mengumpat. Mencela. Buruk sangka.. Akhirnya lahirlah masyarakat yang porak peranda..
Hanya kerana lupanya kita pada PENCIPTA!
"Hanya dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang" Ar-ra'd:13
Maka dengan ini tahulah kita apakah maksudnya melupakan Allah itu suatu DOSA. Ia tidak boleh dipandang ringan.
Ahad, 22 Mei 2011
Takde pape lah
Ini kata-kata yang penulis copy dari sini.
p/s: mutiara bd sangat setuju. Saya sudah ketemu banyak manusia begini dalam perjalanan hidup untuk menambahkan iman pada Allah.
Aku rasa ramai orang yang boleh lihat kelebihan, kehebatan, kekuatan dan senyum kita.
Tapi, hanya sedikit yang dapat melihat kelemahan, kekurangan, ketidakmampuan dan air mata kita.
Ramai orang yang mampu ketawa dan bergembira bersama.
Tapi, hanya sedikit yang MAHU memeluk, menyeka air mata dan merasakan kesedihan yang mendalam itu.
p/s: mutiara bd sangat setuju. Saya sudah ketemu banyak manusia begini dalam perjalanan hidup untuk menambahkan iman pada Allah.
Sabtu, 21 Mei 2011
Dipersilakan dengan segala hormatnya
Jika di renung-renung..
Susahnya berubah. Sudahlah susah, bila berubah, semua orang seolah-olah tidak membantu.
“Eleh poyo betul!”
“Huh dia tu bukan macam tu dulu tau.. entah kenapa sekarang soleh sangat”
“Eh, pelik lah awak jadi sopan macam ni.. tak biasa”
“what happen to you? Terkena bencana eh?”
“Kamu ingat dengan berubah jadi baik ni, kamu boleh tebus dosa kamu dengan saya ke?”
“Dengan kamu jadi baik tu, ingat saya nak terima awak?”
Itu semua cabaran.
Jika dan hanya jika kita berubah itu benar-benar kerana mahukan kasih Allah yang Maha Penyayang!
Berubah yang disebutkan ini bukan ini bukan berubah jadi syaitan ye. Tapi berubah menjadi orang yang lebih beriman.
Biar apa orang kata, biar apa orang tuduh.
Mereka bahagia kerana berjaya menuduh kita dengan tuduhan yang pelik dan tidak sepatutnya. Tapi tidak dihari akhirat kelak. Misi kita adalah: teruskan kesabaran wahai saudaraku.
Mereka akan menyesal diakhirat setelah kita bahagia dan gembira dihari akhirat kelak. Sebagaimana yang Allah sudah ceritakan pada kita. Mereka pun boleh baca sekali.
Beberapa ayat dari Surah Mutaffifin. Ayat 29 hingga 34
“Sesungguhnya orang yang berdosa adalah orang yang dahulunya mentertawakan orang-orang beriman”
“Apabila orang berimana melintasi mereka, orang-orang berdosa itu mengelip-ngelip matanya”
“Dan apabila mereka kembali kepada kaumnya, mereka kembali dan bergembira ria”
“Dan apabila mereka melihat orang mukmin, mereke mengatakan; sesungguhnya mereka benar-benar sesat”
“Padahal orang yang berdosa itu tidak diutuskan untuk menjadi penjaga orang mukmin”
“Maka pada hari ini, orang yang beriman mentertawakan orang-orang kafir”
Maka berbahagialah orang yang berubah. Teruskan perubahan anda. Biarlah apa orang tuduh.
Sesungguhnya mereka sangat jahil & banyak perkara dunia akhirat yang tidak mereka ketahui. Bukankah Allah suruh kita berpaling sahaja dari orang jahil?
“Jadilah orang yang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”
Al-A’raf: 199
Setelah berubah, berilah peringatan, jika orang tidak mahu mendengar seruan berpalinglah.. Teruskan usaha kita di tempat lain. Sesungguhnya bumi Allah ini luas.
Tiada masa untuk merasa sempit dada setelah Allah mengurniakan manis & indahnya iman!
Jumaat, 20 Mei 2011
Malas versi orang jarang perasan.
Aku nak buat apa kat sini? Semua orang tidak buat, jadi aku pun tidak perlulah buat.
Eh buat apa fikir susah-susah? Menyerabutkan otak saja. Biarkan sahaja ia berlalu. Ikut arus. Bagaimana mahu jadi terpulang. Kita turut dan lihat sahaja.
Inilah yang dipanggil malas berubah.
Malas biasa yang kita dengar adalah malas bekerja. Malas melakukan yang terbaik. Malas bercampur dengan orang. Malas bercakap. Malas berfikir. Malas berusaha. Itu malas biasa yang kita dengar.
Kali ini penulis mahu buka satu bahagian malas yang jarang kita lihat, iaitu MALAS BERUBAH.
Berubah bukan mudah. Susah bukan bermaksud mustahil.
Untuk apa susah-susah berubah setelah lama biasa dengan cara ‘itu’...
Berubah itu susah untuk orang yang tidak sedar hakikat tujuan dia di hidupkan.
Berubah itu juga sukar jika kita merasa kita telah mulia dan berada di tahap terbaik.
Perubahan juga sukar jika ia tidak pernah menjadi agenda hidup & kita tidak pernah membuka masa dan ruang untuknya.
Ia perlukan keazaman yang kuat.
Setelah berazam, belum tentu berjaya mencapai apa yang dicitakan.
Berubah itu sangat susah, jika HATI & FIKIRAN kita masih belum mahu berubah.
Sebelum betul-betul berubah, HATI&FIKIRAN perlu mendahului.
Kerana itu Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan bagi sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain dia” Ar-ra’d: 11
Maksudnya, berubahlah, kemudian bertawakkal. Allah telah menetapkan, jika tidak berubah, maka itulah penghabisannya.
Maka, kumpulkan sejarah hidup kita yang menyakitkan itu dan masukkan ia dalam satu kotak yang cantik.. Hanyutkan ia ke sungai. Lepaskan ia berlayar dan pergi.
Tiada manusia, sifar dosa dan salah. Keampunan & rahmat Allah itu luas meliputi langit dan bumi.
Sesungguhnya itulah erti redha dengan ketentuan Allah, sedang ia tidak akan mengurangkan sedikit pun rasa tawakkal padaNya.
Melepaskan sejarah hidup berlayar dan pergi bukan bermaksud melupakan. Kerana melupakan itu menyebabkan kita berpotensi mengulanginya kembali.
Ia bermaksud, relakan segala yang terjadi kerana ia sudah termaktub semenjak sebelum kelahiran kita. Ia adalah ketentuan Allah. Dan percaya pada kebijaksanaanNya menentukan sedemikian. Kerana itu Allah berfirman:
“setiap bencana yang menimpa dibumi & yang menimpa dirimu sendiri telah tertulis dalam kitab lauh mahfuz sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah”
“Agar kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput dari kamu & tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bangga diri”
Al-Hadid: 22&23
Banyak nikmat Allah yang membuatkan kita sombong dan bangga diri..
Kawan yang baik, ilmu yang banyak, keluarga yang bahagia, harta yang banyak, anak-anak yang soleh, penghormatan orang..
Belajar dari sejarah memang bagus. Tapi bukan hanyut dan tenggelam dalam sejarah hingga terlupa perjalanan hidup ini sedang menghampiri akhirat.
Jumpa lagi di lain entri..
Khamis, 19 Mei 2011
Malasnya
Malas adalah penyakit yang tidak mampu diubati doktor pakar! |
Pagi-pagi adalah waktu orang bersemangat untuk memulakan hari. Bukan waktu untuk orang bermalas dan tidur semula. Walaupun tidur semula selepas solat subuh itu kebiasaan, ubahlah agar ia tidak menjadi kebiasaan. Banyak kerja yang perlu dilakukan diwaktu pagi.. Baca Quran, baca ma’thurat, berzikir mengingati Allah..
Yalah, berzikir juga sebahagian dari kerja kita sebagai hamba Allah.
Apakah kita fikir kerja kita hanya yang masuk ke pejabat jam 8 setiap pagi? Atau yang lain yang seerti dengannya?.. Pastilah tidak sempurna hidup kita sebagai hamba.
Cuti bukanlah alasan untuk bermalas. Malas itu bukan sikap orang Islam.
Oh, hari ini cuti.. Bukan ada pape pun hari ni nak bangun awal.
EH? Orang baru tu.. Ah biarlah dia. Dah ramai dah orang lain sambut kedatangan dia. Aku malas nak bercakap.
Hmm, oklah masak telur goreng dengan nasi kukus. Dari tak masak lansung.
Kotornya lantai tandas ni. Biarlah. Nanti adalah cleaner datang cuci.
Cubalah doa ini setiap hari. Semoga Allah membantu kita berjihad melawan nafsu malas!
Ya Allah aku berlindung denganMu dari perasaan sedih dan gelisah, Ya Allah aku berlindung denganMu dari rasa malas dan lemah, Ya Allah ya Tuhanku aku berlindung denganMu dari sikap penakut dan bakhil, Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung denganMu dari hutang dan penindasan orang
[ini adalah doa mathur. doa yang Rasulullah baca setiap hari]
Selasa, 17 Mei 2011
Allah Maha Bijaksana.
Eh, dah dah azan.. hmm dah masuk waktu zohor ni. Tak laratnya nak bangun. Penat sangat. Banyak betul hal yang perlu difikir. Eh? tak boleh kena bangun.. Kan dah masuk waktu solat. Ha, lagipun ada usrah kejap lagi.
Ok, kejut orang sebelah untuk bangun dulu.
Sahabat, jom solat.
SOLAT ZOHOR berjamaah.
ok, sahabat, kamu nak ikut tak saya g usrah ni. Usrah dengan adik-adik.
Ok, saya nak ikut jawab sahabat.
Lepas usrah kita g beli makanan ye. katanya kembali.
ops, saya tertinggal duit untuk beli makanan. kejap, saya pergi ambil duit.
Laparlah.. sambil mengambil beberapa keping biskut untuk melapik perut.
Sahabatnya itu sedang bersiap dan keluar..
Eh, saya nak ambil laptop lah.. untuk tazkirah. Ada video saya nak tunjuk pada adik-adik nanti.
Ambil kunci dan masuk bilik ambil laptop pula.
Turun dan berjalan ke tempat yang dijanjikan..
Eh semua orang tak sampai lagi la.. Oh takpe-takpe, mungkin mereka lewat sedikit. Bisik hati sambil menghantar satu mesej "ana dah kat tempat yang dijanjikan"
Tiba-tiba, adik usrah menalifon.. "akak, kan dah tukar.. kita janji nak buat malam?!"
oh la.. Ya Allah, ha'a la.. betul-betul ana dah hantar mesej dah tadi..
Maaf akak.. sori sangat akak..jawab si adik itu kembali.
oh takpe-takpe.. hmm betul-betul.. Ana dah reply tadi..
Iaitu peristiwa yang menyebabkan berubahnya lanskap sejarah hidup kita dan sejarah penyebaran Islam di muka bumi seperti; berubahnya tanggapan orang pada kita, hilangnya seseorang yang sangat kita kasihi dan bergantung harap, gagalnya kita dalam usaha dan target yang kita impikan selama ini dan pelbagai lagi..

Subhanallah [Maha Suci Allah] dari sifat pelupa.
Masya Allah [dengan kehendak Allah] segalanya telah terjadi.
Alangkah bijaksananya Allah menjadikan sebab dan musabab untuk hambaNya mendapat pahala.
dan alangkah ruginya masa &kekalutan tadi, jika turun bergerak dan bergegas itu bukan kerana mahukan keredhaan Allah!
Segala yang Allah tentukan pasti ada hikmahnya. Andai peristiwa kecil seperti ini pun ada pengajaran. Apatah lagi peristiwa besar dalam hidup.
Iaitu peristiwa yang menyebabkan berubahnya lanskap sejarah hidup kita dan sejarah penyebaran Islam di muka bumi seperti; berubahnya tanggapan orang pada kita, hilangnya seseorang yang sangat kita kasihi dan bergantung harap, gagalnya kita dalam usaha dan target yang kita impikan selama ini dan pelbagai lagi..
"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk, dan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata; Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka" Ali-Imran 191
Ahad, 15 Mei 2011
Saya bukan melayu
Islam itu untuk orang Arab sahajakah?..
Tidak.
Telah dibuktikan dengan ramainya pejuang Islam itu bukan Arab.
Islam itu agama bangsakah?
Adakah Islam itu menang kerana bangsa Arab?
Adakah sesuatu bangsa yang menyebabkan kemenangan Islam?
Atau kesatuan tauhid yang ada pada penganutnya itu yang memenangkan islam?
Islam datang untuk “memanusiakan manusia”.
Ia telah terbukti membentuk tamadun suatu masa dahulu.
Masyarakat Islam itu terbuka untuk semua bangsa, semua golongan, semua warna kulit dan semua bahasa.
Manusia hanya akan di haiwankan apabila kita cuba memisahkan mereka mengikut bangsa, bahasa dan warna kulit.
Masyarakat Islam dahulu telah menunjukkan contoh. Mereka berkumpul berdasar hubungan persamaan, hubungan kasih mesra dan persaudaraan seagama dan hanya memandang kearah satu matlamat.
Itu adalah MASYARAKAT ISLAM yang membentuk TAMADUN ISLAM. Bukan masyarakat ARAB ISLAM membentuk TAMADUN ISLAM.
Fikirlah wahai orang Islam. Bukan wahai orang Melayu. Kerana saya orang Melayu bercampur cina. Ikut sahaja tidak akan membawa kita ke syurga.

Islam tidak akan menang kerana persamaan bangsa! Ia hanya akan menang dengan persamaan dan kesatuan aqidah kita.
Sabtu, 14 Mei 2011
pertolongan siri akhir ok
IMAN ITU MENCIPTA KEAJAIBAN.
Apa bezanya saudara-saudara kita di Gaza dengan kita?
Bezanya…
1. Mereka ini yang memulakan..
2. Mereka ini yang menjadi "asbab" kepada kebangkitan dunia.
3. Mereka ini yang menyalakan cahaya Allah kepada umat.
Ya.. mereka kuat. Sungguh kuat. Dengan kekuatan mereka baru mampu menggerakkan orang lain.
Subhanallah besarnya pahala mereka!
MasyaAllah besarnya tugas mereka!
Mungkin sekadar membaling batu kepada Zionis Israel, tapi itu :
1. Cukup membuktikan kekuatan mereka.
2. Cukup bagi menggerakkan manusia untuk menuju kekuatan.
Akhirnya, kita menyedari bahawa kekuatan Iman itu asas kepada semua kekuatan yang lain.
Kita yakin bahwa kita perlu bersungguh-sungguh :
1. Membuka mata.
2. Memegang tali.
3. Menolak tangan-tangan yang menarik kita.
Kemudian, apabila kita sampai ke atas nanti, kita ingin menghulurkan sebanyak mungkin tali-tali putih kepada sahabat-sahabat kita atau manusia yang di bawah lubang sana.
Kita sayang mereka. Mereka sahabat-sahabat kita. Kita anggap mereka itu keluarga kita. Kita mahu mereka bersama kita menerima cahaya.
Usaha kita yang bersusah payah ini bukan apa.
Kita cuma hanya mahu jadi penyelamat BUKAN hanya pandai menjadi pemberat.
Be it Us, Be it Ours.
Not Them, Not Theirs.
"Dakwah dan tarbiyah tidak memberi kepada kita secara seratus peratus dari keduanya, sekiranya kita tidak memberi seratus peratus daripada kita kepada keduanya "
Ya Allah, sesungguhnya kami amat memerlukan petunjuk dariMu yang kadang-kadang merupakan teguranMu untuk kami memperbaiki keadaan diri kami dan meluruskan jalan hidup kami.
Ameen Ya Rabbal Alameen.
Wan Ahmad Sanadi Wan Ali
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam
"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
"IKRAM WADAH PERJUANGAN"

Jumaat, 13 Mei 2011
Best sangat. tolong baca ok.
Sambungan dari entri semalam.
Bagi kita, kekuatan itu mutlaknya dari Allah tetapi kita yang memulakannya. Cuma mungkin bezanya dari segi petunjuk-petunjuk kekuatan yang Allah nak turunkan kepada kita.
PETUNJUK PERTAMA :
Kadang-kadang, Allah bagi petunjuknya dan tegurannya kepada kita seorang, maka kita sahut seruan dan kita menjana kekuatan secara individu dan bukan atas dorongan orang lain. Dengan itu, kita berubah kerana kesedaran dari diri kita sendiri.
PETUNJUK KEDUA :
Kadang-kadang, Allah bagi petunjuknya kepada keluarga dan orang-orang yang terdekat dengan kita. Maka kita sahut seruan bahawa aku perlu menjadi lebih kuat. Sepertimana Allah turunkan bencana kepada keluarga dan sebagainya.
Bezanya ini, orang akan nampak kita berubah setelah mendapat bala' dan kita seolah-olah terpaksa untuk menjadi kuat kerana tiada tempat bergantung melainkan Allah. Walau tidak bersedia pun… terpaksa lah..
PETUNJUK KETIGA :
Kadang-kadang Allah bagi petunjuknya kepada orang yang tegur kita, sebab kesalahan kita dia tahu, maka dia tegur kita. Maka kita pun menyahut seruan, aku perlu menjadi lebih kuat.
PETUNJUK KEEMPAT :
Kadang-kadang Allah bagi petunjuk kepada keadaan sekeliling kita, dunia, harta benda kita dan lain-lainnya. Apabila dunia bergolak seperti isu Gaza contohnya, maka kita pun merasakan bahawa kita perlu menjadi lebih kuat untuk dunia yang sedang bergolak dan sedia untuk menerima apa sahaja yang datang.
Petunjuk-petunjuk tersebut ada turutannya sehinga turutan yang paling akhir selepas Allah bagi petunjuk-petunjuknya (yakni selepas petunjuk dari awal kita tak sahut, maka boleh jadi pergi ke petunjuk seterusnya).
Tapi, bagi kita, yang penting sekali, kita ini sedar dan perlu menyahut seruan menuju kekuatan berdasarkan hidup kita selama ini.
Petunjuk Allah yang terakhir ialah MAUT dan ALAM SELEPASNYA (mahsyar, mizan, neraka dsb).
Tapi bezanya pada ketika itu, kita bukan sahaja tidak mampu menjadi kuat, bahkan sudah terlambat atau sangat-sangat lambat.
Bukan apa, sebab kita melengah-lengahkan untuk menyahut seruan fitrah daripada Allah. Seruan kelesuan jiwa yang meronta-ronta, seruan kelesuan hati yang keras membatu .. seruan Allah yang menyuruh hambaNya berlumba-lumba ke arahnya.
Maka di sini kita membenarkan lagi sabda Nabi saw :
"Cukuplah dengan maut itu sebagai nasihat / teguran."
Setiap jenis petunjuk itu ada keistimewaannya. Bila kita sahut yang pertama, kadang-kadang kita tidak perlu jumpa yang kedua.
Bila kita tinggal yang pertama, kadang-kadang ia boleh terus jatuh pada peringkat terakhir (maut dan selepasnya).
Tapi kadang-kadang kalau kita dapat yang ketiga atau seterusnya, kita akan lebih 'rasa' pengalaman 'teguran' yang Allah bagi, berbanding orang yang menyahut seruan yang pertama.
Itulah uniknya teguran Allah yang penuh hikmah ini. Semuanya saling melengkapi, mengikut tahap masing-masing di sisi Allah.
Mari kita pergi ke peringkat seterusnya semoga kita dapat hayati bersama. Mari sesuaikan diri kita dengan keadaan umat sekarang.
Lihatlah contoh yang paling dekat kita dapat lihat saudara-saudara kita di Gaza. Bagi kita, semua petunjuk ada pada mereka. Cukuplah untuk satu dunia menyedari hakikat teguran Allah kepada dunia seluruhnya, khasnya umat Islam.
Satu dunia bangkit menentang kezaliman Zionis Israel. Ya, Umat dunia bangkit. Tapi mereka bangkit atas dasar apa? Kemanusiaan dan fitrah insaniah dalam diri mereka.
Tapi kita ini, Allah anugerahkan dengan Islam dan Iman lebih-lebih lagi dengan fikrah risalah daripada Nabi tercinta saw.
Umat dunia yang buta agama sebenarnya pun ingin menolong kekuatan ini... Alangkah butanya umat Islam yang tidak mampu mendengar seruan teguran yang Maha Agung daripada Tuhan semesta alam ini.
Subhanallah! Teguran yang maha hebat engkau berikan kepada kami. Tidak mampu kami bayangkan kalau selepas ini masih ada yang tidak mahu menyelamatkan diri dari azabMu?
Masya-Allah! Sesungguhnya Engkau telah memperlihatkan kami petunjuk dan teguranMu yang sungguh dalam.
Masya-Allah hebatnya iman mereka (saudara-saudara kita di Gaza) sehingga Allah menguji sebegitu kepada mereka kerana sesungguhnya seseorang hamba itu diuji dengan kadar imannya.
Nauzubillah! Ya Allah kami berlindung dari petunjukMu yang lebih dahsyat yang tidak mampu kami menjadi kuat lagi selepasnya.
Mari kita hayati lagi peringkat seterusnya .
Tidak pelikkah?
Tidak hairankah?
Umat Islam di Gaza mampu menggegarkan dunia. Mampu memberikan "asbab" kekuatan kepada umat dunia, hatta orang bukan Islam. Allahuakbar!!!
Ya, memang pelik!
Masakan 313 tentera Badar boleh menang dengan 1000 tentera musyrikin itu tidak pelik ?
Ya.. pelik sekali!
Tetapi ingatlah, bahawa....
jengjeng.. sambung lagi la..

Rabu, 11 Mei 2011
Boleh lah
Lebuhraya bermula.
Pandu berhemah. Ingatlah akhirat di depan.
Zon Allah Maha Melihat.
Pandu cermat jiwa selamat di akhirat.
Jaga iman semasa memandu. Ingat Yang Maha Menyayangi.
Buang sampah merata. Teman syaitan.
Kebersihan cerminan iman, tanggungjawab bersama.
Lebuhraya tamat.
Lebuh raya bermula.
Pandu berhemah. Ingatlah yang tersayang.
Zon perangkap halaju.
Pandu cermat jiwa selamat.
Buang sampah merata. Kompaun RM300

Itulah kuat sangat berangan. Realitinya
Lebuh raya bermula.
Pandu berhemah. Ingatlah yang tersayang.
Zon perangkap halaju.
Pandu cermat jiwa selamat.
Buang sampah merata. Kompaun RM300
Lebuhraya tamat.
Sampai bila undang-undang yang menjaga kita?
Ahad, 8 Mei 2011
Ceramah sana sini
Apa itu Islam.
Mengapa kita saya memilih Islam sebagai cara hidup? dan mengapa saya bersungguh-sungguh menurut segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam Islam.
Dan yang lebih pelik lagi, mengapa para penganutnya di zaman dahulu sanggup bermatian untuk menyebarkan ajaran Islam.
Begitu besar, hebat dan dahsyat sekali orang mukmin di zaman dahulu mempertahankan Islam. Mereka bukan berhenti setakat mempertahan, malah menyebarkan.. Jika ada sekatan, mereka akan menghapuskan sekatan dan halangan tersebut.
Mengapa orang Islam dahulu bersikap begitu? Adakah ajaran Islam itu berubah? Adakah ajaran Islam dahulu dan sekarang itu berbeza?
Sebagai ummat Islam sekarang, kita dapat lihat perbezaan ini. Usah di tunding jari pada orang lain. Lihat sahaja diri sendiri. Adakah saya sanggup berkorban demi menyebarkan Islam. Demi mengiklankan kehebatan Islam. Iklan itu bukanlah bermaksud bercakap dan ceramah sana sini, tetapi mengamalkan dengan sepenuh hati segala ajaran Islam..
Mengamalkan sepenuh hati ajaran Islam itu bukan bermaksud solat bersungguh-sungguh, menghadiri usrah bersungguh-sungguh, atau berakhlaq dengan akhlaq baik sesama manusia..
Mengamalkan ajaran Islam itu bermaksud memikul tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah sebaik mungkin. Ya, menegakkan Islam dalam diri dan seterusnya di atas muka bumi..
Apa itu Islam? Islam itu bererti penyerahan diri pada Allah. Jika benar kita Islam, maka buktikan! Serah diri itu bagaimana? Adakah dikatakan serah diri jika kita tidak bersedia menerima arahan dan larangan tuan kita?
oh, mengapalah saya dilahirkan Islam. Banyak betul kerja dilakukan.. Apakah kita fikir, dengan lahirnya kita sebagai orang bukan Islam itu bermaksud kita terlepas dari segala tanggungjawab yang telah Allah tetapkan? Pastinya tidak. Habis Allah itu tidak adil kerana melahirkan sebahagian "auto-Islam" dan sebahagian lagi "auto-non-islam".? Nauzubillah. Allah Maha ADIL.
Kerana itu Allah hantarkan rasul. Allah berikan AL-Quran. Allah juga kurniakan AQAL. Serta fitrah yang suci serta sukakan kebaikan.
Dengan fitrah dan petunjuk Allah, manusia mampu kembali dan melihat betapa perlunya mereka pada ISLAM. Betapa pentingnya memahami dan mengamalkan Islam. Syaratnya, tiada tekanan dan paksaan keatas manusia. Inilah maksud tiada paksaan dalam beragama dalam surah Al-Baqarah ayat 256.
Iaitu manusia mesti bebas dari segala tekanan semasa memilih agama. Bebas dari tekanan pemerintah, bebas dari tekanan majikan, bebas dari tekanan kawan-kawan, bebas dari tekanan kepentingan dunia, bebas dari segala hasutan dan seruan-seruan jahat..
Ayuh kenalilah agamamu. Hanya agama ini yang di redhaiNya.

"Tiada paksaan dalam menganut agama Islam, sesungguhnya telah jelas antara yang benar dan yang sesat. Barangsiap[a yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang pada tali Allah yang sangat kuat dan tidak akan putus. Allah Maha Mendengar Maha Mengetahui"
Iaitu manusia mesti bebas dari segala tekanan semasa memilih agama. Bebas dari tekanan pemerintah, bebas dari tekanan majikan, bebas dari tekanan kawan-kawan, bebas dari tekanan kepentingan dunia, bebas dari segala hasutan dan seruan-seruan jahat..
Ayuh kenalilah agamamu. Hanya agama ini yang di redhaiNya.
"Sesungguhnya agama yang disisi Allah adalah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang diberi kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu kerana kedengkian diantara mereka. Barangsiapa yang ingkat terhadap ayat Allah, maka Allah sangat cepat perhitungannya" Ali-imran: 19
Jumaat, 6 Mei 2011
Salim maula Abu Huzaifah
Mari kita berkenalan dengan seorang sahabat yang di panggil sebaik-baik pemikul Al-Quran.
Jika dilihat secara rambang, hafiz Al-Quran seluruh Malaysia negara yang satu ini, telah ramai.. Hmm tapi.. [ini hanya iklan]
Oklah, mari kita berkenalan dengan hafiz di zaman Rasulullah ini.
Kata Rasulullah:
"Ambillah olehmu Al-Quran dari 4 orang. Iaitu; Abdullah bin Mas'ud, Salim maula Abu Huzaifah, Ubai bin Ka'ab, dan Muadz bin Jabal"
Salim Maula Abu Huzaifah - Maula bermaksud hamba yang dimerdekakan.
Tidak diketahui bapanya, kerana itu diberi nama sebegitu.. Salim telah dikahwinkan dengan Fatimah binti Walid bin Utbah oleh Abu Huzaifah.
Kelebihan Salim yang paling menonjol adalah: mengemukakan apa yang dianggap benar dan berterus terang. Contoh kisahnya adalah peristiwa Salim menegur Khalid Al-Walid dalam misi berdakwah selepas fathul Makkah. [Apakah kisah detailnya? Ayuh rajin-rajinkan diri membaca buku sirah].
Salim telah mati syahid dalam perang menghadapi kaum murtad di zaman Abu Bakar r.a..
Umar Al-Khattab r.a pernah berkata: Sekiranya Salim masih hidup pastilah dia menjadi penggantiku nanti..
Khamis, 5 Mei 2011
Aku jatuh cinta
Cantiknya Islam
Aku jatuh cinta dengan Islam
Indahnya akhlaq Rasulullah.
Aku jatuh cinta dengan Rasulullah.
Aku jatuh cinta dengan para pejuang agama Allah,
Betapa hebat pengorbanan mereka menegakkan agama Allah.
Aku bahagia walaupun sedih
Aku gembira walaupun serabut.
Aku senang hati walaupun sakit
Luasnya dada walaupun dunia ini sempit
Aku tetap berusaha walaupun dikecilkan
Aku rasa penuh dan lapang walaupun ditinggalkan
Walaupun sunyi, aku sentiasa merasa Allah disisi
Luka dihati tetap dapat diubati
Kerana ia bukanlah segalanya untuk ditangisi.
Allah lebih utama untuk dirindui.
Ya, para pejuang agama mengajar aku untuk merindui Allah. Rindukan syahid dijalan Allah. Bukan rindukan perkara lain, benda lain atau orang lain. Allah tidak akan menyia-nyiakan rasa cinta dan rindu padaNya.
Melihatkan pengorbanan, kesusahan, keimanan, kekuatan, keikhlasan para pencinta agama Allah.. Membuatkan aku terfikir, aku ini tidak layak pun untuk merasa sedih dan tertekan dengan kesusahan yang tidak sampai 0.1% pun dari kesusahan yang mereka tanggung.. oh, apalah pengorbanan kita untuk agama?
Kenalilah pejuang agama dahulu dan sekarang. itulah contoh kita.
Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Syeikh Ahmad Yassin, Abdul Aziz Rantisi, para sahabat Nabi s.a.w.. tabi'in..

Rabu, 4 Mei 2011
Tiada tulisan panjang
Hari ini tiada tulisan panjang. Pendek sahaja.
Ayuh kembalilah pada Islam. Berkorbanlah demi Islam. Hanya itulah misi hidup kita. Apalah sangat susah di dunia berbanding susah diakhirat.
Cakap banyak tanpa amal itu sia-sia. Amal tanpa cakap pun tidak guna. Mesti dua-dua sekali.
Kehendak diri yang tidak menurut kehendak Allah tiada faedah. Sampai bila mahu buat-buat tak faham. Sampai bila mahu buat-buat tidak tahu. SAmpai bila mahu buat-buat jahil. Samapi bila mahu berdegil dan enggan menerima hidayah Allah.
Hidup tidak lama. Esok lusa kita akan bertemu mengadapNya.

Selasa, 3 Mei 2011
Prince William
Mantap!
Siap buat siaran lansung lagi.
Hmm, manusia sedang terikat dengan hawa nafsu mereka sendiri.
Mereka kata mereka mahukan kebebasan. Tapi hakikatnya mereka tidak bebas. Kerana mereka terpaksa menurut kehendak hawa nafsu mereka. Esok di akhirat, akan terbelenggu dengan azab api neraka jika tidak bertaubat. Merdekakah begitu? Mereka bukan menurut kehendak Pencipta mereka.
Mengapa dimusuhi agama Islam? Sedang agama Islam membawa tema kebebasan. Kemerdekaan dari perhambaan sesama manusia dan perhambaan kepada selain Allah. Islam mengajak kita kembali kepada fitrah. Fitrah kita sukakan kebaikan. Kebaikkankah sesuatu itu jika ia bertentangan dengan perintah Allah?
Usah cakap orang lain. Diri kita yang mengaku Islam pun merasa terkongkong untuk melakukan suruhan Allah.. Bagaimana kita.
Dalam entri kali ini tiada tajuk khusus. Penulis hanya mahu berleter. Berleter mana boleh ada tajuk. NAnti terkongkong pula.
Pelbagai dalih dan alasan kita buat untuk melojikkan perbuatan dosa kita. Macam-macam. Kita sungguh takut orang tahu kita bersalah. Sedang kita tidak pernah takut pun Allah melihat kesalahan kita. Dan itu yang kita katakan baik? Itu yang kita katakan bebas?
Mahu berbuat sesuka hati tanpa menurut panduan Allah. Itu yang kita katakan seronok? Apakah akibat kita tidak taat didunia? Hampir semuanya boleh menjawab, berdosalah. Kecilnya dosa yang kita pandang. Apakah begitu seronok hidup di akhirat kelak dengan dosa yang seronok benar kita buat didunia ini? Ya Allah betapa sempitnya pandangan mata kita apabila kita melihat dan menilai sesuatu bukan berdasarkan apa yang telah Allah gariskan..
Apalah penulis ini, mencantas kegembiraan orang. Muda-muda lagi sudah ingat mati, sudah cakap akhirat.. Jika beginilah acuan pemikiran kita, usahkan mati syahid jadi impian, terluka cedera sikit pun sudah bimbang berkolam-kolam.
Al-Jihad jalan kami, gugur syahid idaman kami!

Wahai penganut Islam, masuklah kedalam Islam sepenuhnya.. Separuh-separuh mana jadi. |

Isnin, 2 Mei 2011
Malasnya
Selamat pagi wahai pejuang agama. Selamat pagi juga wahai rakyat Malaysia walaupun anda merasa anda bukan pejuang agama. Selamat pagi orang bahagia. Selamat pagi juga untuk orang yang merasa dirinya tidak bahagia.
Pagi-pagi adalah waktu orang bersemangat untuk memulakan hari. Bukan waktu untuk orang bermalas dan tidur semula. Walaupun tidur semula selepas solat subuh itu kebiasaan, ubahlah agar ia tidak menjadi kebiasaan. Banyak kerja yang perlu dilakukan diwaktu pagi.. Baca Quran, baca ma’thurat, berzikir mengingati Allah.. Berzikir pun kerja juga ke penulis? Ya, berzikir juga sebahagian dari kerja kita sebagai hamba Allah.
Apakah kita fikir kerja kita hanya yang masuk ke pejabat jam 8 setiap pagi? Atau yang lain yang seerti dengannya?.. Pastilah tidak sempurna hidup kita sebagai hamba.
Cuti bukanlah alasan untuk bermalas. Malas itu bukan sikap orang Islam.
Oh, hari ini cuti.. Bukan ada pape pun hari ni nak bangun awal.
EH? Orang baru tu.. Ah biarlah dia. Dah ramai dah orang lain sambut kedatangan dia. Aku malas nak bercakap.
Hmm, oklah masak telur goreng dengan nasi kukus. Dari tak masak lansung.
Kotornya lantai tandas ni. Biarlah. Nanti adalah cleaner datang cuci.
Cubalah doa ini setiap hari. Semoga Allah membantu kita berjihad melawan nafsu malas!
Menahan diri dari marah itu hanyalah sebahagian dari bulatan besar sabar. Menahan diri dari melakukan perbuatan sia-sia juga termasuk sabar. Maka marilah kita belajar bersabar. |
Pagi-pagi adalah waktu orang bersemangat untuk memulakan hari. Bukan waktu untuk orang bermalas dan tidur semula. Walaupun tidur semula selepas solat subuh itu kebiasaan, ubahlah agar ia tidak menjadi kebiasaan. Banyak kerja yang perlu dilakukan diwaktu pagi.. Baca Quran, baca ma’thurat, berzikir mengingati Allah.. Berzikir pun kerja juga ke penulis? Ya, berzikir juga sebahagian dari kerja kita sebagai hamba Allah.
Apakah kita fikir kerja kita hanya yang masuk ke pejabat jam 8 setiap pagi? Atau yang lain yang seerti dengannya?.. Pastilah tidak sempurna hidup kita sebagai hamba.
Cuti bukanlah alasan untuk bermalas. Malas itu bukan sikap orang Islam.
Oh, hari ini cuti.. Bukan ada pape pun hari ni nak bangun awal.
EH? Orang baru tu.. Ah biarlah dia. Dah ramai dah orang lain sambut kedatangan dia. Aku malas nak bercakap.
Hmm, oklah masak telur goreng dengan nasi kukus. Dari tak masak lansung.
Kotornya lantai tandas ni. Biarlah. Nanti adalah cleaner datang cuci.
Cubalah doa ini setiap hari. Semoga Allah membantu kita berjihad melawan nafsu malas!
Ya Allah aku berlindung denganMu dari perasaan sedih dan gelisah, Ya Allah aku berlindung denganMu dari rasa malas dan lemah, Ya Allah ya Tuhanku aku berlindung denganMu dari sikap penakut dan bakhil, Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung denganMu dari hutang dan penindasan orang.
Ahad, 1 Mei 2011
Maafkan teman
Ini lirik lagu; dendangan kumpulan Far-east yang penulis jadikan “ringtone” telefon penulis. Lama sudah. Semenjak tahun dua pengajian hingga sekarang. Lagu ini sangatlah bermakna. Dan sekarang, penulis mahu kongsikan dengan kawan-kawan pembaca. Lagu ini mungkin sesuai untuk orang yang tahu kisah badai dan ombak yang melanda sepanjang jalan perjuangan.. [tetiba buat orang tertanya-tanya pulakkan. Oklah tiada apa-apa]
Rindunya pada sahabat yang gigih berjuang dan berkorban. Sahabat yang sangat positif memikul amanah membawa Islam, satu-satunya manhaj perubahan yang paling berkesan. Ayuh teruskan perjuangan menegakkan agama dalam diri agar berjaya menegakkannya di muka bumi yang telah diamanahkan kita.
Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan perpisahan
Yang tiada diundang
Bertahun kita melangkah bersama
Setia cita-cita buat bekalan kesana
harapan ayah bonda janji pada agama
Kita kan terus mara
biarpun badai yang datang melanda
Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
Segalanya adalah miliknya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah
Kita dicaci diturutkan rasa hati
ingin dilepaskan beban ini
Saya sayang kamu semua kerana Allah. |
Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji kita yang dibina
Semoga bersama kitakan dirahmati oh teman.
Kita masih belum dituntut untuk berkorban nyawa dan darah, tetapi sudah mengeluh penat dan susah. |
Rindunya pada sahabat yang gigih berjuang dan berkorban. Sahabat yang sangat positif memikul amanah membawa Islam, satu-satunya manhaj perubahan yang paling berkesan. Ayuh teruskan perjuangan menegakkan agama dalam diri agar berjaya menegakkannya di muka bumi yang telah diamanahkan kita.
Langgan:
Catatan (Atom)
Entri terkenal
-
Hadith Suhaib Ibnu Sinan atau Suhaib Ar-rumi Dari Rasulullah s.a.w bersabda "Adalah seorang raja sebelum daripada kamu Tidak me...
-
KEHILANGAN Hilang sikit-sikit tidaklah terlalu terasa. Tapi bila hilang sekaligus... Perit juga mengubat hiba.. وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِ...
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
Selamat sejahtera dan selamat menempuh hujung tahun 2018 yang masih bersisa. Zaman sudah berubah bukan? Seperti sudah kurang 'blogg...
-
Melalui hidup yang sebentar di dunia... Menghadapi ujian yang tidaklah sehebat mana.. Buatkan aku terasa begitu rindu.. Pada sahabat-sa...
-
Okaylah sekarang dah nak masuk pada isi yang penulis nak ceritakan pada kawan-kawan. Sebenarnya tak jauh beza sangat dari Insya Allah, Cuma ...
-
“ Macam mana ya saya nak jadi lain dari yang lain? Susah jugak nak buat trademark sendiri nihh.. Fikir punya fikir akhirnya dapat lah satu i...
-
Keempat: Kadang-kadang kita rasa kita sudah berusaha, tapi rupanya tidak kena cara. Sebab itulah kita mesti sentiasa rajin muhasabah dir...
-
Masih kisah Nabi.. Bukan mahu mengulang kisah Nabi yang para pembaca sekalian sudah tahu.. Tapi mahu menyentuh akal, minda dan perasaan ...
-
Assalamualaykum warahmatullah, Lihatlah gejala sosial yang berlaku. Pandanglah kepada remaja dan belia yang ada sekarang. Perhatikanla...