Sabtu, 30 Mei 2009

Cek mek molek

Haa, memang sah semua orang kehairan-hairanan, apakah maksud tajuk kali ini. Mungkin orang Kelantan sahaja yang tahu apakah bendanya.

Cek mek molek adalah sejenis kuih yang banyak terdapat di Kelantan. Kuih orang Kelantan lah kiranya. Bagi orang yang tidak pernah lihat, boleh lah lihat gambar di bawah.



Kuih cek mek molek ini, sama sahaja macam cukria. Cuma yang berbeza adalah tempat gula di letakkan. Gula cukria di luar, manakala gula cek mek molek di dalam.

Mahu tahu cara buatnya? Senang aje.

Haa, sebelum tu; bukan orang sudah kahwin aje mesti pandai masak. Orang belum kahwin, walaupun tiada perancangan untuk kahwin lagi pun mesti pandai masak. Kita kan makan untuk hidup, jika tidak pandai masak, macam mana mahu hidup. Satu lagi, sekalipun ada banyak kedai makan, tapi bila tiba musim raya, semua kedai tutup. Nak tak nak memang kena masak sendiri. HA, tambah lagi, kot yea boleh makan kat kedai pun, kebersihan kedai, bukannya boleh jamin sangat. Jika boleh memasak di rumah, baiklah masak di rumah.

Sesuailah dengan kempen HALALAN TOYYIBA. Hmm, masak di rumah insya Allah halal dan bersih. Contohnya basuh sayur. Terjamin. Kita b-a-s-u-h sayur bukan nya celup sayur macam di kedai. Ye tak? Kalau telur ayam lagi lah kan. Kat rumah bukan main lagi kita berus bersih-bersih kulit telur tu sebelum pecahkan. Tapi kalau kat kedai? Hehe.. tak nak cakap. Nanti takot kena saman dengan kedai roti canai telur..

“An-nazhofatu minal iman” tauu. Kebersihan adalah sebahagian dari iman.

Okay-okay, sesiapa yang mahu belajar buat cek mek molek..

sambung dalam pos satu lagi.. baiiii.

Jumaat, 29 Mei 2009

Khaulah Al-Azwar

Tahukah kawan-kawan siapa dia ini?

Pada suatu hari dalam sebuah peperangan yang di ketuai Khalid Al-Walid; ada seorang pahlawan yang sangat hebat bertarung melawan musuh, sehingga Khalid si pedang Allah (gelaran yang Rasulullah beri kepada beliau) begitu kagum dengan keberanian dan kekuatan sahabat ini.

Diakhir peperangan sahabat bertanya, “wahai pahlawan yang gagah berani yang bersembunyi di sebalik penutup muka, siapakah namamu?”

Pada mulanya dia diam sejenak dan kemudian menjawab, “ aku adalah Khaulah Al-Azwar, saudara lelaki ku telah menjadi tawanan orang kafir, dan sekarang aku datang untuk menebus beliau”

Terkejutlah para sahabat. Perempuan rupanya!. Ini yang penulis kagum dengan iman para sahabiah zaman dahulu. Lihatlah, perempuannya pun jangan main-main. Penulis tidak ingat dah ‘orang kafir’ tu tentera mana. Dah lupa. Lama sangat dah baca cerita Khaulah ni.

Pengajarannya banyak. Tapi penulis mahu kongsi satu sahaja. Wanita muslimah perlu mempunyai kemahiran mempertahankan diri dan tahu menghadapi cabaran rintangan hidup. Lemah lembut dan bersopan santun tidak bermaksud kita perlu menurut segala kehendak dan hawa nafsu orang lelaki. Wanita Islam punya maruah yang telah di iktiraf oleh agama. Utamakanlah pandangan Allah. Allah kata wanita cantik dan indah itu adalah wanita yang menutup aurat. Maka tutuplah aurat.

Jangan ikut terjemahan cantik manusia yang tidak beriman kepada Allah.

“Awak cantiklah jika memakai tudung atau baju sekian-sekian”,

“wanita hari ini lebih bergaya dengan loreal dan estee lauder”.

Kita mahu ikut siapa? Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana telah memberi pilihan kepada kita; Untuk ikut ajaran Allah atau sebaliknya. Adakah kita terlalu tidak bijak untuk mengikut selain dari Allah?

Mengenali sahabat Nabi s.a.w adalah jalan mendekatkan diri pada Allah. Berusahalah mengenali mereka, terlalu banyak mutiara yang telah ditinggalkan kepada kita dari mereka. Tapi berapa banyak yang dapat kita kutip?

Khamis, 28 Mei 2009

Saya suka dengan..

Haa,lagi sekali buat tajuk provok. Hehe, (dah bukan lagi sekali) tapi setiap kali nak buat tajuk memang buat taktik gitu.

Sebenarnya ayat itu perlu dihabiskan dengan “...tugas seorang guru”.

Hari guru sudah lama lepas. Bukannya tidak ingat, tapi banyak sangat ‘hari’ sekarang. Hari guru, hari ibu, hari bapa, hari alam sekitar, hari keluarga, hari kawan, hari macam-macam lah aaa satu lagi.. hari mau. hmm saje tulis jauh-jauh, itu hanyalah guruan semata.

Sebab apa penulis mahu menulis tajuk ini? Sebab ada sesuatu yang terjadi beberapa bulan lepas. Apa peristiwa itu tidak perlulah diceritakan..panjang. Malas nak buka cerita.

Selama penulis hidup di dunia ini, tiada siapa menafikan kemuliaan tugas sebagai seorang guru. Jika orang bertanya penulis, penulis suka jawapan begini: Guru dan pendidik adalah orang yang berilmu, orang yang berilmu di panggil ulama dalam bahasa Arab. Dan “ulama warathatul anbiya”. Maksudnya, ulama itu pewaris nabi. Haa, mulia sekali seorang guru dan pendidik.

Rasanya orang paling mulia dan berjasa dalam hidup kita selepas ibu bapa.. gurulah. dari tadika sampai unversiti. Siapa lagi yang mengajar kita kalau bukan guru?

Apa yang keluar dari mulut guru semuanya ilmu. Semua ilmu berfaedah. Jika tidak berfaedah di dunia, pasti berfaedah untuk akhirat. Ya betapa orang berilmu ini di muliakan oleh Allah.

“Sesungguhnya orang yang takut Allah dikalangan hamba-Nya adalah ulama (orang yang berilmu)”

Surah Fathir: 28

Tapi jika guru berkata sesuatu yang menyebabkan ibu bapa kita merasa kecil hati, jika guru mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut nya yang telah menyampaikan ilmu, adakah dia benar-benar menghayati ayat Quran ini?

Kadang-kadang orang pesan “ala, jangan ambil hati sangat apa yang cikgu kata”. “kan budak-budak zaman sekarang ni kebanyakkannya nakal-nakal belaka. itulah sebabnya cikgu berkata begitu”

Adakah kerana kebiasaannya, pelajar bersikap nakal maka kesimpulannya dipukul rata begitu? Memang ada murid yang tidak ambil hati dengan gurunya. Kerana dia pun banyak ‘mengata’ kepada gurunya. Bagaimana pula dengan murid yang memang menjaga diri, hati dan mulutnya dari ‘mengutuk’ cikgu yang bukan-bukan; tetapi ‘kena’ kata macam-macam oleh cikgunya dek kesalahan yang tidak disengaja kan?

Penulis tidak mahu menyalahkan sesiapa. Tapi kadang-kadang, kita mungkin perlu renung. Kita merasakan, kita bukanlah sesiapa sangat untuk orang merasai kehadiran kita. Tapi itu Cuma yang kita rasa. Kita tidak tahu rupanya, segala yang kita lakukan itu sangat-sangat memberi kesan pada orang di sekeliling kita..

Tapi janganlah kita jadi terlalu perasan kerana jasa kita mengajar orang lain. Kerana ia adalah peluang yang Allah beri pada kita untuk berbakti pada masyarakat. Tanpa kehendak Allah, jangan lah bermimpi untuk kita melakukan amal soleh.

Rabu, 27 Mei 2009

Mari berkenalan dengan dot-dot.. 4

Keempat:

Kadang-kadang kita rasa kita sudah berusaha, tapi rupanya tidak kena cara. Sebab itulah kita mesti sentiasa rajin muhasabah diri..

Kelima:

Kadang-kadang, kita ini selalu sangat dah hidup dalam nikmat. Sampai tidak ingat betapa banyak nikmat yang Allah beri. Jadi dengan tidak memenuhi satu sahaja dari beribu kehendak kita, mungkin ia boleh menjadi peringatan untuk kita supaya bersyukur.

Keenam:

Mungkin juga kita memang telah dipilih oleh Allah untuk sentiasa mendapat cubaan dari-Nya. Maka bersabarlah dan teruskan usaha serta tawakkal. Ujian dan musibah akan meningkatkan darjat kita di sisi Allah; jika kita mampu melaluinya.

Ketujuh:

Ia mungkin salah satu proses untuk menyucikan hati kita dari segala prasangka pada manusia dan Allah. Bagaimana?

Begini:

jika kita bertemu dengan orang yang sentiasa dalam kesusahan; tidaklah kita bersangka buruk dengan orang tersebut seperti

“huh, tidak berusaha manalah nak dapat” atau

“tulah banyak sangat dosa, macam mana Allah nak bagi”.

Haa, bila kita sudah usaha bersungguh-sungguh dan tidak berjaya. maka pada masa itu, baru kita tahu; ada orang berusaha tapi hasilnya masih ditahan oleh Allah dengan pelbagai sebab.. Yang penting jangan sangka buruk.

Baiklah, penutupnya begini yea.

Tugas kita adalah berusaha dan ikhtiar. Itulah tujuan kita dihidupkan. Hasil dan natijah adalah tugas Allah.

Selagi mampu; berusaha, selagi beriman; tawakkal.

Jika semua yang kita mahu, diperkenan Allah; Maka siapa pula yang hamba?

Usaha untuk berjaya adalah sunatullah. Tapi, usaha tidak berjaya; itu kehendak Allah. Jadi dua-dua tidak salah.

Peranan kita adalah: menghambakan diri kepada Allah. Usaha berjaya, Alhamdulillah. Jika usaha gagal, maka ingatlah rahmat Allah itu LUAS.

Jangan terlalu kagum pada hasil kerana ia milik Allah!

Selasa, 26 Mei 2009

Mari berkenalan dengan dot-dot.. 3

Owh terlupa pula nak masukkan, doa kepada Allah juga termasuk dalam usaha bersungguh-sungguh. Maka Setelah semua usaha sudah dilakukan, perlulah kita ada rasa berserah diri pada Allah. Tawakkallah tuuu.

Kesimpulannya, apakah hasil yang akan kita peroleh, itu bergantung pada rahmat, ketentuan dan kebijaksaan Allah.

Boleh juga di sebut sebagai: Elok atau tidak (pada pandangan kita) hasil yang bakal diperoleh bukanlah urusan kita untuk menghukum.

Urusan kita adalah: menerima ketentuan tersebut setelah kita berserah diri kepada Allah. Haaa, inilah makna panjang tawakkal..

Kawan-kawan sudah boleh faham kan?

Baiklah mungkin sekarang akan timbul isu: kalau kita sudah berusaha dan bertawakkal, tetapi Allah tidak berikan juga apa yang kita mahu. Macam mana sikap dan pendirian kita?

Okaylah, mahu jawab semua, penulis ini tidaklah pandai sangat. Cuma boleh kongsi apa yang penulis pernah belajar dan praktik sahaja. Jika ada yang lebih berilmu dan ingin berkongsi; silalah berbuat demikian, penulis sangat berbesar hati..

Mula-mula sekali:

Kita perlu ingat, hasil adalah kehendak Allah. Suka hati Allah lah Allah mahu beri pada siapa dan pada bila-bila masa.

Kedua:

Takkan lah Allah kejam sangat? Kita sudah berusaha, tapi Allah tidak memberi. Cuba imbas balik, Betul ke Allah tidak memberi? Adakah segala-galanya yang kita mahu Allah tidak beri? Pendek ceritanya kita kena yakin Allah Maha mendengar dan Maha Mengetahui.

Ketiga:

Perlu untuk kita ketahui, semua yang kita mahu tidak semestinya baik untuk kita. dan semua yang kita tidak mahu, tidak semestinya buruk untuk kita. Haaa dalilnya ada dalam surah Baqarah juzu dua. Ayat berapa? Haaa.. rajin-rajin buka Quran tau. Nanti mesti jumpa punyalah.

Kan Allah Maha Mengetahui. Benda yang kita nampak cantik dan indah itu belum tentu dapat mengindah dan mencantikkan hidup kita sebagai hamba Allah. Contoh senangnya; katak yang ade corak cantik tu. Haa nampak memanglah cantik. Tapi sebenarnya berashuuun.(beracun).

Ada lagi empat tauu. kita sambung esok pulak.

Isnin, 25 Mei 2009

Mari berkenalan dengan dot-dot.. 2

Baiklah, sekarang jom kita tengok maksud tawakkal. Penulis bagi maksud yang mudah je.

Tawakkal adalah berserah diri kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya.

Haaa nampak tu? Jika masih kurang berusaha, janganlah rasa nak berserah diri pada Allah. Dan satu lagi, jika sudah rasa berusaha habis reng (cara bacanya adalah dengan menyebut huruf r itu seperti huruf ghain), cubalah belajar berserah diri pada Allah.

Biasanya, manusia akan jadi salah satu dari dua golongan di atas:

  • Usaha tidak banyak mana, tapi mahu berserah aje, dan
  • Usahanya bukan main gitu, tapi susah betul mahu berserah diri pada Allah.

Yang betulnya adalah berusaha habis-habisan kemudian berserah diri pada Allah. Ini barulah tawakkal. Baiklah, sekarang penulis beri satu contoh yang mudah. Insya Allah semua orang boleh faham.

Disebabkan setiap manusia adalah seorang pelajar, maka penulis akan beri contoh dari sudut pelajar.

Sebagai seorang pelajar; tugas kita adalah belajar bersungguh-sungguh. Apa itu belajar bersungguh-sungguh? Selalu orang cakap gitu, tapi tidak pernah dengar orang cakap macam mana kan? Jadi penulis terjemahkan beginilah.

Apabila ada kelas, kita hadirkan diri, selagi boleh berjalan, selagi otak masih berfungsi, selagi tenaga untuk bangun masih ada, dan tiada kemungkinan menjadi pembawa virus atau bakteria ke kelas; maka kita akan tetap hadir ke kelas. Abaikan semua rasa mengantuk, letih dan keserabutan lain kerana ingin menuntut ilmu.

Apabila ada kerja-kerja dan projek yang perlu disiapkan, maka kita berusahalah menyiapkan kerja tersebut mengikut tarikh dan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Berusaha membuat rujukan, menggunakan segala ikhtiar yang ada untuk mendapatkan ilmu dan maklumat, bukan hanya sekadar mendengar di dalam kelas.

Berusaha membahagikan masa sebaik-baiknya, supaya cukup masa untuk ulangkaji dan menghayati segala pembelajaran.

Tidak mengumpat para guru yang tidak lokek memberikan ilmu kepada kita. Menghormati guru dan pendidik dengan sebenar-benarnya. Bukan berpura-pura ‘jinak’ dan ‘baik’ untuk mendapatkan ‘keredhaan’ mereka.

Dan banyak lagi terjemahan kesungguhan dalam belajar.

Ahad, 24 Mei 2009

Mari berkenalan dengan dot-dot.. 1

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Seperti biasa, apabila kita memulakan sesuatu perbualan, kita mesti mulakan dengan bertasbih memuji Allah. Kan kita sudah belajar sebelum ini, segala pujian hanya untuk Allah.. Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah gitu.

Seperti biasa, tajuk yang penulis buat mestilah boleh menarik perhatian kawan-kawan untuk membaca tulisan penulis pada kali ini. Agak-agak kita nak berkenalan dengan siapa hari ini? Yaaa.. jeng-jenggg..

Ta wau kaf lam.. Baca nya tawakkal. Seperti yang telah dijanjikan, penulis akan berkongsi dengan kawan-kawan pembaca mengenai tawakkal. Apa itu tawakkal?

Kawan-kawan dah tahu rukun iman kan? Mustilah kan? Kalau tanya adik tadika pun tahu apa itu rukun iman. Rukun iman ada 5 kan?..

Heee, saje je nak test. Kot-kot ade yang bosan nak baca. Sesiapa yang cakap rukun iman ade lima nanti cikgu denda. Penat cerita rukun iman itu ada 6, boleh lagi dia konfiusss.

Baiklah, mari kita sambung mengenai tawakkal. Sebenarnya, tawakkal itu sangat berkaita rapat dengan rukun iman yang ke-6, iaitu beriman kepada Qadha dan Qadar. Haa.. kenapa dah lompat baca tu? OO sudah tahu yea? Tak pe, kalau sudah tahu, ini sesi ulangkajilah. Lebih detail lagi, tawakkal adalah salah satu dalam banyak-banyak sifat hamba Allah yang beriman dengan Qadha dan Qadar Allah. Haa sudah begitu jelas kan?

Sekarang mari kita masuk lebih dalam lagi apakah itu tawakkal dan bagaimana mahu menjadi hamba Allah yang bertawakkal. Kan selalu kita dengar orang sebut “tawakkal je lah”. Tapi apakah sebenarnya tawakkal?.. Kita sambung perbincangan mengenai tajuk ini dalam rancangan akan datang bersama Prof Dato’ Dr Mutiara Bd.. hihi, opss, macam pelik aje perkataan kat depan tu.. (Mana tahu nanti jadi doa yang diperkenan).

Sabtu, 23 Mei 2009

Salamun 'alaikum

Bismillahirahmanirrahimm. Haa.. Sobahal Khair, kaifahalukum jami’an? Maksudnya, selamat pagi, apa khabar kamu semua?

Barangkali sudah lama penulis tidak dapat mengepos tulisan kerana urusan-urusan dunia dan akhirat yang lebih perlu diselesaikan.

Hari ini panas enjin dulu.. Kawan-kawan pembaca masih ingat tak janji penulis mahu berkongsi mengenai tawakal dan kisah para sahabat Nabi s.a.w? alaaa.. dah tak ingat ke? Tak pe.. banyak lagi benda nak ingatkan? Orang yang berjanji ni lah yang mesti ingat apa yang dia dah janji.

Baiklah nanti kan tulisan seterusnya. Kalau tidak menanti pun keluar jugak. Orait. Semoga sentiasa ingat Allah dan bahagia selalu wahai orang-orang beriman dan takut pada Allah.

Jumaat, 15 Mei 2009

Ana, anti, anta, antum

“Hayyabil arabiah, hayyabil arabiah, hayyabil araaabiyah”..

Pernah kawan-kawan dengar frasa ni?? Haa.. Kalau kawan-kawan pernah dengar baguslah. Jika sebaliknya, sila teruskan pembacaan. Sekejap sahaja lagi kawan-kawan akan tahu..

Untuk pengetahuan kawan-kawan, frasa ini akan kedengaran setiap hari dari Isnin hingga Jumaat di radio IKIM pada jam 8:30 pagi. Inilah rancangan mempelajari bahasa Arab.

Rupanya radio IKIM telah menyediakan banyak rancangan belajar Bahasa Arab..

Tahukah kawan-kawan apakah keutamaan Bahasa Arab dalam kehidupan kita sebagai umat Islam? Hmm, banyak kelebihannya. Yang paling jelas sekali adalah, ia menjadi Bahasa Al-Quran.. Jika kawan-kawan perhatikan, Bahasa Arab saaangat indah.. Cuba dengar betul-betul cara sebutan dan lafaz yang ada pada bahasa Arab.. Memang cantik dan sedap didengar.

Itu baru mengenai sebutan dan lafaz. Belum lagi membincangkan mengenai tatabahasanya, lebih-lebih lagi tatabahasa Bahasa Arab Al-Quran. Lagilah kagum, jika kawan-kawan betul-betul memahami dan menghayatinya.

Dahulu semasa bersekolah, terdapat ramai kawan-kawan yang keluar dari sekolah dengan alasan “kena ambik bahasa Arab” atau “semua subjek kena belajar dalam bahasa Arab”.. Aiseh rugi betul siapa yang berkata demikian..

Penulis kadang-kadang hairan juga, 5 tahun belajar Bahasa Arab, tapi masih tidak mampu menguasai dengan baik. Cemburu betul mendengar orang Melayu yang fasih bertutur Bahasa Arab. Sudah tentu dia mampu memahami ayat Quran tanpa bergantung pada tafsir.

Inti pati pos kali ini adalah MEMANDU MINAT KAWAN-KAWAN PEMBACA KEPADA BAHASA AL-QURAN, BAHASA ARAB. Penulis bukanlah seorang yang pandai sangat dalam Bahasa Arab, tapi untuk memahami Al-Quran, kita perlu menguasai Bahasa Arab..

Oleh itu, mari kita semaikan minat dan cinta pada Bahasa Arab. Jika Bahasa Inggeris kita sanggup pelajari dan kuasai kerana ingin menguasai isu sejagat dan ilmu dalam profesional masing-masing, apa lah salahnya, jika kita berusaha menguasai Bahasa Arab untuk memahami KALIMAH-KALIMAH ALLAH, demi meraih keredaan-Nya..

Apabila Allah menyintai hamba-Nya; Dia akan menjadikan seseorang itu sangat bijak dalam urusan agamanya.

Khamis, 14 Mei 2009

Aina Syabab? Aina Rijal? Ana musta’iddan! 3

Lakukanlah boikot kerana kita benar-benar perihatin. Boikotlah kerana kita ada keimanan kepada Allah. Boikotlah kerana kita punya kepercayaan kepada ayat Allah:

sesungguhnya orang beriman itu bersaudara

Boikotlah kerana kita benar-benar yakin, seluruh umat Islam di dunia ini bersaudara seperti yang dikatakan Allah dalam Al-Quran. Boikotlah kerana tahu dan merasai penglihatan Allah ke atas kita.

Bukan memboikot kerana ada seseorang sedang melihat kita. Bukan memboikot kerana orang suruh. Bukan boikot kerana tidak cukup duit. bukan boikot kerana tidak sedap. Bukan boikot kerana orang lain pun boikot. Bukan-bukan-bukan..

Kita hanya memboikot kerana kita mahu memperjuangkan kemuliaan Islam. Kita memperjuangkan kemuliaan Islam kerana kita tahu, hanya Islam yang layak dimuliakan. Bukannya zionis, bukannya ‘holly’wood, bukan Amerika.. Ya , hanya kerana kemuliaan Islam! kerana Aqidah kita kepada Allah.

Banyak lagi usaha lain yang boleh dibuat selain boikot.. Objektif tulisan kali ini adalah untuk memberitahu kawan-kawan betapa pentingnya boikot. Dan perlunya kita memboikot barangan yang membantu Zionis. Mahu guna cara lain selain boikot pun boleh. Tapi pastikan anda telah pun memboikot..


Rabu, 13 Mei 2009

Aina Syabab? Aina Rijal? Ana musta’iddan! 2

Ikutlah kepala kita selagi dirasakan benar (mengikut kepala kita). Jangan di dengar peringatan-peringatan yang disampaikan orang lain. Ikut suka kitalah, apa kita mahu buat. Aku punya mulut, ikut suka aku nak makan apa. Aku punya badan, ikut akulah mahu pakai apa. Aku punya mata, suka hatilah aku nak tengok apa. Bukan mata awak!

Sampai bila kita mahu jadi orang sebegini? Menyesal di akhirat sudah tiada guna.
Lebih baik menangis menyesal di dunia dari menangis menyesal di akhirat. Menangis di dunia, keampunan Allah masih terbuka, menangis di akhirat, sudah tiada siapa yang mampu membantu. Kita sebatang kara. Tiada sahabat untuk menangis bersama, tiada ibu bapa yang memahami untuk meredakan segala keluh kesah, tiada juga rahmat Allah untuk orang yang terang-terang melanggar perintah Allah di dunia setelah sampai kepadanya peringatan dan amaran.

Bagi yang belum memulakan usaha boikot. Marilah memulakannya. Tiada kerugian pun jika tidak membeli barangan NESTLE. Masih banyak barang alternatif lain.

Sebagai contoh MILO, boleh di ganti dengan VICO, ovaltine, coklat radix HPA dan banyak lagi. KFC dan McD, boleh diganti dengan RFC, Radix Fried Chicken. Jika di kawasan kita masih belum ada RFC dan kempunan sangat mahu makan KFC dan McD, beringatlah, dengan keenakkan kita menikmati ayam goreng KFC, burger McD, kita sedang ‘menikmati’ darah umat Islam Palestin. Haaa, kan bunyi kejam sangat tulis ayat macam tu.

Tapi kalau buat lagilah kejam. Sanggupkah kita ‘bersedapan’ memakan ayam goreng dan coleslow tetapi umat Islam di Palestin ‘bersedapan’ dengan peluru dan bom hasil dari keuntungan kita menikmati ayam goreng KFC dan burger McD? Waduh tidak sanggup lah penulis jadi begitu..

Selasa, 12 Mei 2009

Aina Syabab? Aina Rijal? Ana musta’iddan! 1

Sekali sekala, mahu juga cakap Arab. Bukan senang ada peluang untuk bercakap Arab. Itu sebab buat tajuk dalam Bahasa Arab.

Kawan-kawan tahu apa maksudnya?

Aina = Di mana

Syabab/rijal = pemuda

Ana = saya

musta’iddan = orang bersedia

Rasa macam dah betul. Tapi tak tahu lah kalau salah guna perkataan pulak. Penulis bersedia di tegur. hihi. Baiklah, muqaddimah tamat. Sekarang kita masuk kepada isi.

Masih ingatkah kawan-kawan pada umat Islam Palestin?

Mungkin ada yang masih ingat, ada yang sudah lupa, atau ingat-ingat lupa.

Tahukah kawan-kawan apa yang berlaku di Gaza sekarang?

Jika jawapannya tahu baguslah. tapi itu bukannya penentu kebagusan kita. Jika kawan-kawan belum tahu atau tidak ‘update’, cepat-cepatlah ‘update’. Nanti jadi ketinggalan zaman, kerana tidak tahu isu semasa, apatah lag isu umat Islam Palestin yang menjadi isu utama di seluruh dunia Islam. Masakan orang Islam tidak tahu isu saudaranya?

Sedarkah kawan-kawan Palestin masih belum aman?

Sedar? wah itu sungguh baik. eh, ade juga yang tidak sedar? Bagi yang tidak sedar, berusahalah membangunkan diri sendiri, jangan tunggu orang lain menyedarkan kita. Keputusan untuk sedar berada di tangan sendiri.

Dengan tiada nya liputan meluas seperti beberapa bulan lepas, adakah menunjukkan Palestin sudah aman damai? sudah tiada tembak menembak atau bom mengebom?

Owh.. ini sudah tentulah jawapannya TIDAK. Adakah kawan-kawan benar-benar mengambil tahu mengenai kejadian di Palestin? Sedarkah kawan-kawan, Palestin bukan hanya Gaza seperti yang dibisingkan pihak media?

Apa yang sudah kita lakukan untuk umat Islam Palestin?

Untuk membantu membebaskan tanah Palestin, apa yang telah kita buat?

Apa kaitan membantu Palestin dengan keimanan kita kepada Allah?

Adakah kita masih terasa berat untuk memboikot barang-barang yang membantu rejim zionis?


Masih tidak terasa bersalah kah apabila kita menggunakan johnson&johnson, makan dan minum di KFC dan McD, atau membeli belah di TESCO?

Adakah kita mahu negara kita diserang seperti Palestin barulah kita terkedek-kedek mahu menurut segala perintah Allah?

Tunggu bala bencana seperti tsunami datang barulah mahu menutup aurat dan menjaga solat sebaiknya?

Atau menunggu maut menjengah baru lah fikir untuk bertaubat dan taat kepada perintah Allah?

BAwalah soalan-soalan ini sebelum tidur.. boleh buat muhasabah diri..

bersambung..

Jumaat, 8 Mei 2009

Pengalaman yang hampir dilupakan 3

Pertama sekali: Orang nakal tidak boleh dilayan sangat kenakalan mereka. Jika tidak kitalah yang menanggung kesusahan kerana kenakalan mereka. Jika mereka orang yang mampu untuk kita berikan peringatan, berilah peringatan kepada orang nakal ini dengan cara yang sesuai.. Dalam kes ini, apabila pelajar berkelakuan tidak sepatutnya apabila berada di dalam kelas atau sikap mereka terhadap kehadiran ke sekolah.

Yang terakhir ini, pengajaran paling berharga buat penulis.

Banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita, tetapi kita sebenarnya tidak mengetahui semua hakikat setiap kejadian yang berlaku.

Beginilah, mahu senang faham. Apabila adik-adik itu berkata kepada Muallimah, lengah tangan untuk meyalin nota yang telah muallimah beri. (Buat pengetahuan kawan-kawan pembaca), nota yang diberi itu berkaitan dengan mata pelajaran hadith dan tafsir Al-Quran.

Setelah menelaah setiap tajuk itu sehari suntuk barulah muallimah boleh ringkaskan seperti nota yang telah diberi kepada pelajar-pelajar. Mengingatkan pentingnya pelajar-pelajar memahami dengan jelas apakah kandungan Al-Quran dan Hadith lah, muallimah begitu teliti dan berhati-hati sekali untuk memberikan nota yang terbaik kepada pelajar-pelajar.

Sebagai orang yang lebih senior, penulis sudah dapat melihat kesan yang akan berlaku kepada kehidupan mereka kelak, jika pelajar-pelajar tidak betul-betul memahami kandungan Al-Quran dan hadith. Tapi, perkara ini tidak diketahui dan masih tidak sampai kepengetahuan mereka..

Mereka tidak tahu betapa mahalnya harga sebuah kefahaman mengenai Al-Quran dan Hadith jika dibandingkan dengan ‘lengah’ tangan mereka menulis.. Bila lagi peluang terbaik untuk mereka memahami Al-Quran dan hadith, jika bukan semasa mereka berada dibangku sekolah?

Jika mereka mengetahui semua ini, nescaya mereka tidak akan mengatakan begitu. Justeru, secara tidak lansung, satu lagi pengajaran yang penulis dapat, ‘manusia itu serba serbi tidak tahu sehinggalah ilmu dan keimanan menyuluh hidup mereka’. Ilmu dan keimanan ye. Bukan ilmu semata-mata.

Selain pengajaran di atas, satu lagi pengajaran; manusia jahil (tidak tahu) sentiasa menuntut kesabaran kita dalam proses kita membantunya untuk menjejaki jalan yang lurus. Hmm, sebenarnya, bukan manusia jahil sahaja, manusia yang lalai dan alpa juga termasuk dalam kes ini.

Wah sudah banyak pengajaran, semoga kehidupan kita tidak disia-siakan. Sebenarnya ada banyak lagi mahu dikongsi dengan kawan-kawan. Tapi dah rase m***s nak taip.. Nanti bila ada masa yang lebih sesuai, penulis akan sambung lagi..Ayuhlah merebut keredhaan Allah sebanyak mungkin.

Okaylah, sekarang mahu mengetag orang pulak. Orang yang sama-sama jadi muallimah dengan penulis di Sekolah Al-Islah.. itulah dia mamabalqis. Kalau nt dah terbaca yang ana tulis ni, dan ada masa, tulislah ye..pengalaman dan pendapat nt dari kaca mata seorang guru, kawan dan ‘mama’.. Kalau tak de masa takpe.. Utamakan yang utama.

Khamis, 7 Mei 2009

Pengalaman yang hampir dilupakan 2

Apa yang boleh dipelajari dari dua situasi yang penulis lalui ini?..


pertama, seseorang itu tidak boleh dinilai dengan pandangan pertama kita. Kerana pandangan pertama tidaklah menggambarkan hakikat sebenar seseoarang manusia. Tapi kenyataannya, kita sentiasa menilai manusia dengan pandangan pertama. Jika tidak percaya, tanyalah pada abang-abang dan kakak-kakak kita atau pakcik makcik yang lebih berpengalaman dari kita. Bukankah untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan, kita perlu menghadiri temu duga?, dan bukankah temu duga itu penilaian dari pandangan pertama?..Ini pengajaran bila penulis mula-mula masuk kelas tadi.

Selain itu, pengalaman ini juga mengajar penulis, kadang-kadang kita akan diajukan dengan soalan-soalan yang dirasakan tidak perlu dan penting, tetapi kita tidak boleh menolak soalan tersebut. Jadi, ia bergantung pada kebijaksanaan kita untuk menjawab soalan tersebut dengan bijak. Ini pengajaran kedua, apabila anak murid merangkap adik-adik itu bertanya terlalu banyak soalan..

Baiklah, cerita seterusnya;

Pernah suatu hari, penulis menyuruh mereka menyalin nota yang agak panjang (bagi merekalah, bagi penulis pendek je).. tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata:

“Muallimah, banyak lagi ka?”..

Penulis pun menjawab, “ada sikit lagi nii, tak banyak pun, dua helai kertas A4 ni je”.

Pada masa itu, baru satu helai siap disalin oleh mereka..

Tahu apa mereka jawab? “Haa?! banyak lagi la tu muallimah..Ana dah lengah tangan ni.”..

“Muallimah selalu bagi nota panjang-panjang”..

Pada hari yang lain dan di kelas yang lain, apabila muallimah (dibaca: penulis) menyuruh seisi kelas menyalin nota; dengan taatnya mereka pun membuka buku nota masing-masing. Tetapi sebaik sahaja muallimah memaling muka membelakangi mereka dan mula menulis nota di papan putih, terdengarlah suara-suara mereka berbual-bual kosong. Muallimah pun berpusing dan mecari siapakah yang berbual tadi. Hairan?!.. semua nampak khusyuk menyalin nota yang telah muallimah tulis dipapan putih.

Jadi muallimah pun menyambung semula penulisan dipapan putih. Kali ini perbualan mereka semakin jelas. “Laa muallimah ni banyak sungguh nota muallimah bagi, ana tak mahu salin dah lah. lengah tangan.”. Muallimah pun berpusing dan bertanya “siapa yang cakap macam tu tadi?”. dengan tak semena-mena, dua tiga pelajar lelaki saling tunjuk menunjuk sesama sendiri dan berkata “dia muallimah”, “bukan ana la muallimah, dia yang cakap”. Haii anak murid aku nii..

Pernah juga pada suatu hari, seorang pelajar mengeluh kerana tulisan jawi muallimah buruk. dia tidak dapat memahami tulisan jawi muallimah. Penulis sudah tidak ingat apakah yang dikatakan pada penulis, sehingga penulis begitu geram dan berkata, “nta nak salin, salin, nta tak nak salin, jangan salin. Muallimah nak ajar orang yang nak belajar je”.

Apabila muallimah berpaling dan meneruskan penulisan di papan putih, terdengar seorang anak murid berkata “tu la hang! mangkuk, p kata kat muallimah macam tu sapa suruh! kan muallimah dah merajuk!”. Hehe, lucu pulak mendengar pergaduhan mereka.

Tapi kerana menggunakan perkataan yang kurang sesuai, setelah selesai menuliskan semua nota dipapan putih, muallimah pun bertanya kepada mereka.. “sapa cakap mangkuk tadi?”.. Lagi sekali mereka berkata sambil menunding jari masing-masing ke arah kawan-kawan mereka. “dia, dia, muallimah! bukan ana”.

“Ni,ni dia yang kata, muallimah!”.. Akhirnya yang berkata pun mengaku salah dan berkata “ala muallimah, cakap mangkuk pun salah ka? mangkuk, pinggan, cawan..” Aiseh, muallimah lagi sekali jadi pening.. nak tergelak pun ada, geram pun ada..

Apakah pengajaran dari pengalaman ini? Setiap pengalaman dan situasi yang kita lalui sudah tentu mempunyai seribu satu pengajaran yang tidak ternilai harganya..

Lagi? pengajaran.. dalam entri akan datanggg..

Rabu, 6 Mei 2009

Pengalaman yang hampir dilupakan 1

“Eh muallimah baru masuk, eh muallimah baru masuk”

Bangunlah ketua kelas sambil mengucapkan “Qiam!, Assalaamualaykum ya Muallimah”

Dengan serba salah guru baru itu pun menjawab “ walaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh”. Manakan tidak terasa bersalah, sepatutnya, dia sebagai guru yang seorang lah memberikan salam kepada muridnya yang ramai. Bukan sebaliknya.

Setelah meletakkan buku dan nota persediaan mengajar, muallimah batu itu menuliskan namanya di papan putih. Setalah sempurna menulis namanya dengan besar dan jelas, muallimah baru itu berpusing menghadapi kelas orang dengan senyuman dan menyebut.. “ Nama muallimah sekian-sekian, bolehlah antum panggil muallimah dengan nama sekian-sekian”.

Begitulah cara taaruf (pengenalan) seorang muallimah baru di sebuah sekolah. Apa yang menarik dengan cerita ini? Muallimah baru itu adalah penulis!. Tahu kah kawan-kawan apakah perasan penulis semasa pertama kali memasuki kelas sebagai seorang guru? hehe.. senang aje jawapannya.. TAKUT dan GEMENTAR..

Apabila adik-adik di dalam kelas bangun dan memberi salam, terasa gerun saja. Kerana apa? Waduh besar-besarnya bakal anak murid aku ini. Yang banat seperti mak orang dan yang baninnya seperti ayah orang. Macam mana aku nak mengajar mereka? Entah-entah lagi pandai dari aku.. Pendek cerita macam-macamlah terfikir dalam kepala. Akhirnya selepas penulis memulakan taaruf, ‘keluarlah’ perangai dan wajah sebenar mereka..

Orait kita sambung cerita..

“okay ada apa-apa nak tanya sebelum muallimah mula mengajar?”..

“Eh, muallimah, hari pertama masuk pun dah nak belajar ke?, kita taaruf je la dulu..” ... belum sempat jawab soalan itu, soalan lain pula datang..

“Muallimah, muallimah tengah belajar lagi ke?”..

“Ya, muallimah belajar lagi..”

“ Muallimah, dulu muallimah sekolah kat sini ke?”..

“ Muallimah, muallimah sekarang tengah belajar kat mana?”..

“oh, muallimah belajar dekat UIA sekarang”..belum habis jawab soalan, seorang lagi murid menembak..

“oo ini muallimah tengah cuti la nii”..

“Muallimah, muallimah, dah kahwin?”. Haa inilah soalan cepu emas yang payah betul penulis mahu jawab. Bukan sebab tidak kahwin lagi, tapi hairan, apalah penting sangat anak murid aku ni tahu aku kahwin lagi ke tak.. Jadi penulis pun jawab “cuba teka, nampak macam muallimah dah kahwin ke belum?” Hihi.. dah tentulah mereka jawab “TAK”.

Penulis pun bertanyalah kepada mereka “kenapa antum tanya muallimah dah kahwin ke tak?”. Nak tahu apa mereka jawab?.. Jawapan mereka lagilah kelakarr.

“oh, kalau muallimah tak kahwin lagi, kami tak takut.. garang lah macam mana pun. Kami takut muallimah yang dah kahwin ja..”

Eh-eh, adik-adik ni, ada-ada je.. penulis pun pening jugak dengan gelagat mereka..

Cerita seterusnya dalam entri yang akan datang..

Selasa, 5 Mei 2009

Batak 5

Ini yang penulis nak beritahu, kalau sorang dah mula mengumpat, sorang lagi pulak tolong dengar, pastu secara tak sengaja orang lain terdengar.. Pastu cerita pulak dengan orang lain, buat andaian sendiri.. nak cakap depan takut gaduh.. akhirnya semua benda cakap belakang dan mengumpat.. Agak-agak apa masalah yang boleh selesai kalau sudah jadi begini? Agak-agak kawan-kawan lah, cerita yang dah tersebar itu betul ke tak? haaa.. jadi macam permainan ‘talifon karat’ lah jawabnya. Talifon karat itu tak pe lah, ia cuma permainan yang direka.. Kalau mengumpat? nak cakap permainan jugak? Kan Allah dah terang jelas-jelas.. dalam surah Al-Hujrat ayat 11 dan 12.. antaranya:

“..Jangan lah sebahagian dari kamu mengumpat sebahagian yang lain, adakah kamu suka memakan daging saudara kamu sendiri...?”

Kalau tengok cerita seram tu, bukan main takut lagi tengok orang yang berpenampilan pelik dan menakutkan.. Apalagi kalau makhluk pelik itu suka makan daging manusia.. Walhal, kita pun sudah bersikap semacam itu jugak; makan daging orang..

eii serammnya.. kalau kita makan gulai daging, daging pulak liat, habis lekat celah gigi.. mesti kita rasa tak selesa kan? kalau makan daging orang? hadeiii tidak dapat penulis bayang kan..

Jom kita buat tabiat suka mengumpat.. gantikan dengan tabiat suka menyebut kebesaran Allah.. Bercakaplah tentang kecantikan Islam, sebarkan ilmu-ilmu yang sudah dipelajari selama kita hidup.. itu lebih banyak manfaat kita dapat.. banyak cara kita boleh guna untuk elakkan sikap yang suka ratah daging ini.. Kita sambung lain kali..

Pat-pat siku lipat, suka sangat mengumpat, apa yang kita dapat?

Isnin, 4 Mei 2009

Batak 4

Kawan-kawan tahu cerita apa yang berlaku sampai turun ayat 11 sampai 20 surah An-nur? Tahu tak?

Haaa, kalau kawan-kawan nak tahu, ayat ini turun gara-gara sikap manusia yang suka menyebarkan cerita lah.. Sudah lah menyebarkan cerita, cerita pulak cerita rekaan. Dah tu membabitkan Isteri Nabi s.a.w.. Haii ini lah manusia yang tertipu dengan bisikan syaitan.. Siapa punya kerja? Abdullah bin ubay.. Kenal tak sapa Abdullah bin Ubay? Hmm jangan ingat semua orang nama Abdullah itu beriman.. Abdullah bin Ubay ini ketua munafiqin di Madinah pada zaman Rasulullah..

Eh-eh, dah tak dapat nak tahan rasa ingin tahu fasal surah An-Nur ayat 11- 20 ke?? Owh, kalau nak tahu bukalah Quran, baca tafsirnya sekali.. Banyak pengajaran yang kawan-kawan boleh ambil dari ayat-ayat ini..

Haa, punyalah panjang muqaddimah yang penulis tulis.. Sebenarnya nak cakap, mengumpat itu tidak dibenarkan. Penulis rasa tidak gembira betul dengar orang suka mengumpat ini.. Bukan sahaja tak suka dengar orang mengumpat, tak suka juga apabila diheret sama terlibat dalam perbuatan umpat mengumpat. Apalah untung sangat dengan mengumpat dan bergossip? Kita jadi ketinggalan zaman dengan berita-berita panas? Atau tidak kenal orang lain? Tak dapat penulis fikir kebaikan perbuatan mengumpat. Kalau ada masalah pun, boleh sahaja ‘anonymous’ kan sesiapa yang terlibat.. cuma terangkan apa masalah yang berlaku, dan bincang penyelesaiannya..

Ahad, 3 Mei 2009

Batak 3

Nampak tak betapa berhati-hatinya para pengumpul hadith dan ulama zaman dahulu meriwayatkan sesuatu hadith. Inilah yang dikatakan proses menjaga sanad hadith.


Maksudnya, dalam meriwayatkan hadith, bukan sahaja kesahihan matan yang dipertimbangkan, malah, siapa yang meriwayatkan matan juga perlu diambil kira.
(orang yang belajar ulum hadis tolong betulkan kalau penulis salah hurai).

Penulis saja mahu bandingkan antara proses sebenar pemeliharaan hadith Nabi s.a.w. dengan permainan ‘talifon karat’ yang penulis main disekolah dulu. Kan berbeza sekali tu? Ada ke sesenang jer nak bisik-bisik hadith macam dalam permainan talifon karat? Kalau lah ulama dahulu meriwayatkan hadith dengan gaya ‘talifon karat’.. habis lerr kita..

Bukan nak cakap permainan talifon karat itu tidak elok, tapi mahu beritahu pengajaran yang dapat diambil dari permainan talifon karat itu.

Suatu cerita dan berita itu akan berubah-ubah apabila ia di pas-pas kan. Kadang-kadang, pencerita tiada niat untuk menyeleweng cerita pun.. Cerita betul pun orang boleh terseleweng, apa lagi lah cerita bohong dan palsu.

Sabtu, 2 Mei 2009

Batak 2

Baiklah, sekarang balik kepada kisah yang penulis janjikan, macam mana cara ulama dahulu mengumpulkan hadith Rasulullah s.a.w. Penulis bukanlah mahu bukak kuliyah ulum Hadis dalam blog ini. Maksudnya; penulis tidaklah menghuraikan satu-satu syarat dan langkah-langkah yang digunakan oleh Imam Nawawi, An-Nasa’i, Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah. Penulis cuma mahu memberikan gambaran bagaimana berhati-hatinya para pengumpul hadith Nabi s.a.w. okay, jom sambung baca cerita di bawah ini:

Mengumpul hadith dizaman dahulu tidak semudah zaman sekarang. Hendakkan satu matan, perlu berjalan jauh berhari-hari. Zaman dahulu kan.. dimanalah mahu cari segala internet, kapal terbang, kereta, motosikal atau perkhidmatan pos dsb. Maksudnya, para pengumpul hadith terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dan susah semata-mata untuk mendapatkan satu matan hadith.

Nak dijadikan cerita, ada seorang pengumpul hadith ini, telah bersusah payah berjalan jauh untuk mengambil hadith dari seseorang. Setibanya di tempat yang dituju; dia ternampak orang yang bakal dia ambil hadith dari orang tersebut sedang mengacah kuda makan. Faham tak? Susah betul nak hurai cerita dalam bentuk tulisan ni.

Maksudnya, orang yang didakwa menyimpan hadith yang dikehendaki oleh pengumpul hadith itu sedang mengacah kuda makan. Maksud mengacah adalah, menyuakan tangan ke mulut kuda tersebut, tapi menarik semula apabila kuda itu mahu mengambil makanan yang berada dalam tangannya..

Maka tidak jadi lah pengumpul hadith itu mengambil hadith dari orang tersebut, kerana mengacah kuda makan. Kira orang itu macam menipu binatang lah. Walhal, kalau kita lah, mesti kita kata “ala bukan tipu orang pun, acah je, nanti bagi jugak makanan tu pada kuda”.

bersambung..

Jumaat, 1 Mei 2009

Batak 1

Pernah dengar tak fasal cara-cara ulama terdahulu mengumpulkan hadis Rasulullah? Nak tahu tak macam mana? Nanti penulis cerita satu contoh..

Okay sebelum tu, penulis nak tanya lagi soalan lain. Pernah dengar permainan ‘talifon karat’? Alamak.. tak pernah dengar eh? Begini:

Talifon karat

Ia adalah satu permainan berkumpulan. Setelah ahli kumpulan berada dalam satu barisan, ketua kumpulan akan dipanggil untuk oleh urus setia untuk menerima satu amanat.

dan amanat itu mestilah disampaikan kepada ahli kumpulan..

Amanat itu berbentuk ayat yang mesti dihafal oleh ketua kumpulan. kemudian ia disampaikan kepada salah seorang dari ahli kumpulan secara berbisik, kemudian ahli kumpulan tersebut akan berbisik kepada ahli kumpulan kedua dan seterusnya sehinggalah kepada ahli kumpulan yang terakhir.

Ahli kumpulan yang terakhir menerima amanat tersebut hendaklah menyebut dengan kuat; apakah amanat yang telah dibisikkan oleh ketua kumpulan di awal permainan tadi.

Dah dapat gambaran permainan ‘talifon karat’? Kalau kawan-kawan biasa bermain permainan ini, kawan-kawan akan mendapati, amanat yang disebutkan oleh ketua kumpulan dan ahli kumpulan yang terakhir biasanya tidak sama, kerana sudah berubah ayat; dan kadang-kadang maksud pun sudah berubah.

Dulu, di zaman persekolahan, penulis sentiasa didedahkan dengan permainan ini. Masih segar lagi dalam ingatan, semua pelajar dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing di atas padang tar sekolah.

Dalam kegelapan itu, setiap ketua kumpulan dipanggil untuk menerima ‘amanat’. Apakah amanat itu? membisikkan satu matan hadith kepada ahli kumpulan. Tapi penulis sudah tidak ingat apa matan hadis itu (lama sangat dah). Hasil dari permainan ‘talifon karat’ pada malam itu adalah; semua kumpulan telah salah dalam meriwayatkan hadith yang telah diamanahkan. Kerana, tiada kumpulan yang berjaya meriwayatkan kembali dengan tepat matan hadith yang telah di sampaikan ketua kumpulan masing-masing.

Bersambuunngg

Entri terkenal