Sabtu, 31 Disember 2011

pandangan oh pandangan

Jaga-jaga.
Bukan jaga diri sendiri.

Tapi jaga orang lain.
Agar orang melakukan sebagaimana yang kita harap.

Maha Suci Allah.
*jangan buat macam diatas maksudnya. takut ada yang lurus dan salah faham pula.

Jaga-jaga.
Jagalah diri sendri.

Tapi jangan lupa tugas dan tanggungjawab menjaga orang lain.
Agar diri sendiri dan orang lain melakukan sebagaimana yang Allah kehendaki..

Allah Maha Besar.
*ha, yang macam ni yang patut kita usahakan untuk buat.

Jagalah pandangan.
Jangan dilepaskan terlalu bebas hingga segala kesalahan kecil dan kekurangan orang begitu lancar kita senaraikan.

Jagalah pandangan.
Hingga kita mampu membaiki kesalahan diri sendiri tanpa menunggu orang lain memberitahu.

Jagalah pandangan.
Agar tidak terlepas dan berjalan merata mencari kelemahan dan kesalahan orang.

Dan mulakan dengan kesedaran bahawa menjaga pandangan itu WAJIB!
Kerana kita mahu melakukan sebagaimana yang Allah kehendaki, bukan sebagaimana orang harapkan.

Pandangan disini adalah: penglihatan dan pemerhatian.

Jumaat, 30 Disember 2011

Tertipu dengan darjah dan tingkatan

Ah mereka itu darjah 6, sepatutnya lebih bersedia menghadapi UPSR.
Lainlah aku baru sahaja darjah 4.

Siapa sahaja boleh mengambil UPSR, asalkan cukup persediaan.
Dunia intelektual tanpa agama boleh menerima proses melangkau untuk terus naik..

Tapi, dunia sebenar..
Melangkau bermaksud memerlukan tenaga lebih.
Dan jika salah cara, kita akan tersungkur kerana kalut.

Mampukah kita melihat pemandangan sekitar jika kita hanya ditingkat 1? Boleh, tapi terbatas berbanding yang berada ditingkat 30.

Elokkah kita jika kita persoal orang yang sudah menaiki tangga lebih tinggi itu sebagai tidak "bekerja" ??

Benar, mereka mungkin kelihatan "berehat" kerana mereka sedang mengumpul tenaga untuk menggantikan tenaga yang sudah habis demi sampai ketangga yang kita lihat itu..

Ya tangga itu bukan untuk kita menilai kemuliaan. Tapi tangga itu mungkin boleh diibaratkan jumlah usaha yang kita lakukan untuk mencapai matlamat. Maka sangatlah sesuai dan lojik jika yang berada ditangga atas itu untuk melatih dan membantu yang berada ditangga bawah itu.. mengikut kemampuan masing-masing.

Jadi, kenyataan sangat jelas disini.
Bukan kerana dia ditangga atas itu, menjadi lebih mulia, tapi menunjukkan dia lebih bertanggungjawab untuk membantu yang berada ditangga bawah untuk sama-sama memanjat dan bergabung tenaga meneruskan perjalanan..

dan tidak mustahil momentum iman yang ada pada insan yang berada ditangga bawah itu membuatkan dia melangkah lebih laju dengan bantuan dan pengorbanan yang diatas.. [tetapi bukan dengan cara melangkau]

Oleh itu usahlah kita tertipu dengan tangga itu. Kerana ia hanyalah jalan untuk mencapai matlamat.. Dan nilai kita disisi Allah bukan kerana banyak atau sedikitnya usaha, tapi ikhlas atau tidak dalam melaburkan usaha-usaha itu.

dan sesungguhnya manusia tidak akan mampu menilai kualiti mulia itu. (ikhlas).

Khamis, 29 Disember 2011

perhatilah dirimu sebelum menilai orang lain

Ah,
kamu kasar.
Tapi rupa aku lebih teruk mengasarimu.

oh,
kamu kurang menghormati.
Rupanya aku kurang menghargaimu.

Aduh,
pedasnya kata-katamu.
Rupanya aku tidak pernah hirau perasaanmu.

Kamu.
Tidak tahu bertimbang rasa.
Rupanya aku yang tidak pernah menghargai kehadiranmu.

Kamu dan kamu.
Rupanya aku dan aku..

Berhentilah menyalahkan orang lain kerana mereka juga manusia lemah seperti kamu. Sebagai mana kamu tidak mampu menjadi sempurna, aku juga tidak akan mampu.

Bukan kekurangan dan kelebihan itu yang akan ditanya kelak. Tapi..
bagaimana kita menggunakan semua itu untuk agama Islam....

Tidak perlu "title" apa untuk menyumbang pada Islam
kerana sumbangan itu hanya tertakluk pada apa yang kita ada.

Rabu, 28 Disember 2011

other type of disinfectants

Heat
Disinfectant works better at high temperature.

mechanical
ultrasonic vibration
filtration

Radiation
ionizing
non-ioninzing

*nak tahu lagi sila ulang kaji nota sendiri.. ^_^

indahnya dunia, lebih indah tidak terkata akhirat

Betapa indah sentuhan terus dari Tuhan.

Telah lama Allah menunjukkan kasihNya.
Tapi hamba ini yang lalai dan terpesona dengan nikmat dunia.

Melalui hidup yang penuh dengan cabaran,
Membuatkan seorang hamba lebih banyak kembali kepada-Nya.
Jika dia, si hamba itu sedar, dia milik Yang Maha Esa.

Cinta Allah di hati, cinta lain ditangan.
Di hati untuk disimpan, ditangan untuk dilepaskan.

Subhanallah.
Kata-kata yang di-senget-kan diatas bukan dari mana-mana tokoh hebat. Tapi maksudnya hebat.
Atau mungkin dia telah petik dari seseorang yang hebat dan penulis tidak tahu. mungkin.

Cinta ibubapa bukan menjamin kebahagiaan dunia.
Cinta adik beradik belum tentu gembira selamanya.
Cinta suami belum tentu menyelamatkan segalanya.
Cinta harta tidak dapat dibawa kemana.
Cinta anak-anak tidak menjamin kesejahteraan hati yang selalu leka.
Cinta perbuatan sendiri tiada faedah jika ia hanya perasan kita.

Dan cinta Allah itu membuatkan kita bahagia ketika berepisod-episod ujian-Nya melanda!

Selasa, 27 Disember 2011

hati oh hati

Bukan mudah untuk beramal sambil menjaga hati.
Apatah duduk goyang kaki,
2x lebih susah menjaga hati..

Menjaga hati agar ia tidak dijangkiti
pelbagai jenis penyakit hati.

Wahai hati,
Amalan anggota badanmu itu dengan izin Allah.
Letih, penat dan sibuk,
Kamu punya kekuatan untuk melakukan amal..
Kerana Allah mengizinkan kamu melakukan demikian.

Wahai hati,
Jangan tertipu dengan amalan..
Baru berusah payah setahun dua,
Bersungguh-sungguh 4, 5 tahun cuma,
Hingga merasakan orang lain tidak beramal.

Wahai hati,
Sedarlah.
Kita hanya manusia lemah.
Kita hanya mampu beramal dengan izin-Nya.
Tanpa keredhaan-Nya apakah bernilai amal kita?

Wahai hati,
Insaflah.
Tidak perlu menghairankan "goyang kakinya" orang lain.
kerana
dengan adanya lintasan itu
tahulah diri masih belum benar-benar sibuk beramal.

Wahai hati,
jika benar anggotamu sibuk beramal,
Kamu tidak akan sempat mencari kesalahan orang,

Hati dan anggota yang sibuk dengan amal
tidak akan sempat mencaci dan mengecilkan orang.

Sedarlah wahai hati.
Tugas kita hanyalah mengamalkan Islam dan menyebarkan kecantikkannya bukan mengutuk dan mencaci kebatilan.

Isnin, 26 Disember 2011

Know yourself.

Masih mengambil isi buku dalam entri sebelum.

Studying differences between human is to assess our strength and weakness.
of course to be a better muslim in-sight of ALLAH -hoho.. ini ayat tambahan saya tambah sendiri yang tiada dalam buku itu-

Then only we can value and evaluate HOW MIGHTY ALLAH has created different human from same uterus.. [haha.. ni lagi lah bukan dari buku itu. telah ditukar dan di adaptasi sesuai dengan aqidah ummat Islam]

I'm learning English ok. So, please do not bother my broken grammar in writting . Thank you.

Ahad, 25 Disember 2011

Discover the real you by dicovering the roots of

your PERSONALITY TREE.  -this is title of a white covered book available in IIUM K library.

by Florence Littauer.

amaran: buku ini berbau sedikit kristian. Tapi mana yang tidak bercanggah masih ok untuk di baca.

I'm not going to summarize every points inside this book. Just to share with you, the classification of human by; who was you during your childhood.

Sanguine
cheerful, bubling, happy-go-lucky child, avoid chores, manage to fine friends, having little buddies who wouldn't go anywhere without you, everybody said you was funny, alwas want FUN.

Choleric
in control of family by time was 3 years old, able to observe "adults are not necessarily brighter", finish doing school work faster than others, become captain of the teams, always want to CONTROL

Melancholy
very sensitive to surrounding, easily moved tears, line up toys in row, do homework ontime, feel "sorry" for poor children..HAVING PERFECTION

Phlegmatic
passive in playpen, your mother always brag "you are a good baby and never gave her any trouble", doing school work ontime and no extra projects, try to keep everyone happy, avoid getting trouble.. desire is to have PEACE

I would like to write more about this.. InsyaAllah..

Walau apa pun, jangan lupa jenis manusia disisi Allah juga telah di beritahu dalam AL-QURAN.

Sabtu, 24 Disember 2011

Teruskan usaha saudaraku

Melakukan mengikut harapan,
Menyusahkan.

Melakukan mengikut kehendak,
Membinasakan.

Melakukan kerana kekosongan,
Tidak akan berpanjangan.

Melakukan kerana kasihan,
Juga tidakkan berpanjangan.

Melakukan kerana kasih,
Juga bakal terhenti di pertengahan..

Tapi jika melakukan kerana jelas jalan yang perlu dilalui itu hanyalah yang diredhai Allah..
Maka kita tidak akan putus asa melakukan.

Jumaat, 23 Disember 2011

Saya ada kepentingan

Setiap yang dilakukan dalam kehidupan pasti punya kepentingan dan kepentingan itu boleh jadi kerana pelbagai sebab baik dan kurang baik.


Dan kepentingan dalam berkawan dan bersahabat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ
وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya:
“ALLAH S.W.T. akan memberikan naungan kepada Tujuh jenis orang pada hari Kiamat, dimana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan ALLAH.

1. Imam yang adil.

2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah ALLAH.

3. Seseorang yang hatinya tergantung di Masjid.

4. Dua orang yang saling mengasihi kerana ALLAH; mereka berkumpul kerana ALLAH dan berpisah kerana ALLAH.

5. Seorang Lelaki yang dirayu untuk berzina oleh wanita bangsawan yang cantik, lantas ia menolak dengan berkata halus “Aku takut kepada ALLAH.”

6. Seorang yang bersedekah dengan sembunyi sembunyi sehingga tangan kirinya taidak tahu apa yang diberikan tangan kanannya.

7. Seorang yang mengingat ALLAH waktu bersunyi sunyi, lantas mengalir air matanya.”

Riwayat Bukhari.

Ya, inilah kepentingannya.

Sebagai penutup, suka di petik kata-kata seorang saudari yang BANYAK BENAR pengalaman menyeru manusia pada ALLAH;

"JAngan menulis untuk popular, kerana itu tidak akan mencapai tujuan dan matlamat hidup"

Khamis, 22 Disember 2011

Tertipu, ghurur

Aku membaca Al-Quran, tapi aku tidak meninggalkan mengumpat.
Aku mencari jalan membersihkan hati, tapi aku tidak mahu memaafkan orang.

Aku bersolat, tapi aku tidak menutup aurat.
Aku menutup aurat, tapi bergaul bebas lelaki perempuan.

Aku berpuasa, tapi aku mengutuk dan mengejek.
Aku berzikir dan bertahmid, tapi aku mengeji dan menghina.

Aku bersungguh-sungguh belajar, tapi aku tidak menghormati guru.
Aku menjaga hubungan sesama manusia, tapi aku abaikan solatku.

Aku bersolat, tapi aku bergaduh dengan semua orang.
Aku tidak mengumpat, tapi aku MALAS bertegur sapa dengan jiran.

Aku tidak mengeji dan mengejek, tapi aku bermasam muka dengan kawan-kawan.
Aku tidak menghina dan mengutuk, tapi aku sentiasa bersangka buruk.

Aku sentiasa solat malam, tapi aku tak pernah kesah apa jadi dengan dunia.
Aku rajin menghadiri majlis ilmu, tapi aku tak pernah kisah nasib ummat Islam.

Aku suka membantu orang, tapi aku tidak kisah fitnah yang berlaku bila aku mengabaikan tanggungjawabku.

Rupanya, Aku melakukan sebahagian tuntutan agama dan aku meninggalkan sebahagian yang lain.

Ya Allah, aku suka beramal tetapi aku telah tertipu dengan amalan-amalan ku yang belum tentu diterima olehMu..

Sesungguhnya, kita tidak akan masuk syurga kerana amalan-amalan baik yang berusaha bersungguh-sungguh melakukannya, tetapi kerana rahmat dan kasih sayang Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Seseorang dari kalian tidak akan masuk syurga kerana amalnya, dia akan memasukinya kerana rahmat Allah.” Para sahabat bertanya: Dan termasuk Engkau juga wahai Rasulullah? Baginda bersabda: ”Ya, termasuk aku kecuali Allah telah menyelimutiku dengan rahmat-Nya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Amal kita yang sedikit itu tidak akan mampu membuatkan kita masuk ke syurga.

Maka misi kita yang sebenar adalah meraih cinta Allah..

Rabu, 21 Disember 2011

Mengira MODE

Sewaktu ketika dahulu, Kejahilan menyeliputi diri
Tanpa arah dan tujuan, Jauh dari hidup yang Rabbani
Kini terasa hidayahNya, Oh indahnya mengenali Ilahi

Mengenali rahsia diri, Yang sembunyi dalam kealpaan
 kesusahan kesenangan, Silih berganti sebagai cubaan

Ya Ilahi Rabbi ampunilah, ampunilah kami..

..................................

Bersabarlah menghadapi kedegilan orang jahil.
Kerana kejahilan mereka itulah menjadi sebahagian tanggungjawab kita.
Kepada Allah.

Dan bersabarlah menghadapi kelebihan dan kekurangan diri
Kerana "itulah" sebahagian dari tanggungjawab kita.
Kepada Allah.

"Masa" yang telah diberikan Allah kepada diri sebenarnya cukup untuk melihat betapa Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang..

Subhanallah.

Entah kuat atau tidak melalui "banjir besar" yang melanda..
Dimana-mana ada jahiliyyah..
Tapi dimana-mana juga ada peringatan dari Allah.

Nikmat menerima perbuatan manusia yang menyakitkan itu jauh lebih bermanfaat berbanding nikmat menjauhkan diri dari kesakitan yang dilakukan manusia..

Sesungguhnya, manusia diciptakan untuk diuji imannya.. Untuk dilihat siapa yang lebih baik amalannya disisi Allah.

Dan sesungguhnya, teruji dalam nikmat dan kesusahan sangat menuntut kekuatan untuk sedar bahawa, nikmat itu bukan tanda kasih Allah dan kesusahan itu juga bukan tanda benci Allah. Kerana.
Dunia bukanlah tempat sebenar menerima balasan... Dunia adalah tempat ujian.

Nikmat yang sebenar adalah apabila segala kejadian itu menyebabkan kita merasai perhatian dan kasih sayang Allah!
 
Untuk apa duit banyak tapi lupa Allah
untuk apa dikasihi sekalian manusia tapi Allah lansung tidak memandang..
Untuk apa punya keluarga bertaburan seluruh dunia tapi tidak pernah menjaga hubungan dengan Allah
untuk apa disanjung dan dipuji jika Allah tidak dihati.

Apalah makna hidup tanpa perhatian Allah dan keampunanNya.

Sesungguhnya orang yang menulis ini juga tidak lepas dari dosa lupa dan lalai dari mengingatiNya.

Selamat mencari jalan menuju Allah!

Ahad, 18 Disember 2011

Berusahalah

Memahami erti hidup memerlukan masa.

Bergantung kepada
  1. pendedahan yang diberi
  2. latarbelakang keluarga
  3. pendidikan
  4. Suasana masyarakat
  5. peribadi individu
Mungkin pelbagai faktor lagi..

Islam telah datang memberikan maksud erti hidup yang sama pada semua manusia walaupun di terjemah dalam pelbagai kata-kata dan bahasa.

Berusahalah memahami erti hidup yang digariskan Islam.

Sesungguhnya peringatan amat berguna buat orang-orang yang beriman.

Sabtu, 17 Disember 2011

Ikhlas dan taqwa

Setiap hari mengadap Al-Quran, tapi entah bila yang terasa itu peringatan dan surat cinta dari Allah.
Allah itu bukan manusia biasa. Allah juga bukan ibubapa yang dikasihi. Jauh sekali kawan, sahabat atau teman bemesra.

Allah itu satu-satunya Tuhan yang layak disembah.
Allah itulah yang menciptakan kita.

Tapi, segala peringatan Allah dalam Al-Quran, dipandang dua mata tapi tanpa hati.
Astaghfirullah..

Hebat, tapi cakap sahaja hebat..
Hebat, tapi manusia sahaja yang menilai hebat.
Hebat, tapi entah tidak tahu apakah matlamat dan tujuan melaksanakan suatu tanggungjawab..

Subhanallah.

Berbanding kata-kata Allah, kita lebih sensitif dengan kutukan yang umpama tembakan peluru berpandu tanpa asap; dari manusia.

Mengapa?...
Mungkin masing-masing diri mampu mengemuka jawapan tanpa suara.

..............................................

Satu prinsip yang perlu di ketahui dan di cadangkan untuk dipegang adalah:

Kita harus menjaga diri agar agama kita tidak "dikutuk" dan "dikeji"..
Tetapi setelah berusaha, datang juga "kutukan" dan "kejian"..

Maka, terujilah keikhlasan dan taqwa..
Sungguh.
Benar-benar teruji.

Oleh itu wahai manusia beriman,
Serahlah urusan itu pada Allah.
Kerana kita tidak akan mampu menjadi sempurna.

Ikhlas bukan dengan kata-kata "aku melakukan semua ini hanya kerana Allah".
Begitu juga taqwa.. Ia bukan sekadar mengucap "aku takut diseksa kelak".


Keikhlasan itu teruji pabila;

Orang yang tidak disukai memberi peringatan pada kita.

Tiada hasil kelihatan walaupun sudah berusaha sebenar-benarnya.

Kebaikan kita di balas keburukan.

Kebaikan dipuji dan dihargai secara berlebihan.

Kejian tuduhan menyusul selepas tersalah melakukan..


Pendek cerita, keikhlasan itu teruji bila kita mula menjadi "begitu ambil berat" pandangan manusia.

Tidak kiralah manusia itu teman dan sahabat, ibubapa dan keluarga, guru dan pendidik, atau masyarakat awam dan media.

Sesungguhnya, ikhlas itu boleh jadi mudah dan susah.
Taqwalah yang akan menjaga ikhlas.

Taqwa itu umpama sifat berjaga-jaga sewaktu melalui jalan berduri..
Subhanallah.

Betapa selama ini kurangnya sifat taqwa dalam diri. Melakukan segalanya dengan prinsip redah!

Asalkan tahu, buat.
Dimana diri ini meletakkan aqal fikiran?
Sedang aqal itulah yang membezakan manusia dan haiwan.

Keadaan mendesak.
Suasana lebih terdesak.
Semangat juga mendesak.
Ilmu juga mendesak.

Mendesak untuk apakah?
Mendesak untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Tetapi, disana ada iman dan aqal yang perlu digunakan untuk menilai setiap desakan agar melaksana mengikut kemampuan.
Kemampuan agar tidak tersungkur ditengah jalan dalam menelusuri jalan yang sungguh panjang.. kerana luka berdarah akan menjadi perkara biasa sepanjang jalan..


Ya, jalan ini sungguh panjang. Ibarat nafas yang dalam dan panjang.
Tiada kejayaan bagi orang yang melepas nafas sekaligus..

Bersabarlah dengan kepincangan yang ada kerana kita sedang berusaha  membaikinya.
Bersabarlah kerana kita tahu, ia bukan kejayaan magis sekelip mata..
Bersabarlah kerana kita sedar kelemahan kita sebagai manusia..
Bersabarlah kerana kita tahu ikhlas itu tidak mudah..
Bersabarlah kerana kita yakin Allah bersama orang yang sabar..

Ampunilah kami ya Allah.
betapa mentah dan pendek akalnya kami dalam menelusuri jalan warisan para Nabi ini..

dan terima kasih Allah kerana dengan rahmat dan kasih sayangMu, Engkau tetap memilih kami untuk berada di jalan ini walaupun hanya sebagai "tukang sapu sampah" di sepanjang jalan..

Sebagai penutup ayuh berdoa, moga Allah berikan kita keikhlasan menempuh jalan panjang ini. Kerana yang menulis juga tidak tahu adakah dia benar-benar ikhlas dalam tulisan ini apatah lagi amalan lain.

Khamis, 15 Disember 2011

Berjuta alasan hanya kerana satu sebab

Selamat pagi dan salam sejahtera..

Apakhabar iman kawan-kawan semua?
Alhamdulillah, seindah alam.

Cantiknya alam kerana mereka tidak jemu menurut perintah Allah.

Matahari bersinar dengan warna oren.

Langit biru putih dan berkepul-kepul awannya.

Hutan yang hijau dan sentiasa mendamaikan.

Hanya kerana alam ini tidak jemu dan malas melakukan peranan mereka sebagai makhluk Allah.

Pernah dengarkah pada suatu hari matahari sudah malas mengeluarkan cahaya orennya, langit sudah tidak minat lagi menjadi biru putih berkepul-kepul dan hutan sudah jemu menjadi hijau yang pelbagai??

kuang-kuang.. huru hara lah dunia..

Bagaimana pula kita sebagai hamba Allah yang paling baik ciptaannya?..

Pernahkah merasa jemu & malas melakukan sesuatu perkara kebaikan? Walhal bukan tidak tahu, perkara yang kita malas untuk lakukan itu bukanlah pekara dosa atau tidak bermanfaat untuk iman..

ok.. berhenti dan menarik nafas dalam. tenangkan fikiran.

Baiklah, jika malas melakukan, dengan kesedaran "saya sedang malas"..  itu dikira masih ok, walaupun sudah ditahap tidak lama lagi mungkin tenggelam dalam kemalasan..

kerana kesedaran itu membuatkan kita berusaha melakukan perkara baik tersebut sambil melawan kemalasan itu.

Alhamdulillah dan segala puji bagi Allah.

Tapi apa jadi bila sebenarnya kita sedang malas dan tiada hati untuk melakukan perkara baik
dan kita tidak sedar yang kita sebenarnya sedang malas dan tiada hati untuk melakukannya??..

Maka keluarlah
'sejuta alasan hanya kerana satu sebab'

ok, buat ayat berbelit pula kan.
Ayat terang lagi bersuluh adalah:
'Mencari pelbagai alasan untuk menutup rasa malas dan tidak mahu'

Keupayaan melakukan kebaikan itu hanya kerana kekuatan diri kitakah?
Tidak.

Usahlah terlalu perasan.
Dengan rahmat Allah, kita yang penuh dengan salah dan penderhakaan pada-Nya..
tetap diberi peluang dan kekuatan oleh Allah.
Untuk melakukan kebaikan.

Pasti.
Kita sebenarnya berupaya melakukan sesuatu amalan itu kerana ada kehendak yang Maha Berkuasa untuk kita melaksanakan kebaikan itu.

Tapi.
Apa jadi
Bila hati sudah jemu melakukan kebaikan..

Bila hati dan fikiran mula berusaha mencari alasan untuk meninggalkan kebaikan yang selama ini kita lakukan?

Sedangkan selama ini hati dan fikiran berusaha mencari jalan untuk terus melakukan kebaikan itu..
Ayuh
Doalah.
Pohonlah pada Allah.
Berusahalah.

Semoga dihujung doa dan usaha itu ada jalan terbaik untuk kita. InsyaAllah!

p/s: tolong ada sedikit bimbang dalam hati bila kita malas untuk melakukan kebaikan.. bukan kerana takut berkurangnya pahala, tapi kerana takut, Allah tidak suka kita yang melakukan amal baik tersebut.

firman Allah s.w.t. dalam surah At-taubah: 45&46


$yJ¯RÎ) šçRÉø«tFó¡o tûïÏ%©!$# Ÿw šcqãZÏB÷sム«!$$Î/ ÏQöquø9$#ur ̍ÅzFy$# ôMt/$s?ö$#ur óOßgç/qè=è% óOßgsù Îû óOÎgÎ6÷ƒu šcrߊ¨ŠuŽtItƒ ÇÍÎÈ  
Sesungguhnya Yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang Yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan Yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak Dalam keraguannya.

* öqs9ur (#rߊ#ur& ylrããø9$# (#rtãV{ ¼ã&s! Zo£ãã `Å3»s9ur on̍Ÿ2 ª!$# öNßgrO$yèÎ7/R$# öNßgsܬ7sVsù Ÿ@ŠÏ%ur (#rßãèø%$# yìtB šúïÏÏè»s)ø9$# ÇÍÏÈ  
dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang Yang tinggal".


Entri terkenal