Rabu, 30 Disember 2009

Pena! 3

Baiklah cuba hayati tafsir kat bawah ni.. mengikut susunan ayat yang telah termaktub dalam Al-Quran
  1. Nun, Demi pena dan apa-apa yang mereka tulis,

Dalam ayat pertama itu, Allah telah bersumpah dengan huruf nun. Haa bukan huruf lain. 'Ba' ke 'ta' ke 'ya' ke.. Tapi nun. Sebab? Wallahu 'alam.
Tapi kemudian Allah bersumpah pula dengan pen dan penulisan. Kata ulama tafsir, ia menunjukkan penghargaan pada nilainya.. Disamping, menghalakan perhatian kepada perkara tersebut.. DItengah masyarakat yang begitu tidak mementingkan pendidikan dan pembelajaran kearah itu pada masa tersebut.


Gambar hiasan semata

Penulisan dianggap sangat mundur dan ketinggalan pada masa itu. Walhal, tugasan yang Allah beban kan pada Khalifah-Nya amat perlu pada keupayaan menulis itu subur dan tersebar.

Kemudian Allah juga menafikan tuduhan liar kaum Quraisy kepada Rasulullah:

2- kamu (wahai Muhammad) dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu, bukanlah seorang yang gila (sebagaimana yang dituduh oleh orang musyrik, bahkan kamu adalah seorang yang bijaksana).

Dalam ayat ini Allah menyandarkan ganti nama Nabi s.a.w 'anta/kamu' kepada zat-Nya, (perkataan) 'Tuhanmu' menunjukkan keakraban dan kasih sayang Allah pada Nabi Muhammad.

Kawan-kawan boleh faham tak setakat tu? Tak berapa faham eh? Macam ni, untuk faham tafsiran ayat ni, kawan-kawan kena tengok ayat yang bahasa arabnya, dan kena tahu sikit-sikit tatabahasa Bahasa Arab.

Nak bagi senang fahamnya ginilah, kalau kita ni baik dengan kawan kita, kita mesti nak apa-apa pun berkait dengan dia, betul tak? Haa, jadi Allah nak beritahu, Nabi Muhammad ini sebenarnya mulia dan tidak gila sebagaimana yang dituduh. Selain itu, menjadi lebih-lebih lagi mulia Nabi Muhammad ini apabila baginda itu digambarkan sangat dekat dengan Allah.

Dan kerana itu Allah berkata lagi:

3- Dan sesungguhnya kamu tetap memperoleh pahala yang besar dan tidak putus sebagai balasan menjalankan ajaran Islam;

Tidak cukup setakat itu; Allah sendiri memberi penyaksian agung dan penghormatan besar kepada baginda s.a.w:

4- dan bahawa sesungguhnya kamu mempunyai akhlaq yang mulia.

Sebenarnya bukan dalam surah Al-Qalam aje Allah puji Nabi Muhammad ini berakhlaq mulia. Banyak lagi surah lain. Nak tahu ek? SIlalah rajin-rajin tengok tafsir quran bila mentelaah Quran. PAsti ketemu. Insya Allah.

Habes satu part.
Eh, belum habes lah. Tapi dah tak larat nak sambung. Nanti-nanti lah ye..

Isnin, 28 Disember 2009

Pena! 2

Haaa, entri sebelum ni pendek sangat eh? Nak buat macam mana, bila kelas dah mula, assignment pun bertompok macam kain baru angkat. Itu belum cerita nak kena buat pre dan post reading bila dah masuk kelas.. Haa nasib baik belum masuk hospital lagi..


Balik kelas dah penat. Solat makan solat rehat kejap solat rehat TeRUS. (Tidurlah). Bangun esok dah pagi, kena masuk kelas pagi-pagi lagi. Habis? Bila nak buat benda lain? Macam mana nak kumpul pahala?

Kita hidup atas dunia ini kena kreatif kan? Kreatif kumpul pahala. Bukan kreatif mengata orang.. Laa itulah, melalut tah kemana hala pulak penulis ni kan..

Kalau bukan kerana Allah yang memberi izin penulis mengarang 'short note' tafsir surah Al-Qalam kali ini, entah bila lah segala pembelajaran selama ini dapat disebarkan..

Baiklah jom sambung cerita Surah Al-Qalam..

Secara mudahnya, Surah Qalam ni nak cakap, kita mestilah merasa izzah dengan Islam yang kita ada. Apatah lagi jika kita itu seorang daei. Semua orang Islam daei kan? HA, (tu dia huruf besar dah tu), jangan nak buat tak ngaku pulakks.

Ha apadia? tak tahu apa itu daei? Owh boleh tanya je sesiapa yang tahu. Penulis tak nak cerita kat sini.

Secara panjangnya, ada banyak point-point penting yang di gariskan Allah dalam Surah al-Qalam:
  1. Menceritakan benih Islam mula tersebar dalam Masyarakat makah, suatu anjakan dan perubahan sedang dan bakal berlaku pada Kota Makah dan penduduknya..
  2. Nilai-nilai sosial dan kekeluargaan yang ada dalam kalangan pembesar Quraisy pada zaman permulaan Islam disebarkan.
  3. Penentangan orang-orang kafir terhadap dakwah Rasulullah. Menceritakan bagaimana perasaan Rasulullah s.a.w dan para sahabat diperingkat awal dakwah..
  4. Serta kasih sayang, pujukan, pujian dan hiburan yang Allah beri pada Rasulullah s.a.w dan juga para sahabat.
  5. Dengan kata lain, Allah telah menjamin; musuh Allah akan 'diselesaikan' oleh Allah Yang Maha Mengetahui, Maha perkasa dan Maha Pemberi Balasan. Kita sebagai daei cuma perlu berusaha bersungguh-sungguh dan tidak putus asa dengan perasaan sedih dan kecewa kerana sikap orang-orang yang ingkar.
  6. Merasa izzah dan mulia dengan Islam yang dianugerahkan Allah.
  7. Cerita seorang pendusta dan musuh ketat Rasulullah s.a.w.
  8. Pengisytiharan perang keatas seluruh pendusta serta azab seksa akhirat yang hina buat orang takabbur.
  9. Contoh orang takabbur dan mengancam orang kafir Quraisy yang bongkak dan berbangga dengan harta dan anak-anak..(Faktor yang menjadikan mereka menentang penyebaran risalah Islam)
  10. Agar kita dapat merasai suasana perjuangan pada masa itu. Fasa lemah dan sedikit, fasa kesakitan, kesulitan dan penderitaan.. Serta fasa usaha gigih untuk menyemai benih yang mulia di atas tanah keras

Amacam? Menarikkan surah Qalam ni kan?
Dah tak sabar nak tahu isi surah? Ok, nanti kita sambung esok lusa pulak ye.

Sabtu, 26 Disember 2009

Pena! 1

Mula-mula, bacalah! kemudian Tulis!

Mula-mula al-alaq kemudian al-Qalam. Tapi ada ulama berpendapat, al-qalam bukan selepas al-alaq. Malah selepas Islam telah disebarkan secara terang-terangan. BIla? itulah dia 3 tahun selepas dakwah secara sirr. Sirr tu rahsia lah. Sirr itu bahasa Arab. Rahsia bahasee Melayu.


Surah ini surah Makkiah.. Walaubagaimanapun ada juga ulama yang cakap surah Makiah campur Madaniah. Apa itu Madaniah dan Makiah ini?

Takkan lah sedap-sedap pulak ulama nak bagi nama lain untuk Surah-surah dalam Quran kan?

Secara ringkas nya, Madaniah dan Makiah ini pengkelasan ayat-ayat yang ada dalam Quran. Pengkelasan ayat-ayat yang ada dalam Quran sebenarnya ada macam-macam jenis. Madaniah dan Makiah ini salah satu dari cara yang ulama dah ajarkan untuk kita.

Kalau kawan-kawan belajar ulum Quran, mesti pernah jumpa punyalah.

Madaniah: Ayat Quran yang diturunkan di Madinah atau lebih banyak membincangkan tentang undang-undang dan cara hidup..

Makiah: Ayat Quran yang diturunkan di Makah, atau lebih banyak membincangkan tentang Aqidah dan kepercayaan..

Kalau kawan-kawan perasan, penulis guna perkataan atau dalam dua ayat di atas. Menunjukkan salah satu pun boleh. Bukan mesti dua-dua.

Ada lagi penjelasan yang panjang dalam pembahagian Madaniah dan Makiah ini, tapi penulis tak nak tulis lah kat blog ni. Cukup sekadar untuk kawan-kawan faham; pekebandalah Makiah dan Madaniah itu.

Ok lah, sekarang kita sambung balik fasal Surah AL-Qalam. Untuk entri pertama ini, penulis cuma kongsi Muqaddimah dulu ye. Maksudnya 'overview' surah sahaja. Belum detail lagi tafsirnya.

Bersambung..

Khamis, 24 Disember 2009

Tengok ni


ha, percaya tak kalau penulis cakap, penulis yang jahit baju ni? Oo tak nak caya ye? Takpe. bukan Quran dan hadis pun –tak boleh nak paksa suruh percaya pon. Eh senget kepala ke nak tgk? heheh memag sengaje buat baju tu 'baring'

Tahu tak.. Bukan main lagi penulis siapkan jahit baju ni tau. Ini baju kedua penulis buat. Nampak mak jahit baju macam senang aje. Sekali dah jahit baru tahu penangan menjahit.

Masa kali pertama jahit dulu, bahagian lengan dekat ketiak dan bahu jadi ketat. Ini adalah bahagian yang paling susah nak bajet untuk orang yang tak berpengalaman macam penulis ni. Kali kedua ni, dah senang sikit. Itu pun tersalah buat luas sangat pulak..

Semuanya kene kira dan mesti buat tepat-tepat. Macam kerja kayulah. kerja kayu pun best jugak. Tapi kalau buat kerja kayu tak boleh pakai hasilnya. Kalau menjahit, bila dah siap boleh pakai.

Nabi Idris pun pandai jahit baju. Kiranya Nabi Idrislah orang pertama pandai jahit baju. Kawan-kawan tahu tak hal ini? kalau tak tahu, inilah masa untuk kawan-kawan tahu. kalau dah tahu baguslah.

Nabi Muhammad s.a.w pun jahit baju sendiri jugak. Kalau baju baginda koyak, baginda akan baiki sendiri.. Baguskan contoh yang ada pada Nabi-Nabi kita? Tapi kita ni selalu je nampak orang lain bagus. Ustaz tu lah, Ustaz nilah. Itu ok lagi kalau kagum dengan ustaz.. Ada pulak yang kagum dengan artis. Itu yang paling tak tahan tu. kalau artis beriman macam Ustaz Asri Rabbani tu oklah lagi –ini pun orang panggil ustaz- Masalahnya kagum dengan sesape artis tah..

Entri kali ini nak buat kawan-kawan berminat dengan aktiviti menjahit baju dan membaiki sendiri baju-baju yang kita pakai..

Selasa, 22 Disember 2009

Lagi-lagi rokok

Cuti dah habis. Semester baru akan bermula. Seperti biasa, perjalanan sepanjang malam akan ditempuhi sebelum tiba di bumi Kuantan. Mengantuknya ya Allah. Tapi langsung tak dapat tidur.

Sebab? Pemandu bas merokok! Setiap kali dia cucuh sahaja rokok, pasti terjaga. Bayangkan, sepanjang malam itu tak dapat tidur. Kalau orang sihat mungkin tidak dapat tidur satu malam bukanlah masalah besar. Tapi bagi seseorang yang memang ada penyakit, maka itu akan jadi masalah besar..

Hampir 3-4 hari sakit kerana tidak dapat tidur dek asap rokok pakcik bas. Alangkah susahnya untuk menghadiri kelas seperti biasa.. Jika diikutkan hati mahu saja menyuruh pakcik tersebut membuang rokok yang dihisap. Tapi mengantuk dan kepenatan menyebabkan terlupa untuk melakukan demikian.

Ada banyak pengajaran yang penulis dapat dari peristiwa ini tapi yang paling penting penulis nak kongsi dalam tajuk kali ini adalah, walau apa pun yang kita buat, tiada satu pun yang tidak akan memberi kesan kepada masyarakat.

Maksudnya, apa saja kita buat pasti ada kesan pada masyarakat sekeliling kita. Janganlah sempitkan fikiran kita dengan pendapat

"aku buat macam ni bukan effect orang lain pun"..

Berhentilah menjadi orang yang pentingkan diri sendiri. Kerana anda tidak akan dapat hidup jika seluruh dunia mengamalkan prinsip itu.

Ahad, 20 Disember 2009

Lamanya

Lamanya penulis tak buat entri fasal quran kan? Bukan tak nak buat tapi tak sempat. Aiseh, suka benar bagi alasan cenggitu kan? MAcam lah berani sangat nak jawab depan Allah macam tu nanti..
Takoot la. Kawan-kawan tak takut ke?

Contoh la kan.. Tengah-tengah padang mahsyar yang besar dan penuh dengan makhluq Allah dari zaman Nabi Adam hinggalah ke akhir zaman, dengan Semua nabi dan rasul ada, segala raja dunia dan hamba dunia ada; tetiba Allah panggil kita:

Haiii mutiara bd! kenapa berhenti dari memberitahu kepada masyarakat tentang kalam-Ku??

Hadoiii apa nak jawab? Tak sempat ya Allah? Agak-agak apa yang akan penulis dapat nanti? FUiyoo tak sanggup nak imagine dah la. Takut sangat.

Jadi untuk menjawab: Bukan berhenti Ya Allah, tapi tengah cari jalan untuk menyampaikan dengan cara paling berkesan.. maka..

Penulis pun akan meneruskan siri-siri tulisan yang boleh membantu jiwa kawan-kawan untuk cintakan Al-Quran.. Kalam Allah.

Semoga berjayalah menulis..

Jumaat, 18 Disember 2009

Dunia akan musnah

mati adalah sebaik-baik peringatan. entah siapa yang cakap. tak ingat dah. Tapi memang penulis setuju sangatlah..

  • Kalau kita ni rasa kita baik sangat, cuba bayangkan sanggup tak untuk mati sekarang?
  • Kalau rasa dah cukup bagus dan tak perlu usaha lebih-lebih untuk mendapat kejayaan cuba renung-renung untuk mendapat syurga diakhirat..konfemke?
  • Kalau rasa nak buat jahat dan nakal-nakal bawak-bawaklah ingat pada mati. Sanggup ke rasa su'ulkhatimah (kesudahan yang buruk)?
  • Kalau dah rasa tak perlu ambil tahu hal orang, kononnya tak nak jaga tepi kain orang, cuba pertimbangkan kalau-kalau kat akhirat kelak, kene heret ke neraka sebab tak ingatkan orang lain..

Ingatlah mati, bukan kerana sakit. Ingat mati bukan kerana lemah semangat. Ingat mati bukan kerana dah tiada jalan untuk diusahakan didunia ini.. tapi mengingati mati kerana ia adalah tanggungjawab kita supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi hari muka..

Rabu, 16 Disember 2009

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali

Tahu tak sudah beberapa minggu penulis asyik teringat kat rumet penulis kat matrik yang dah meninggal tahun lepas..eh tak ingat lah, tahun lepas ke awal tahun ni.

RUmet ops salah eja ni (room mate) penulis tu hafizah. Memang mantap lah ingatan dia. Dia memang betul-betul hafizah. Sikap dia, percakapan dia memang patut digelar pemelihara al-Quran.

Pagi-pagi, kalau orang lain kelam kabut nak bersiap ke kelas, dia akan duduk kat meja dia.. senyap je nampak. Tapi rupanya tengah ngulang quran. Sehari dia duduk macam tu, dia boleh ngulang 3 juzu tanpa tengok quran langsunggg..

Mantapnya hafalan dia kan? Tapi setahun je dia sebilik dengan penulis, kedian dia dah tukar bilik.. Kalau kawan-kawan tak kenal dia, ni nak bagi kawan-kawan kenal dia. Kalau sesiapa yang rajin ikut musabaqah hafazan quran, mesti kenal punya si dia ini.

Rumet penulis ni dah selalu masuk musabaqah hafazan quran dan sampai tak dibenarkan masuk dah oleh jk musabaqah. Sebab apa? Sebab asyik dia je yang menang dalam musabaqah tu.. Adik beradik dia semuanya hafiz hafizah.. Tahu tak berapa adik beradik dia? 12 orang! ramai kan? Masa dia jadi rumet penulis, dia dapat sorang lagi adik menjadi kan adik beradik dia 13 orang!.. Ramaiii tapi semua nya soleh dan solehah.. Beruntung ayah dan mak dia.

Oklah kesimpulannya: Zaman kita ini ramai aje orang baik dan beriman, tapi kita tak pernah nak hargai kehadiran mereka sehinggalah mereka telah meninggalkan dunia.

Isnin, 14 Disember 2009

KIta tak tahu kita jahil?

Kita buat sesuatu dan kita rasa ok. Selepas mengetahui sesuatu mengenai perbuatan kita, barulah kita rasa..

"Ya Allah kenapalah aku buat macam tu dulu"

Dengan hidayah dan rahmat Allah lah kita dapat menilai tahap kebaikan perbuatan kita. Jika bukan kerana ilmu anugerah dari Yang maha Bijaksana, mustahil untuk kita menilai sesuatu dengan adil dan saksama.

Selalu sahaja kita merasa ok je aku buat gini. Atau yang lebih teruk sikit..

"la, saya tak tahu yang perkara ini tidak boleh dilakukan"

atau

"saya pun tak tahu kenapa saya buat begitu. Saya cuma ikut orang"

Jika sudah tahu yang kita serba tidak tahu dan tidak lengkap, carilah jalan untuk menjadi orang yang lebih tahu dan mampu menjalani kehidupan sebagai hamba Allah. Bukan serba tahu tapi tidak beramal.

Sabtu, 5 Disember 2009

Nak cerita lagi

Lagi cerita mengenai rokok dan tembakau. Dulu-dulu masa kecik, penulis pernah dengar cerita mak. Dulu suka suruh mak bercerita. Sebab penulis suka sangat dengar cerita. Sebab? Tak usah tanyalah sebabnya tidak diketahui.

Ceritanya macam ni:

Dulu Kelantan antara negeri yang banyak menanam tembakau. Pemandangan kat Kelantan dengan pokok tembakau ni macam Kedah penuh dengan sawah padi la.. DULU. Dah tulis huruf besar tu: DULU. Maksudnya sekarang dah tak de. Memang betul pun, sekarang penulis balik Kelantan, dah tak de pun.

Tahu tak macam mana boleh jadi tak de? Kerajaan Kelantan takde pun kuat kuasa undang-undang cakap

“Haaiii rakyat Kelantan, sila tebang pokok-pokok tembakau yang anda tanam. Jika tidak, anda akan dikenakan tindakan undang-undang”.

Tak pernah keluar pun kenyataan macam ni. Tak caya? tak caya, tanya la orang Kelantan.

Habis macam mana perusahan tembakau boleh jadi tidak wujud dah di Kelantan sekarang? (Kalau tak salah memang dah tak de lah), kalau ada lagi mungkin di luar pengetahuan dah. Sebabnya pemimpin Kerajaan Kelantan bersungguh-sungguh memberikan pendidikan kepada rakyatnya. Pendidikan apa? Mengenal tuhan, kehidupan itu amanah buat manusia, bagaimana mahu mencapai keredaan Allah.. Akhirnya, pengusaha pokok tembakau itu balik dan cabut sendiri pokok-pokok yang mereka tanam tu.

Habes cerita. Ini cerita versi ingat campur tak ingat. Kalau nak betul-betul kepastian, tanyalah rakyat Kelantan sendiri. Tapi jangan tanya yang muda-muda sekarang, mungkin mereka pun tak berapa tahu. Tanya la yang tua-tua sikit.. Berbanding orang muda, orang tua ni rajin bercerita dan suka sangat kalau ada orang nak dengar dia bercakap dan bebel.. ops marah orang tua pulak nanti..

Selamat menekuni ibadah harian.

Jumaat, 4 Disember 2009

Mam nuu ‘u tadkhiin 4

Eh? ada lagi sambungan? Tak habes lagi ke tajuk ni? Haaa laaaa. tak habes lagi la ni. Kawan-kawan tahu budaya merokok ini sebenarnya buruk benar.

Tahu tak, betapa musuh Islam berfikir macam-macam strategi nak rosakkan kita. Tapi kita tak pernah bimbang dan kadang-kadang tak pernah ambil tahu pun yang musuh kita tengah berusaha merosakkan kita.

Kalau kita tengok berita, baca berita, dengar berita; (tak kesahlah dengar ke tengok ke baca, kannn) agak-agak kita marah tak bila ada ayah rogol anak, kawan mak rogol anak gadis maknya? Haii mestilah marahkan? Kurang-kurangnya kita mesti geleng kepala, takpun mengeluh sikit bunyi “huh”.. kan?kan? Rosak masyarakat. Rosak anak gadis bila ada ornag tak bertanggungjawab macam ni kan?

Itulah. ROSAK anak gadis sebab perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab. Tapi umat Islam rosak? siapa hairan? Kita ke yang hairan? Kita nak hairan apa kan? Kita pun ‘dok syok enjoy’ jugak..

Enjoy hisap rokoklah. Kenapa? Tahu tak duit orang merokok tu pergi ke mana? Sudahlah merokok itu ‘membunuh’ diri sendiri dan orang sekeliling. Duit tu pulak buat bunuh orang Islam kat tempat lain pulak. (Opss, rasa ngeri pulak cakap macam ni).Waduh-waduh sedihnya melihat keadaan umat Islam. Kawan-kawan sedar tak hal ini? Lagi-lagilah kalau yang merokok tu pulak orang yang sangat berguna pada masyarakat.

Cuba kawan-kawan bayangkan, seseorang yang sebenarnya sangat bagus dan bijak otaknya; tapi merokok. Alangkah ruginya dia kan? Masyarakat pun rugi jugak. Meh bagi contoh macam nilah:

Kan orang merokok ini jangka hayatnya lebih pendek dari yang tidak merokok. Katalah sepatutnya dia boleh hidup sampai 63 tahun. Tapi disebabkan dia merokok, jadilah hidupnya 40 tahun sahaja. Dia dah rugi 23 tahun. betul tak?

Kalau orang itu orang bijak, bukan ke orang yang bijak itu bermanfaat untuk orang lain? Bila jangka hayat nya jadi pendek, maksudnya peluang untuk dia kumpul pahala kerana kelebihan yang ada pada dia pun jadi suntuk jugak. Sepatutnya 4 generasi boleh memanfaatkan kepakaran dia, jadi 2 generasi sahaja yang boleh merasai rahmat manfaat dia sebagai orang bijak. Kan rugi tu?? Dia rugi sebab tak dapat kumpul banyak pahala, masyarakat rugi sebab tak dapat merasa khidmat dia yang sangat berkualiti..

Orait, jika ada perokok yang membaca tulisan ini semoga ia menjadi permulaan dan penjana semangat untuk anda berhenti merokok. Jika kawan-kawan bukanlah perokok, sampaikanlah mesej ini pada sedara-mara kita yang merokok atau sesiapa sahaja yang kita mampu untuk sampaikan.

Khamis, 3 Disember 2009

Mam nuu ‘u tadkhiin 3

Ha amacam? Ada tak? Ada apa? Itulah kejap baca, kejap tak baca.. Sebab itu tak tahu apakah soalan penulis sebelum ini.. oKaylah ni nak ulang balik soalan. Seorang guru kan tidak boleh jemu mendidik anak muridnya.. Betul tak?

“Apakah benda/perkara yang menjadi HAK MILIK kita di dunia ini sehingga kita diberi kebebasan untuk berbuat sesuka hati kita?”

Dulu-dulu dalam entri yang dah lama berzaman-zaman pernah penulis sebut tentang hal sama. Semua perkara atas dunia ini hak milik Allah. Ia adalah AMANAH untuk kita semua supaya mempergunakannya sebaik mungkin. Jadi?

Bagaimana mahu dikaitkan dengan rokok, merokok dan perokok dengan AMANAH Allah ini? Mudah sahaja. Anggota badan kita adalah amanah Allah. Dengan kata lain, badan kita perlu dijaga sebaiknya sebagaimana yang telah dipandu oleh Rasulullah supaya ia menjadi saham pahala kita diakhirat.

Jikalah kita merokok? Adakah kita menjaga dan menggunakan amanah Allah yang berharga ini dengan baik?? Rasanya setiap manusia yang berakal pun tahu jawapannya..

“Sesungguhnya ada dikalangan manusia yang angkuh dan sengaja mengabaikan hidayah dari Tuhannya sehinggalah sampai disatu saat tiada peluang lagi untuk mereka berpatah balik”..

Ada ayat Quran yang menyebut lebih kurang macam ini isinya. Tapi tidak ingat surah apa dan ayat berapa.. Jadi kawan-kawan, jom kita sedarkan orang-orang di sekeliling kita bahawasanya merokok itu tidak dianjurkan agama malah HARAM hukumnya.

Rabu, 2 Disember 2009

Mam nuu ‘u tadkhiin 2

Mari kita ikuti perbualan kanak-kanak di bawah:

Alif: Itu barang siapa?

Aman: Itu saya punya.

Alif: Owh, itu barang awak. Mesti awak boleh berbuat sesuka hati dengan patung itu kan?

Aman: Mestilah, sebab itu saya punya.

Alif: Kalau barang itu kita punya, suka hati kitalah kita nak buat apa..kan??

Aman: Ye lah. Asalkan jangan ganggu orang lain.

Sedang rancak Alif dan Aman berbual tiba-tiba Acik datang

Acik: Sakitnya kepala masuk bilik abang tadi..

Alif & Aman: Kenapa acik?

Acik: Tadi acik ada urusan di bilik abang.. Tapi kawan-kawan abang baru lepas merokok. Jadi bilik itu memang berbau rokok.. Kuat sangat. Pening kepala Acik ni.

Alif: Itu kan bilik abang.. Suka hati dialah nak buat apa dalam biliknya.

Aman: Ha’a, betul tu.

Acik: Betul ke macam tu Alif? Aman?

Alif: Entah?

Aman: Ye lah, sudah bilik itu kan kepunyaan abang awak, suka hati dialah nak buat apa dalam bilik itu.

Acik: Tapi Acik rasa walaupun itu bilik abang, abang tetap tidak boleh berbuat sesuka hati di dalam bilik itu.

Macam mana kawan-kawan? Apa pendapat kawan-kawan mengenai perbualan kanak-kanak ini?

Alif dan Aman menyimpulkan, jika barang itu kita punya, maka SUKA HATIlah apa yang kita hendak buat..

Tetapi masalahnya:Apakah benda/perkara yang menjadi HAK MILIK kita di dunia ini sehingga kita diberi kebebasan untuk berbuat sesuka hati kita? Agak-agaknya ada ke?

Selasa, 1 Disember 2009

Mam nuu ‘u tadkhiin 1

Haaa, tahu baca ke tak tajuk kali ini? Cam pelik je ye??.

Ejaan arabnya:

mim-mim-nun-wau-ain ta-dal-kho-ya-nun

Maksudnya:

DILARANG MEROKOK.

Apafasal lah tetiba mahu bercakap tentang rokok lagi mutiara bd ni kan? Ada lahh.. Mana boleh cakap sebab apa. hehe. Berahsia pulak. Mana ada rahsia pun. Sebab beberapa hari lepas penulis ada terjumpa satu pamplet yang bertajuk ‘Asap Rokok Pasif’ terbitan Bahagian Pendidikan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tahu tak? dulu.. penulis ade pakcik yang merokok. Tapi sekarang penulis perasan dia dah tak merokok dah. Bagus betul. Tak tahulah macam mana dia buang tabiat merokoknya. Belum terfikir nak bertanya pengalaman dia lagi. Sebab penulis pun dah ingat-ingat lupa cerita kecik-kecik dulu.

Kali ini penulis mahu mengajak kawan-kawan melihat ‘tak nak merokok’ dari sudut yang lain sikit dari biasa. Maksudnya tidak dari sudut yang Kementerian Kesihatan iklan kan tu lah. Yang banyak kita tengok ‘tak nak rokok’ itu diterangkan dari sudut kesihatan.. Yelah dah Kementerian Kesihatan yang buat iklan tu. Sudah semestinya lah dari sudut kesihatan.

Kesudut manakah penulis akan membawa kawan-kawan? Ke satu sudut yang selalu dilupakan kita semua.. Jeng-jejeng

Budaya merokok itu sudah lama atau baru? Dari manakah datangnya cara hidup sebegini? Pernahkah kawan-kawan semua terfikir. Setelah melihat dan merenung sesaat, adakah pernah kita terfikir ‘faedah’ merokok untuk kehidupan akhirat kita?

Pernah seorang makcik menceritakan pada penulis:

Rokok itu pahitlah. Tak sedap lansung. Makcik dah pernah cuba.

Penulis bertanya makcik tersebut:

Kenapa makcik cuba?

Jawab makcik:

sebab makcik tengok ramai sangat orang hisap rokok kat tempat makcik belajar dulu. Buat pengetahuan semua, tempat belajar makcik itu di Eropah. (Kalau tak salah, semasa belum ada penguatkuasaan undang-undang tidak boleh merokok di kawasan awam). Kiranya dah lama lah cerita ni.

Tengok tu? Rokok tak sedap tapi kenapa hisap jugak. Dan soalan ini mungkin ada banyak jawapan bagi orang yang dah jadi perokok tegar.. betul tak?

Apa pun jawapannya, bukan itu yang mahu penulis senaraikan. Sebab penulis tahu jawapannya sungguh banyak dan kebanyakkan perokok akan memberi alasan yang lebih kurang sama sahaja.

Isnin, 30 November 2009

Fah sya’ 4

Secara praktisnya, solat ini memang sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan tapi berat sekali untuk dikerjakan 5 kali sehari dalam waktu yang telah ditetapkan.

Ada tak sesiapa yang solat penuh dari dulu sampai sekarang tak pernah tinggal. Alaa tak yah la nak selindung. Mesti ada pengalaman punya. Sekurang-kurang pernah terlepas solat Subuh. Betul tak??

Panjang betul hurai point pertama. Sebenarnya nak cakap, sebab apa kita masih buat perkara keji dan mungkar walaupun solat. Itulah sebabnya. Sebab kita tak jaga lansung waktu solat kita. Solat ikut dan je timing nya. Seolah-olah meringan-ringan kan tanggungjawab solat.

Selain itu, banyak lagi faktor lain yang mengganggu kesempurnaan solat. Misalnya:

  • Makanan kita,
  • wudhu,
  • kebersihan pakaian semasa solat,
  • dosa-dosa yang kita lakukan di luar waktu solat,
  • niat solat yang bukan kerana Allah,
  • malas solat berjamaah,
  • dalam solat pulak tak khusyuk lansung,
  • solat pulak lorat-lorat yang penting cepat habis je.
Aduhai banyak sungguh la kalau nak senarai kan. Tapi rasanya cukup dulu lah setakat itu dahulu.

Jom kita berusaha tingkatkan kualiti solat kita. Macam kita berusaha menjaga penampilan kita di hadapan orang ramai, begitulah juga kita berusaha meningkatkan kualiti solat kita.

Sesungguhnya solatku, agamaku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah.

Ahad, 29 November 2009

Fah sya’ 3

Rupa-rupanya jawapannya senang aje. Soalannya apa? Hmm tau dah. Mesti lupa punya. Ke tak baca pun entri sebelum ni? Itulah, bukan boleh caya sangat ni.

Ok-ok, ini penulis ulang balik lah soalannya :

Ayat Quran ada cakap bila kita solat, solat kita itu akan mencegah kita dari melakukan perkara keji dan mungkar. Tapi kenapa kita ini solat tidaklah ditinggalkan. Tapi perangai masih lagi macam orang tidak bersolat?

Takkanlah Allah nak cakap bohong pulak dengan kita kan? Allah kan MAHA BENAR dan Maha Adil. Tiada yang lebih benar dan adil kecuali Allah. Habis kenapa kita jadi begitu iye??

Senang je jawapannya. Aiseh dari tadi asyik cakap jawapannya senang. Yelah jawapan memang la senang. Tapi nak buat itu yang susah. Apa jawapan yang senang itu?

Tadaaaa.. inilah jawapannya

Kerana solat kita itu tidak dilakukan dengan sempurna sebaik-baiknya. Macam mana nak solat dengan sempurna kan.. Malam tidur lambat. Pagi solat subuh Dinasor. Zuhur pulak solat cocok satay dengan asar (Maksudnya elok-elok lepas solat zuhur, berkumandanglah azan asar – jarak antara dua solat fardu itu rapat sungguh seperti satay).

Itu baru cakap solat subuh, zuhur, asar. Maghrib pulak? Isyak’ lagi la tak payah cakap kan.. Solat isya’ dekat-dekat nak subuh. Malam lepas maghrib sibuk tidur. Letih lah katakan. Fuiyoo.. Mak aiii lezer nya penulis ni. Macam bagus je diri sendiri tu. Ini bukan nak suruh orang terasa. Tapi supaya kita sama-sama menginsafi hakikat kita hidup didunia ini sebenarnya jauh sungguh dari gaya hidup orang yang dikasihi Allah.

Bukanlah penulis tulis begini bermaksud penulis tak pernah buat. (Kalau tak macam mana boleh tau pulak kan?). Penulis pun manusia jugak. Salah berlambak pun.. Itulah sebab kita hidup secara beramai-ramai.

Supaya hidup kita saling tegur-menegur agar kita semua sentiasa berada dalam iman kepada Allah.

Sabtu, 28 November 2009

Fah sya’ 2

Okaylah, ini nak cerita pekebendalah fah sya’ yang penulis nak kongsi ni kan.

Pernah dengar tak ayat Quran berbunyi seperti ini:

“Sesungguhnya Solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar”.

Surah apakah itu? Haaa, tak nak bagi tahu. Cari sendiri. Kalau rajin baca musti jumpa punya.


Dulu masa belajar ayat ni, penulis tanya lah cikgu penulis;

“Kalau betullah solat itu mencegah perkara keji dan mungkar, kenapa kita masih lagi buat segala dosa yang keji dan mungkar itu?”

Ada tak sesiapa pernah terfikir hal yang macam penulis fikir ni? Laa takkan lah dalam ramai-ramai yang baca blog ni tak de sorang pun terfikir pulakkan.. Penulis ni, itu pun nak tanya..

Orait sambung balik.

Yelah,

  • kita solat tapi ngumpat.
  • Solat tapi buat maksiat.
  • Solat tapi liat betul nak buat amal sunat.
  • Solat tapi mata tu tak boleh nak jaga langsung. Semua benda nak tengok, asal lalu je mesti tengok.
  • Solat tapi mengata orang berbakul-bakul sekali keluar.
  • Solat tapi busuk hati. Solat tapi tak boleh tengok orang lebih sikit.
  • Solat tapi tak pernah aman kalau hidup tu tak menyusahkan orang.
  • Solat tapi kelas asyik datang lambat (dush! ha ini terkena batang hidung sendiri pulak). Takpa ini ingatan untuk diri sendirilah. Bukan untuk orang lain. Tapi kalau orang lain nak ambil pengajaran pun boleh. Lagi bagus, lagi elok lagi cantik lah jika begitu.

Pernah tak fikir kan solution untuk teka-teki macam ni? Sebab apalah kita jadi begitu dan begini ye? Salah syaitan ke? atau hawa nafsu kita?

Nak kata tak solat, solat je hari-hari.. Tak pernah lah tinggal kecuali waktu terpaksa tinggal..

Jawapan dalam entri lain pulak. Baiii.

Hidup di dunia tak wajib bahagia untuk berjaya tapi akhirat sana musti mahu bahagia dan berjayalah. Tata titi tutu

Jumaat, 27 November 2009

Wa hazam Al-Ahzab wahdah

Dan telah dikalahkan bersekutu itu dengan satu.

Hehe, itulah jadinya kalau nak terjemah seketul-seketul. Tajuk pos penulis ni sebenarnya.. jeng jejeng. Takkan kawan-kawan tak perasan kut..

Salah banyak (nak cakap ‘salah satu’ tak boleh sebab banyak perkataan) dari banyak-banyak perkataan yang disebut dalam takbir raya lah.

Ok lah, maksudnya yang telah ditafsirkan adalah:

Dan telah dikalahkan tentera Ahzab itu dengan hanya satu tiupan.

Kawan-kawan tahu tentera Ahzab? Kenapa dengan satu tiupan aje mereka boleh dikalahkan?

Kali ini penulis mahu bercerita mengenai Perang Ahzab. Orait jom kita ikuti kisah di bawah.

Perang khandaq sebenarnya terjadi pada bulan syawal tahun 5 hijrah. Ha? Boleh bayang tak? Bulan syawal tuu. Kalau kita sekarang tengah sibuk nak beraya tak habis lagi.. Betul tak? Macam-macam majlis raya dari kat kampung sampai lah kat tempat keje. Itu baru cerita majlis raya. Belum lagi kisah tempah dan buat kuih raya...

Eh? kejap ahzab, kejap khandaq.. Mana satu yang betul ni? Dua-dua lah betul. Ahzab tu bersekutu. Khandaq tu parit. Perang ini berkisar tentang persekutuan orang-orang kafir laknatullah melawan umat Islam sehingga umat Islam membuat satu keputusan untuk menggali parit disekeliling Madinah.

Nak cakapnya dari dulu lagi orang kafir ni punya bersungguh dan sanggup bersatu untuk kalahkan Islam. Kita ni umat Islam tak pernah nak belajar dari sirah. Asyik nak gaduh je.. Politik tu tak kena, politik ni tak kena. (opss, politik pulak..). Bukan politik saja umat Islam buat gaduh sekarang. Macam-macam. Itulah kita masing-masing kena ingat kan diri sendiri. Jangan gaduh sebab benda kecik aje. Kadang-kadang orang dah seronok sangat nak gaduh dengan kita, kita pun pening kepala jugak.

La? Terlencong dah. Sambung balik perang Ahzab tadi. Perang ini membabitkan bukan sahaja orang kafir musyrikin (kafir yang menyekutukan Allah), malah kafir yang tidak menyekutukan Allah (orang yahudi lah -Bani nadhir). Fuh memang dahsyat oo perang ni.

Bayangkan gali parit sekeliling madinah. Sebenarnya bahagian Utara sahaja. Sebab area lain terlindung dan tak mungkin tentera Ahzab akan masuk dari arah tersebut.

Bilangan tentera muslimin vs ahzab musyrikin adalah 3000 vs 10000. mempertimbang secara lojik dunia, memang konfemlah umat Islam kalah punya. Bukan kalah saja, bolehnya siap kena lenyek lagi. Nak cakap punyalah berbezanya jumlah tentera Islam dan Ahzab.

Macam mana umat Islam boleh menang? Allah buatkan beberapa asbab:

Pertama: Datang angin kencang yang menyebabkan tercabut habis tali-tali kemah tentera Ahzab

Kedua: Rasa bimbang dan gerun yang Allah campakkan dalam hati setiap tentera ahzab.

Ketiga: Perpecahan persatuan dikalangan tentera Ahzab yang dicipta oleh Nuaim bin Mas'ud sebagai helah peperangan setelah diberi kebenaran oleh Rasulullah.

Wah, hebatnya Allah kan? Sekali je Allah nak buat memang habis lah orang kafir. Umat Islam yang syahid dalam perang ni 7 orang termasuk Saad bin Muadz. Nak tahu sapa beliau. Rajin-rajin lah baca buku eh..

Ada banyak lagi cerita-cerita detail dalam perang Ahzab ni, antaranya mukjizat-mukjizat yang Allah beri pada Nabi Muhammad s.a.w.. Tapi itu penulis tak nak ceritalah kat sini.

Nak ceritanya setiap kali bertakbir raya, fahamilah isi setiap kalimah yang kita sebut tu. Bukan tahu nak ikut imam sebut apa semata-mata..

Point lain yang mahu dikongsi dengan kawan-kawan adalah:

HAri raya Puasa disambut selepas terjadinya perang Badar manakala Hari raya Haji pula selepas kemenangan besar umat Islam dalam perang Ahzab..

itulah kita sebut dalam hari raya haji sahaja
Wa hazam al-ahzab wahdah..(kalau salah betulkan ye).

Selamat hari Raya Qurban.. Semoga korban kita ditahun ini diterima Allah sebagai amal soleh yang menjadi syafaat untuk kita diakhirat kelak.

Fah sya’ 1

Agak-agak apalah maksudnya tu kan? Opss lupa. Mustilah memberi salam terlebih dahulu. Assalamualaikum semua dan salam 1 Malaysia. hehe. Semacam pulak bila sebut salam 1 Malaysia ni.

Fah sya’ itu ejaan bahasa Arabnya begini:

Fa – ha (pedas maksudnya bukan ha simpul la) – shin – alif – hamzah

Malas nak taip jawi. Susah nak tukar font dalam Microsoft word ni. Maksudnya keji. Apakah ‘keji’ yang mahu dicerita sebenarnya?

Jeng-jejeng.. Tunggula dulu yea. Entri esok lusa pulak.

Khamis, 26 November 2009

Qias rokok 5

Itu kalau kita nilai dengan mata wang dunia.

Cuba pulak nilai dengan akhirat. Dengan duit sebanyak tu,

sedeqah pada umat Islam palestin untuk berjihad dan bekerja. Mereka mati syahid bersama senjata yang mereka beli menggunakan wang yang telah kita sedeqahkan tu. Agak-agak, banyak mana dah pahala kita dapat?

Haaa.. mana nak terganti dengan membazirnya kita sedut asap rokok yang kononnya kita cakap buat “macho”, nak fokus dengan kerja dan belajar tu? Ramai je orang boleh hidup sihat dan ceria tanpa rokok.. Kenapa kita bergantung dengan sesuatu yang bukan sahaja merosakkan kita malah merosakkan semua orang yang kita sayang.. Alangkah sampai hatinya mereka.

Susah sangat nak berhenti cubalah beberapa alternatif.

  • Carilah farmasi berdekatan yang menyediakan perkhidmatan “Membantu berhenti merokok”.
  • Atau search sahaja dalam web, apa-apa perkhidmatan yang ditawarkan secara talifon atau alam maya untuk berhenti merokok..
Perkhidmatan Membantu perokok berhenti merokok ni memang ada, tapi kurang publisiti sebab tak cukup sumber tenaga manusia.. Jika benar-benar mahu menjadi seseorang, berusaha mencari jalan terbaik. Di mana ada kemahuan DI SITU PASTI ADA jalan.


Sebelum mengakhiri tajuk ini, meh penulis nak sambung tajuk yang ada. Rokok tidak disebut dalam Quran, akan tetapi ulama telah MENSABITkannya (bahasa Arabnya -QIAS) dengan arak dari segi sifat dan hukumnya. Apakah sifat dan hukum arak? Merosakkan dan HARAM.

Baiii, jumpa lagi.. Semoga penuh dengan zikir sentiasa.

Rabu, 25 November 2009

Qias rokok 4

Tak tahu lah kenapa tiba-tiba penulis rasa nak sebut je fasal merokok ni. Penulis bukannya ada sedara mara yang merokok. (EH kalau ada sedara mara penulis yang merokok pun mereka dah berhenti). Entah kenapa tiba-tiba tajuk rokok ini jadi ter‘highlight’ pulak dalam hidup penulis ni.

Kalau ada perokok-perokok yang baca tulisan ni, pertimbangkan lah untuk berhenti. Kerana anda sememangnya PATUT dan WAJIB berhenti. Dikira dapat pahala jika tinggalkan merokok ni. Sebab meninggalkan suatu perbuatan yang memudharatkan semua adalah satu amal soleh. Tiada kebaikan pun dengan tabiat merokok yang ada itu. Memang susah membuang tabiat (ade-ade je ayat penulis ni. Bukan buang tabiat simpulan bahasa tu tau. Maksud penulis, menyingkirkan tabiat merokok). Yang susah dan sukar itulah membawa pahala.

Bayangkan, jika sekotak rokok RM14 (betul ke RM14 ni, penulis tak pernah la beli, tapi dengar orang cakap je. Tak ingat sangat tapi harga rokok kat Malaysia ni murah sangatkan? Berbanding negara-negara lainla). ok, katalah sehari 2 kotak. Seminggu sudah hampir RM200. Jika sebulan? RM 5880. Cuba kira jika setahun sudah berapa? RM 70000+. Apa yang kita boleh buat dengan duit tu? Banyak nyerr.. kalau pergi haji pun boleh pergi sampai 3 kali dah.

Selasa, 24 November 2009

Qias rokok 3

Sebenarnya penulis pun tak tahu kenapa kebelakangan ni penulis jumpa ramai sangat perokok di sekeliling tempat penulis tinggal ni. Semenjak tinggal dalam IPT dan semenjak kerajaan buat penguatkuasaan merokok dilarang di kawasan IPT, memang susah dah nak nampak orang merokok. Tapi sekarang macam dah makin ada balik.


Kotak rokok merata-rata orang buang. Macam-macam jenis, kecik dan besar. Putung rokok pun banyak terpenyet kat tepi-tepi jalan. Kadang-kadang tu, jalan kat tangga-tangga yang tersorok sikit, mesti jumpa kotak rokok, paling tidak pun putung rokok mesti ada satu dua. Pernah jugak penulis jalan-jalan kat tangga yang agak tertutup, bau rokok kuat betul. Ya Allah sakitnya kepala bau rokok. Nak tahan nafas pun tak boleh sangat..

Hai rakyat Malaysia tak pun penduduk Malaysia,

Adakah kalian ketahui terdapat satu Undang-Undang yang bernama:

PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004

??? Tahu tak? Ha jika dan sekiranya tidak tahu inilah penulis nak bagi tahu. Ada macam-macam ‘cerita’ dalam undang-undang tu. Yang nak dimasukkan dalam blog ini adalah; Kawasan Larangan Merokok dalam Subperaturan 11(1). Ha apa dia agak-agak? Itu lah dia senarai tempat larangan merokok.

  1. Pusat hiburan dan teater,
  2. Hospital atau klinik,
  3. Lif dan tandas awam,
  4. tempat makan atau kedai berhawa dingin,
  5. Kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam,
  6. lapangan terbang,
  7. premis kerajaan,
  8. Kawasan perhimpunan,
  9. Kawasan institusi pendidikan dan institusi pendidikan tinggi,
  10. Kawasan taman asuhan kanak-kanak,
  11. Bas sekolah,
  12. Kaunter perkhidmatan dalam bangunan,
  13. Kompleks membeli belah,
  14. Stesen minyak,
  15. Stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium,
  16. bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan,
  17. perpustakaan,
  18. kafe internet,
  19. Pusat Latihan Khidmat negara dan mana-mana bangunan yang diwartakan di bawah peraturan 22 (tak tahulah bangunan apa).

Kesimpulannya, hampir semua tempat dah tak di benarkan merokok. Jadi tak usahlah merokok dah. Menyusahkan diri sendiri aje. Kesimpulan kedua, kalau kita jumpa ada orang merokok kat tempat macam ni, kita boleh saman mereka.

Isnin, 23 November 2009

Qias rokok 2

Kawan-kawan nak tahu?? Ala tak nak tahu pun dah memang nak cerita ni. Baca je la ye.

Pada suatu hari yang tenang, setelah sehari suntuk membaca notes dan buku-buku. Penulis pun keluarlah bersama seorang rakan untuk membeli belah di pasar malam. Jalan punya jalan kat pasar malam tu, sampailah disatu gerai.

Haa sedap ni.. Makanan dia. (Tak boleh cakap kat mana tau, kot ade orang tahu nanti susah pulak hidup penulis dan hidup orang terlibat). Siap beli, tinggal nak bagi duit je, tetiba seseorang kat gerai tu sembur asap rokok depan muka penulis. Eh salah ayat pulak. Bukan dia nak sembur pun, dia cuma nak bernafas kot, tu asap rokok dia pun keluar melalui hidung. Hadoii la nasib baik tak mati lemas kat situ.

Dah la otak penulis dah tepu membaca facts dari pagi tadi, sekali petang pegi pasar malam orang kasi asap pulak. Asap bbq ok jugak, ini asap rokok. Balik tu terus sakit tekak dan pening-pening. Sian penulis kan? Kawan-kawan tak kesian ke? (ewah-ewah mintak simpati pulak dah). Bukan nak sedut asap rokok tu tapi penulis terkejut dan tak sangka lah asap rokok orang itu setebal tu.. Macam manalah hidup orang sekeliling dia kan?

Pernah jugak kadang-kadang penulis terbatuk-batuk sebab orang yang lalu sebelah penulis bau rokok. Kuat sangat. Memang sakit kepala penulis. Berapa lama sangat penulis boleh tahan nafas, tak nak bau rokok orang.. Kalau nak tahu, bau rokok pada perokok ni, macam bau minyak wangi lah; melekat kat tuannya, kalau lalu saja pun orang boleh bau rokok dia. Nasib baik penulis tak pernah belet lagi kotak rokok. Silap-silap jenama apa dia hisap pun penulis boleh teka.

Ahad, 22 November 2009

Qias rokok 1

Beberapa hari ni asyik betul penulis membaca buku HM Tuah. Agaknya dah bengang dengan notes yang bertimbun tu kot. Walaupun peperiksaan berturut-turut beberapa hari, masih jugak nyempatkan diri membaca buku HM Tuah. Haii apalah HM Tuah pasang dalam buku dia sampai penulis tak jemu-jemu baca tulisan dia kan??


Setakat nilah, tulisan HM Tuah memang tak pernah mengecewakan penulis. Semuanya best, menarik, berisi dan mudah difahami. Sebenarnya ada sesuatu yang penulis nak kongsi dengan kawan-kawan kali ni. Fasal tulisan HM Tuah lah. Buku tu taklah baru sangat; dah nak dekat setahun jugak penerbitannya. Tajuknya “Membina jiwa serasi” dalam Koleksi Siri Motivasi diri. Nak tau isinya apa? Hehe baca sendiri laa. Uiks? Penulis ni cakap berbelit pulak eaa. Okayla, gini sebenarnya, yang nak cerita tu sikit je, kalau nak tahu isi sebijik buku kena lah baca sendiri.


Entah kenapa, banyak pulak HM Tuah tulis mengenai rokok dan perokok. Agaknya perokok memang ramai di Malaysia nikan. Kebetulan pulak dengan penulis. Eh, bukanlah penulis merokok pulak. Tapi asyik jumpa perokok, tak pun bau rokok kat mana-mana. Dalam buku tu ada banyak cerita kehidupan, tapi yang menarik minat penulis cerita fasal rokoklah. Memang banyak HM Tuah cerita kisah benar plus dengan pengajaran siap. Bukan tu sahaja yang ada, lengkap dengan statistik terkini pulak tu fasal rokok.. Antara angka yang penulis ingat; 1% dari jumlah perokok sama dengan puluhan ribu. Banyak kan? Kalau seratus persen dah jadi berapa juta agaknya..


Tahu tak, dulu kalau penulis jumpa perokok mesti penulis buat muka macam harimau.. Sebab tak tahan dengan asap rokok mereka. Tapi sekarang dah besar, tak bolehlah buat muka macam zaman kanak-kanak dulu. Paling-paling teruk pun penulis berpaling ke tempat lain supaya asap rokok mereka tak terkena muka penulis.

Khamis, 19 November 2009

Arji 'u ila baiti

Haaaiiiii.. Assalamualaikum. Lamanya tak update blog ini dengan sesuatu yang bermanfaat untuk masyarakat malaysia.

Nasib baik pokok kat blog ni tak payah siram. Kalau tidak dah lama layu dan mati kan. Realitinya jiwa kita pun kena selalu 'siram' jugak. Kalau mati bukan macam pokok, boleh buang. Jiwa mati mane boleh buang kan?

Siramlah dengan bacaan quran dan zikrullah..
Tengok ciptaan Allah ini boleh lah berzikir: SUBHANALLAH

Insya Allah penulis akan postkan semua artikel yang dah penulis karang sepanjang semester lepas.

Selasa, 27 Oktober 2009

Akhirat itu dekat

Ha? Ada visit lagi? Subhanallah, apafasal ana tak ingat lansung? Apa? Esok dah kita nak bertolak? Aiseh, penyakit pelupa penulis sudah sampai tahap kronik dan membimbangkan. Boleh ke terlupa ada educational visit minggu ini? Nasib baik orang sibuk-sibuk sebut siang hari tu.. Haiii kalau tidak, tak berkemas lah penulis..


Minggu sebelum itu, pelbagai report dan assignment perlu diselesaikan. Minggu peperiksaan semakin dekat. Nota-nota masih belum lengkap. Catatan nota yang diambil semasa belajar di dalam kelas masih tidak disusun..


Iadah quran lagi. Hujung minggu sebelum peperiksaan Kulliyyah, ada ujian untuk kelas tahfiz. Banyak mana sudah iadah? Iadah untuk peperiksaan aje ke? Tengah sibuk-sibuk fikir hafazan Quran, tiba-tiba teringat; alamak! barang tidak kemas lagi! Esok pagi sudah kene bertolak ke UKM.


Siapkan report dulu. Nanti hidup tidak tenang. Beres. Nasib baik siap malam tu jugak. Tiba-tiba satu panggilan datang “khadijah, nanti kerah semua hadir ke Seminar Perundangan Jenayah Syariah, isu dan cabaran. Hari ahad ni ye. dari pagi sampai petang kat dewan jaip”..Alamak. Sudah kijo la aku ni.. memang bertimbun kerja datang secara tiba-tiba. Hari ahad? Hari ni hari rabu dah. Esok pukul 5 kene bertolak ke UKM Bangi seterusnya ke USM penang. Hari sabtu baru bertolak balik dari Penang ke kuantan.


Nak harap sampai awal ke Kuantan dari Penang? Huh, rasa macam lebih baik tak perlu susah-susah mengharap macam gitulah kan.


Periksa OSCE hari selasa. Cuma tinggal hari isnin untuk betul-betul mengadap segala nota dan bahan persediaan untuk peperiksaan. Sempatkah? Tahukah kawan-kawan apa itu peperiksaan OSCE?

Objective Structured Clinical Examination = OSCE.

Ia adalah salah satu jenis peperiksaan penilaian pembelajaran dalam subjek ‘Pharmacy Practice’. Di mana, di dalam peperiksaan tersebut, kita akan bergerak dari stesen ke stesen untuk menjawab soalan secara lisan dan bertulis.


Soalan-soalannya pula bukanlah seperti peperiksaan lisan dan bertulis yang biasa kita lihat di sekolah-sekolah. Di setiap stesen, kita akan diberi peluang untuk ‘beraksi’ sebagai seorang ahli farmasi yang sedang berkhidmat.


Bukan main susah lagi mahu menghadapi setiap stesen! Seolah-olah tidak berguna segala bacaan dan hafalan sebelum ini. Di stesen pertama lagi penulis sudah dapat menghidu kesukaran peperiksaan kali ini. Untuk peperiksaan OSCE kali ini, pelajar hanya dikehendaki menjawab di 7 stesen sahaja dari 12 stesen yang ada. Walaupun 7, sudah cukup untuk menyakitkan kepala.


Setiap kali keluar dari stesen, pasti penulis akan mengeluh.. “Ya Allah susahnya soalan”. Tapi bukan kerana soalannya UNPREDICTABLE. Susah itu kerana UNPREDICTABLE ACTION yang telah dilakukan penulis setiap kali menjawab soalan.. Tidak sanggup penulis untuk menceritakan keadaan penulis setiap kali singgah di stesen yang memerlukan penulis menyelesaikan tugasan.

Baru tahu rupanya, susah betul untuk bercakap dan berfikir apabila diri sudah jadi gundah gulana. Walhal bukanlah tidak sempat membaca dan menghafal. Praktikal tidak semudah belajar dan mengajar teori! Ya semua orang tahu lah.. Tidak perlu huraian.


Sebaik sahaja selesai, ada teman penulis berkata “kak dijah, kita rasa nak bunuh diri ni”.. EH? Rupanya, orang lain pun tak dapat jawab jugak ke.. Disangkakan diri penulis sahaja terkontang kanting menjawab soalan.. Waduh-waduh.. Betul-betul terasa seperti ‘sampah’ sahaja segala jawapan penulis.


Sambil berjalan pulang, penulis pun berfikir. Ya Allah ini baru ujian dunia pun. Kiranya kita tahu jugaklah bahawa pada tarikh sekian-sekian, kita akan di nilai. Sedar jugaklah yang kita ni prepare berapa persen sebenarnya.


Kalau ujian hari akhirat? Tahukah kita bila kita akan di nilai? Sedar ke tak kita berapa persen kita bersedia? Kalau nak tahu cubalah bayangkan untuk meninggal dunia sekarang. Sanggup ke tengah sibuk-sibuk cari duit, mak ayah tengah sayang, hidup tengah aman tiba-tiba kene masuk kubur?(Alamak ganas sangat pulak ke bunyi?. Nak buat cane, dah tak jumpa contoh lain la).


Okay balik semula ke OSCE tadi. Tidak berjaya ujian seperti ini masih ada ganjaran lain yang Allah beri jika kita berusaha (harap-harap Allah terimalah usaha kita). Jika tidak berjaya melepasi perbicaraan di Padang Mahsyar?? Apa lagi keselamatan yang dapat kita harapkan?


Walaupun kita kelu tidak berkata di stesen kerana TERKEZUT yang amat melihat soalan, tapi Allah tahu apa yang kita sudah buat sebelum terkejut sedemikian rupa hingga kelu lidah. Tapi; alangkah malangnya kita jika kita terkejut melihat api neraka yang marak di padang Mahsyar kelak kerana sedikitnya amal soleh kita didunia.. Nauzubillah. Terkejut itu sudah tidak dapat memberi apa-apa pada kita. Untuk berpatah balik ke dunia dan bertaubat bukanlah sesuatu yang mungkin berlaku..


Sebelum peperiksaan sibuk dengan pelbagai perkara lain. Bukanlah tidak penting perkara lain itu. Diibaratkan, sebelum kita menghadirkan diri di Padang Mahsyar, kita sudah disibukkan dengan pelbagai urusan dunia tanpa mengambil kira keuntungan akhirat, maka tibalah kita dihari akhirat sebagaimana penulis berhadapan peperiksaan OSCE setelah sibuk hampir 4 minggu sebelumnya.


Apalagi yang boleh kita buat jika kita pulang ke akhirat tanpa bekal? Ibaratnya ‘kelu lidah’ penulis melihat soalan disetiap stesen semasa peperiksaan OSCE lah. Kelu lah kita melihat segala neraca Allah yang digunakan untuk menimbang amalan kita. Rupanya ringan sungguh timbalan amal soleh kita selama ni! Belum tengok lagi titian sirat untuk kita berjalan menuju ke syurga. Sehelai rambut yang dibelah tujuh. Itulah perumpamaan kelebaran titian sirat. Ia hanya menjadi luas dan selesa untuk orang yang berat timbangan amal soleh.


Hakikat kehidupan kita memang memerlukan kepakaran kita untuk memilih antara semua perkara penting, yang manakah lebih penting? Mungkin kerana itulah Prof Yusuf Qardhawi telah membuat kajian yang begitu kemas dan detail mengenai hal ini. Bukan beliau sahaja, Steven Covey pun menulis perkara yang sama.


Antara dua keuntungan, pilihlah yang lebih kekal. Pastilah akhirat itu yang kekal. OSCE bukanlah segala-galanya. Penulis masih ada peluang untuk berakhlak dengan akhlak orang beriman atau orang kufur. Mahu mengambil iktibar dari apa yang terjadi atau menyalahkan takdir. Mengambil iktibar bermaksud memilih untuk mencari lebih pahala supaya timbangan kebaikan itu bertambah berat diakhirat kelak. Jika sebaliknya, ia hanya menyusahkan kehidupan akhirat.. Semoga kita semua tidak dihina Allah diakhirat nanti kerana kelalaian kita menjalani hidup didunia.


Semoga tulisan kali ini bermanfaat untuk semua.

Entri terkenal