Isnin, 1 Disember 2008

RENDAH DiRi vs YAKiN DiRi 7

Hmm lupa pulak nak royak (beritahu), ananiah, ujub, takabbur dan riya itu boleh di ubati. Setiap penyakit yang di cipta Allah kan ada ubat nya. Termasuklah penyakit ini. Ubat nya

1. Beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya

2. Mempunyai ilmu pengetahuan yang mendekatkan diri dengan Allah

3. menyedari tipudaya nafsu dan syaitan

4. memikirkan kelemahan diri sendiri

5. mengamalkan sikap tawadhu’

6. mengingatkan azab Allah akibat dari penyakit yang tidak dirawat ini.

Kalau tak bagi ubat pada 4 penyakit tadi, maka akan menjalarlah beberapa kecederaan:

1. Menjauhkan diri kita dari Allah

2. Tunduk kepada hawa nafsu

3. Mendekat kan diri kepada perkara mungkar

4. Menjadikan seseorang itu keluar dari tujuan asal beribadah dan semuanya menjadi sia-sia.

5. Terhapus segala pahala amalan yang dilakukan

6. Tidak disukai Allah (kalau Allah tak suka kita, bermakna kah seluruh kehidupan kita??)

7. Sentiasa berangan kosong

8. Membawa kita keluar dari agama kerana enggan tunduk pada kebenaran.

Akhir kata, RENDAH DiRi dan YAKiN DiRi sekadarnya (bersederhanalah).. Kita akan menjadi orang yang beruntung di dunia dan akhirat.. Insya Allah..

Tiada ulasan:

Entri terkenal