Khamis, 4 Disember 2008

RAYA TiBA LAGi

Syok nya nak raya.. ngada-ngada pulak penulis ni, seronok nak raya pun tulis dalam blog. Tak de.., bukan nak beritahu seronok raya, tapi nak beritahu apa erti raya yang sebenar untuk kita orang Islam ni.

Ye lah, kalau tgk agama lain tu, punya lah banyak jenis raya setahun, tapi kita orang Islam ni, ada dua je perayaan besar. Mana de dah yang lain.. Raye pose, pastu raye haji. Dah la raye pose tu sari je (bukan sari baju tradisional orang India tu, sari=sehari). Pastu raye haji pulak, 1+3 hari je (10, 11, 12, 13 zulhijjah). Agama lain raya sampai sebulan pun ada. Apa macam? bulih ke kita protes dengan Allah? Mintak nak raya lebih sikit? Haaa, jangan lah di buat seperti itu yea kengkawan.. Tak baik. Nanti rosak aqidah, hidup tak bahagia, kat akhirat lagi-lagi lah tak bahagia.

Hidup ini kan nak beribadah, kalau asyik raya jerrr.. apa ko hal??.. hidup untuk bersuka ria ke?

Raya itu kan hadiah Allah untuk kita. Hadiah untuk orang yang benar-benar menghayati ajaran yang terdapat dalam kedua-dua perayaan besar itu. Hadiah ni, kalau dapat banyak sangat mane de harga dah. Tak pun kalau selalu sangat dapat hadiah, susah lah kita nak menghargai nya. So, apa pengajaran yang ada dalam dua-dua raya tu? Raya posa tak nak crita skrg, sbb skrg dah demam raya haji ni..

Tgk semua orang g haji, rasa jeles jerr. Yea lah nak g haji bukan nya senang. Kena ade duit dulu, pastu kena beratur ikut giliran. Selain tu, kena sihat..kalau sakit, susah jugak nak pegi. Seronok nya jadi tetamu Allah. Yea lah, jadi tetamu rumah orang pun best (kalau tuan rumah tu layan kita elok-elok lah). Apa lagi jadi tetamu rumah Allah (Raja segala raja beb!). Kengkawan dah pegi haji? Mesti seronok kan.. Bukan nya seronok jenjalan. Tapi seronok sebab bulih sempurna kan rukun islam yang kelima. Seolah-olah macam kita makan nasi lemak lengkap dengan segala ‘perkakas’ nya. Cuba bayang kan nasi lemak tak de timun, tak sedap lahh. Tapi kalau tak de pun bulih makan jugak nasi lemak tu. Cuma tak de lah rasa macam mana sedap nya makan nasi lemak kalau ade timun skali.

Haji tu macam timun tu lah. (bukan penulis nak sama kan ibadah haji yang mulia ni dengan timun yang murah tu). Nak cakap, haji ni, rukun islam. Bila dah cukup syarat yang di tetapkan, kenalah buat.. Sekurang-kurang nya, kita ni ade niat nak laksanakan ibadah badani dan qauli (anggota dan perkataan) ini suatu hari nanti. Ni asyik mikir nak melancong sana, melancong sini.. bukan tak boleh nak melancong, tapi UTAMAKAN lah perkara yang LEBIH UTAMA..

p/s: tiada hadiah yang lebih bermakna melainkan yang Allah dah beri pada kita. Apalagi yang kita nak dalam hidup ini kalau bukan keridhaan Allah.

Tiada ulasan:

Entri terkenal