Selasa, 2 Disember 2008

BAiT-BAiT 1

Kamilah barisan mujahid

Barisannya muda perkasa

Berjuang untuk menjadi syahid

Iman dan taqwa pengisi jiwa


Allah Matlamat kami

Al-quran dustur kami

Rasulullah pemimpin kami


Al-islam anutan kami

Al-Jihad jalan kami

Gugur syahid idaman kami


Kami cinta Allah yang Esa

Kami kasih ibu dan bapa

Kami sanjung Rasul mulia


Kami amal ilmu di dada

Kami sayang guru semua

Kami hormat sahabat setia


Al-Islah nama sekolah

Al-Islah harapan ummah

Al-Islah penjalin ukhuwwah


Tahu kah kawan-kawan? (ek ehem, macam kolum majalah kanak-kanak pulaks), bait-bait di atas adalah lirik lagu sekolah penulis masa sekolah menengah dulu. Sedap lagu ni. Tapiii, takde simpan pulak ‘bunyi’ lagu ni untuk kawan-kawan dengar.. Mohon Maaf lah yea.(kalau tetibe ade, nanti penulis masukkan dlam blog ni)

Apa yang penulis nak cerita dari lagu ni? Bukan nyer nak jaja lagu sekolah tauu. Sebenar nya, penulis perasan dengan isi kandungan lagu skolah ni selepas dah kluar skolah tu..(bertuah punya badan kan?). Al-kisahnya pada suatu hari, adik penulis balik dari sebuah program perkemahan yang di anjurkan sekolah ini dan menceritakan “Komander (seorang askar) yang jaga kita mukhayam (berkhemah), tu kata –wau! dahsyat lagu skolah ni! bahaya nih!-

Masa penulis dengar cerita ni, penulis dah pindah sekolah lain dan dah lama tak mendendangkan lagu ni (dah tukar sekolah buat apa nyanyi lagi kan?)..

Maka terdiam lah sekejap penulis mendengar cerita adik. Fikir-fikir balik “apa lah yang dahsyat sangat dengan lirik lagu ex-skolah aku ni?”.. Tak de lah fikir lama sangat pun, dan akhirnya penulis pun dapatlah memahami maksud komender itu berkata sedemikian..

Lirik lagu skolah ni rupanya sangat bagusss. Tapi bayangkan lah, penulis tak pernah perasan kebagusan lirik lagu skolah ni sehingga dah kluar skolah?!!. Isk-isk.. menyanyi tiap-tiap minggu hari ahad lepas asma ul husna pulak tu.. tapi tak melekat lansung ‘ruh’ yang ada dalam lagu sekolah sendiri. Ia adalah doa yang sangat baik. (Bayang kan, kita berdoa tapi tak sedar lansung apa yang kita tgh doa/mintak atau pun bercakap tapi tak sedar apa yang kita cakap. yea lah, baca doa dalam bahasa arab panjang-panjang, tapi sepatah pun tak faham.sia-sia je)..

Lirik lagu ini memberitahu dengan jelas tentang

1. matlamat hidup kita,

2. siapa yang perlu dicontohi,

3. apa yang boleh dijadikan panduan,

4. jalan hidup macam mana yang kita kena pilih,

5. sapa yang perlu kita hormat dan sayang, dan macam lagi (eh macam belajar sastera pulaks. –menghuraikan makna lagu-).


cam besa.. bersambung lagi..

Tiada ulasan:

Entri terkenal