Rabu, 24 Disember 2008

i like Muhasabah..

Bismillahirrahmanirrahim. Setelah menerima pelbagai komen, teguran dan cadangan, penulis mengambil sedikit masa untuk berfikir dan muhasabah akhirnya penulis mengambil keputusan untuk menukar pendekatan yang di guna kan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang ikhlas memberi nasihat dan cadangan. Ia sangat berguna untuk orang yang kurang pengalaman dan ilmu seperti penulis. Kawan-kawan pembaca ingin mengetahui apakah perubahan nya? Terus kan mengikuti penulisan penulis dalam blog ini dan anda akan tahu apakah perubahan tersebut.

Semasa entri ini di keluarkan, ia telah di tulis oleh penulis lebih kurang seminggu dari tarikh yang tercatat di atas.. Di awal pembinaan blog ini, penulis langsung tidak tahu bagaimana menggunakan perkhidmatan blog yang tersedia dalam gmail. Tetapi di atas desakan dan kesedaran penting nya dakwah ilallah melalui penggunaan blog, penulis kuatkan semangat untuk belajar dan memahaminya. Terus terang penulis kongsikan dengan kawan-kawan pembaca, bahawasanya, penulis telah berazam di awal pembinaan blog ini, penulis hendaklah seboleh-boleh nya tidak menceritakan apa-apa mengenai diri penulis kerana beberapa sebab di antaranya:

1. kerana tujuan utama penulis mewujudkan blog adalah untuk membantu rakan-rakan yang masih samar-samar untuk mengenali siapakah Allah.

2. Supaya Allah menjadi yang utama di dalam hati rakan-rakan pembaca.

3. Berkongsi ilmu mengenal Allah yang telah penulis perolehi.. supaya rakan-rakan pembaca merasai kehadiran Allah sebagaimana penulis merasai kehadiran Nya.

4. Belajar menulis untuk mengasah kemahiran menulis yang tidaklah seberapa ada pada penulis.

Itu lah antara sebab utama penulis berusaha untuk menjadi kan blog ini wujud. Inilah juga sebab yang menguatkan keazaman penulis supaya tidak menceritakan apa-apa mengenai diri penulis. Sebab penulis merasakan menceritakan hal diri adalah tidak bermanfaat pada orang lain.

Walaubagaimanaun, setelah hampir dua bulan menggunakan blog ini penulis merasakan ada sesuatu yang perlu penulis kongsi dengan kawan-kawan pembaca mengenai diri penulis. Bukan lah untuk mengajak kawan-kawan kepada diri penulis tetapi, mengambil pengajaran dari pengalaman orang lain adalah antara cara paling cepat dan berkesan untuk kita belajar dan matang dalam kehidupan. Lebih banyak pengalaman yang di dedahkan pada kita, maka lebih banyaklah perkara yang kita dapat belajar dalam masa yang singkat. Belajar dari pengalaman memerlukan masa, kerana setiap pengalaman yang berlaku itu bergerak mengikut masa selain menuntut masa tambahan untuk proses penyerapan dan pembelajaran. Maka, belajar dari pengalaman orang lain akan menjimatkan masa kita supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama serta memperbaiki mana-mana kecacatan yang ada pada pengalaman orang. Dan masa yang telah di jimatkan itu boleh digunakan untuk menyebarkan agama Islam kepada orang lain, melakukan amal-amal solih yang telah ditetapkan agama, melakukan amar ma’ruf nahi mungkar atau apa-apa lagi yang seumpamanya.

Apa yang penulis ingin kongsi dengan kawan-kawan pembaca mengenai diri penulis? Pada suatu hari semasa cuti yang lalu, penulis mencuri sedikit masa untuk membaca surat-surat yang ada dalam peti e-mel ayah. Memang banyak. Kerana hobi penulis adalah membaca, maka membaca surat ayah juga termasuk dalam senarai bacaan penulis selain dari buku-buku yang berderet di rumah (masih banyak lagi yang belum di baca, semuanya tebal-tebal. Kalau nipis pun isi nya pula ‘berat’, ambil masa untuk mencernakannya). Aktiviti membaca pada hari tersebut dilakukan sebaik sahaja penulis pulang dari melawat jenazah kawan mak yang baru meninggal dunia pada maghrib semalamnya (18 Dis 2008). Aktiviti bacaan yang penulis lakukan pada hari tersebut sangat lama sehingga penulis terlalai dari melakukan kerja harian iaitu mengemas rumah dan membantu mak memasak..

Apa yang penulis ingin sampaikan di sini, adalah kesan membaca surat-surat ayah. Kawan ayah semua nya aktivis dakwah.. isi surat-surat ayah tidak dapat penulis kongsi kerana ia adalah RAHSIA. Apa yang boleh di kongsi adalah kesannya dan pengajaran yang penulis dapat:

1. Teguran yang datang dari orang yang ikhlas kerana Allah memang sangat bermanfaat. Kata orang ‘dari hati sampai ke hati’.

2. Budaya tegur-menegur dengan keimanan hanya dapat di lihat dikalangan orang yang benar-benar meletakkan Allah sebagai perkara utama dalam hidupnya. Selain orang yang menjadikan TARBIYYAH sebagai jalan untuk diri nya menjadi hamba Allah yang solih dan muslih.

3. Kesungguhan orang yang beriman menjalankan peranan nya sebagai Khalifah Allah sebaik mungkin dalam keadaan manusia lain sibuk dengan hiburan, pergaduhan dan leka dalam dunia sendiri.

4. Sikap toleransi dalam berorganisasi sangat membantu proses melakukan dakwah. Maksudnya penerimaan setiap aktivis dakwah bahawa hakikat kita sebagai manusia punya kesalahan dan kelemahan yang perlu di perbetulkan dengan cara dan gaya yang sesuai mengikut tuntutan agama. Selain itu, sikap toleransi itu berjaya menghasilkan suasana ‘saling lengkap melengkapi’ dalam melaksanakan gerak kerja dakwah.

5. Sikap tolong-menolong yang di aplikasi kan oleh aktivis dakwah dalam menghadapi cabaran dan mehnah yang ada di sepanjang jalan dakwah menyebabkan ramai dikalangan aktivis dakwah bertahan lama melakukan kerja-kerja dakwah.

6. Memahami setiap daie itu mempunyai halangan dan cabaran yang berbeza ketika berada di atas jalan dakwah.

Banyaklah lagi perkara lain yang penulis dapat dari bacaan dan ia boleh disimpulkan dengan beberapa perkataan:

1. Keikhlasan

2. Ukhuwah

3. Hidayah Allah

4. Hasil tarbiyyah

Itu perkataan yang penulis pilih untuk dimenjelaskan dengan lebih terang apa yang penulis ingin kongsi kan dengan kawan-kawan pembaca. Keikhlasan. Hampir menjadi suatu kebiasaan apabila kita ingin melakukan amal solih, ustaz-ustaz akan berpesan “kita mesti ikhlas bila melakukan amal solih”. Tapi sejauh mana kita menghayati praktikal ikhlas? Keikhlasan yang wujud dalam diri daie sangat membantu diri nya untuk terus melakukan dakwah walauapa pun cabaran yang datang. walau apa pun kesukaran yang datang. Ikhlas tidak datang secara percuma dan bergolek. Ia datang dengan latihan atau bahasa Arabnya di panggil tarbiyyah. Dan seperti biasa, hasil latihan tidak akan membuah sebaik sahaja kita melakukan sesuatu latihan. Ia memakan masa. Dan masa yang di gunakan bergantung pada kemampuan diri seorang daie untuk menghadamnya.. Ikhlas.. Marilah berusaha untuk sentiasa Ikhlas. Jarang-jarang ikhlas itu biasa..

Yang kedua ukhuwah.. penulis sudah pun menceritakan hal ini dalam pos yang lalu. Rasanya tidak perlu di ulang dalam entri ini kerana entri ini sudah cukup panjang untuk menjulingkan mata rakan-rakan pembaca. Ketiga.. Hidayah Allah. Penulis selalu dengar guru-guru penulis berkata “hidayah Allah tidak akan datang bergolek”. Ini memang ciri-ciri hidayah Allah. Tapi ada satu lagi ciri hidayah Allah iaitu, hilang jika di abaikan. Aktivis dakwah yang ikhlas kerana Allah adalah antara pembuka laluan datang nya hidayah Allah. Apabila hidayah Allah datang, dan diterima, ia akan datang lagi dan lagi dan lagi.. Sehingga kita terasa “Ya Allah, memang Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang”. Seandai hidayah Allah datang dan di abaikan, maka kedatangan nya kembali akan menjadi sukar. Ia seperti kita mencari satu kesalahan menaip dalam tesis setebal 5000 muka. Maka jangan abaikan hidayah Allah. Ambil dan manfaatkan nya apabila ia datang.. Allah tidak akan mensia-siakan pekerja-pekerja dakwah yang ikhlas.

Yang terakhir.Hasil tarbiyyah.. Ya memang lambat. Kerana latihan memakan masa. Ia tidak akan berhasil sekelip mata. Tamadun Islam yang suatu masa dahulu telah wujud kerana adanya latihan dan proses ‘rekrut’ atau proses tarbiyah yang disemai semenjak zaman Rasulullah. Lama~. Sungguh lama dan memakan masa. Tapi janji Allah tetap akan di penuhi. Daie yang ikhlas, punya kesedaran ukhuwah fillah, dan sentiasa dahaga kan hidayah Allah adalah hasil dari tarbiyyah. . Latihan itu penting.. Memang ada Allah jadi dia sebagai ‘born daie’ tapi itu hanyalah 1 dalam sejuta. Kebanyakan nya perlu di latih dan didik untuk menjadi sebenar-benar daie.

Owh, maaf, penulis mengarang hingga tanpa menghiraukan kefahaman kawan-kawan pembaca mengenai isi, istilah dan perkataan yang di gunakan..

Tulisan ini tidak hanya ditulis untuk mereka yang mengenali bahasa Arab dan dakwah. Ia juga ditulis untuk orang yang tidak memahami apa itu dakwah. Dakwah itu maksudnya menyeru dan seruan ini adalah seruan kepada Allah.. Jadi kita semua termasuk dalam dakwah. Tak kisah lah kawan-kawan pembaca seorang pelajar, seorang pekerja, seorang pelakon, asalkan bernama orang, kita semua termasuk dalam dakwah. Di ulangi, seruan kepada Allah itu tidak tertakluk kepada orang tertentu atau individu tertentu.

Kepada kawan-kawan yang merasakan bacaan bukan untuk dirinya, perbetul segera.. Tulisan ini untuk semua. Jika ada kesukaran untuk memahami, bertanya lah. Penulis berbesar hati untuk berkongsi dan menjawab kemusykilan.

Penulis berharap kawan-kawan juga akan belajar sesuatu dari penulisan ini..

Segala yang tertulis ini lah yang menyebabkan penulis mengambil keputusan untuk mengubah pendekatan dalam blog ini..

Jumpa lagi.

p/s: kaedah pos berjadual akan terus digunakan oleh penulis. Maksudnya kekerapan posting penulis adalah dua kali seminggu secara automatik. Berbanding sebelum ni, dengan kekerapan sehari satu pos..

Tiada ulasan:

Entri terkenal