Selasa, 30 November 2010

Ini la ceritanya

Sebelum penulis bercerita dengan SYOQnya.. hendaklah diingati, jika ada apa-apa tersalah, silalah betulkan penulis ye. Ok, jom kita enjoy cerita dibawah

Pada suatu hari selepas peperangan dengan Bani Mustaliq, tentera muslimin singgah sebentar disatu tempat.. Disini, Aisyah r.a telah keluar dari sekedupnya untuk membuang air kecil..

Sebelum menyambung cerita, mesti bagi kawan-kawan faham beberapa perkara dulu.. Adalah menjadi kebiasaan bagi Rasulullah, untuk membawa sesiapa dari kalangan isterinya untuk bersama-sama tentera muslimin.. menjadi jururawat buat yang tercedera. Ini adalah tugas biasa para mukminat dalam setiap peperangan..
nak dijadikan SEJARAH, pada waktu itu adalah giliran Aisyah binti Abu Bakr r.a.

Orait, sekarang berkenaan sekedup pulak. Sekedup ni, macam rumah kecik. (???!! aik faham tak? tetibe rasa susah pulak nak menggambarkan benda ni). Rumah kecik, diperbuat dari kain dan kayu, untuk letak Aisyah atas unta. Maksudnya, Aisyah bukanlah menunggang unta tu.. tapi, dia duduk dalam sekedup, atas unta semasa perjalanan. Bila berhenti, Aisyah tak perlu bersusah payah turun sebab sekedup itu akan diturunkan dan diletakkan atas tanah (pasir). Haa.. dah dapat gambarkan dah macam mana rupa sekedup??

Setelah selesai qadha hajat, dan kembali ke sekedupnya, barulah Aisyah sedar yang rantai beliau telah terjatuh di tempat Qadha hajat tadi. Maka Aisyah pun kembali semula ke tempat dia qadha hajat tadi untuk mengutip rantainya yang terjatuh itu. Aisyah sayang rantai tersebut kerana ia adalah rantai Khadijah binti Khuwailid.. (penulis tak ingat Rasulullah bagi atau Khadijah sendiri yang bagi)

Okay seperkara lagi nak kena jelaskan. Berjalan dipadang pasir zaman dulu, semestinyalah tiada hentian yang canthekk seperti yang ada kat PLUS tu kan.. Sudahlah takde hentian, pokok lagilah takde. kan padang pasir.. JAdi untuk mengqadha hajat.. Mesti pergi jauh.. Jauh sejauh mata memandang gitu. Kalo tak, tak khusyu la awak nak membuang (qadha hajat)..

Semasa Aisyah kembali semula untuk mengutip rantai tadi, tentera muslimin telah mengangkat sekedup kosong keatas unta dan meneruskan perjalanan untuk pulang ke Madinah..

Nak cakapnya, tentera muslimin tak perasan, yang Aisyah tiada dalam sekedup tersebut. Orang perempuan kan ringan je.. Jadi bila angkat sekedup yang agak berat tu, tak perasan ada 'orang' ke tidak.. 

Setelah mengutip rantainya yang tercicir tadi, Aisyah pun balik la ke sekedup dia.. Tapi.. Dah takde! Sebab tentera muslimin dah berangkat pulang ke Madinah.. Seketika, Aisyah ditemui oleh sahabat Nabi yang sedang memeriksa kawasan hentian itu.. Sahabat itu bernama Safwan.. Safwan binnnnnnnnnnnnnnnnnnn (alamak tak ingat pulak bin siapa) 

Kat sini pun kena terang sikit.. Kenapa sahabat Nabi ini boleh terjumpa Aisyah? Sebab, Safwan ditugaskan untuk memeriksa dan memastikan tiada 'apa-apa' yang tertinggal semasa tentera muslimin berhenti di kawasan tersebut.. Macam kita singgah kat mana-manalah kan, mestilah pastikan tempat itu ditinggalkan dalam keadaan baik sebagaimana sebelum kita singgah.. atau lebih bersih dari sebelum kita menggunakan sesuatu disitu..

Bila Safwan nampak Aisyah r.a termanggu seorang diri, Safwan pun pelawa lah Aisyah naik unta dia. LAgipun, Aisyah kan perempuan. Takkanlah nak biar Aisyah berjalan kaki dari tempat itu hingga ke Madinah, jauh tu.. Maka baliklah Aisyah dan Safwan ke Madinah..

Sebaik sahaja pulang Aisyah dan Safwan ke Madinah, tiba-tiba tersebar fitnah mengenai Aisyah dan Safwan.. Kononnya Aisyah dan Safwan dan melakukan 'sesuatu'.. Dahsyat fitnah ini tersebar.. Sehingga Aisyah jatuh sakit.. Siapa dalangnya? Abdullah bin Ubay! (tetiba rasa geram sangat kat Abdullah bin Ubay)

Kawan-kawan kenal tak siapa Abdullah bin Ubay ni? Dia adalah ketua Munafiqin Madinah. Munafiqin ni orang-orang yang pura-pura beriman pada Rasulullah.. tapi sebenarnya tidak.. Allah dah cerita hakikat mereka ini dalam surah satu surah KHAS untuk mereka AL-MUNAFIQUN (semoga Allah jauhkan kita dari mempunyai ciri-ciri dan sifat seperti mereka)..

Dah tak larat.. tapi ade lagi cerita sambungannya.. Jumpa esok pulak.. BAiii (Aik bai lagi?!) Assalamualaikummm ^_^

Isnin, 29 November 2010

cerita best

Selamat pagi dan salam sejahtera. BErtemu kembali disiaran mutiarajannah.blogspot.com. Hehe..

Lama sangat dah tak tengok tv, tak tahu dah apa yang pembaca berita selalu cakap sekarang. (boleh hidup tak tengok TV?! -bolehla- hodoh sangat TV zaman sekarang. rasa macam hidup lebih bermakna tanpa TV)

Kawan-kawan selalu tak baca kisah-kisah dizaman Rasulullah?? Takpun kisah selepas zaman Rasulullah..??
Ala dari baca novel tebal-tebal yang takde nilai iman itu.. baiklah baca cerita Rasulullah.. Dapat pahala, kenal Rasulullah, kenal sahabat baginda dan bertambah iman selain tak membazir masa. Haa.. kan 10 dalam satu (eh exagerated pulak)

Sebenarnya ada satu cerita yang penulis nak kongsi dengan kawan-kawan. Tapi cerita itu sangatlah P-A-N-J-A-N-G. Kawan-kawan sudi tak nak baca?? Hehe..

Oh kalau sudi bacalah, kalau tak sudi pun nanti mesti TERBACA jugak nanti..

Kita jumpa dalam entri yang lain untuk mengetahui apakah cerita yang sangat panjang itu..

Baiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii (Asyik bai je)  ok tukar. Assalamualaikum semua... Ila liqa (Sehingga berjumpa lagi!)

Ahad, 28 November 2010

ILMU: milik siapa. Baca dulu baru tau

Tulisan kali ini berpandukan sebuah tulisan Muhammad Quthb. -bukan sayyid Quthb tau- Ini adik Sayyid Quthb.

Kupasan dari sebuah hadith:

"Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim"

Ilmu itu penting peranannya dalam hidup kita dan ia adalah satu kurniaan Allah yang tidak ternilai.

Antara dalil lain menunjukkan kelebihan ilmu:

Surah Al-Alaq 1-5

Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu Yang Menciptakan. Dialah yang telah menciptak manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.

kemudian Surah Fatir ayat 28

".......Diantara hamba-hamba Allah yang takut padaNya, hanyalah para ulama..........."

Walaupun kita ini pemegang ijazah, PHD, berpangkat apa sekali pun.. tak kesah. Asalkan ilmu yang kita ada itu menjadikan kita TAKUT PADA ALLAH.

perkataan FARIDHOH-wajib- (yang digunakan) dalam hadith ini menunjukkan:

Kewajipan yang mesti ditunaikan dan ia mesti dilakukan kerana Allah kerana ia termasuk amalan mendekatkan hamba pada Tuhannya.

Maksudnya, menuntut ilmu itu adalah suatu ibadah yang mesti dilakukan setiap manusia agar dia dapat mendekatkan diri pada Allah.



Selain menuntut ilmu, hadith ini juga memberi maksud betapa pentingnya mengajar dan menyebarkan ilmu.
Peranan ilmu itu sangat besar.. Antaranya, mengaitkan segala sesuatu yang kita nampak terpisah dan terasing.

Ilmu juga punya beberapa keistimewaan:
  1. mendekatkan diri pada Allah. Jika tidak berjaya mendekatkan diri kita pada Allah.. (something wrong!)
  2. tidak digunakan untuk kerosakkan dan kejahatan.. Jika ini berlaku maka kezaliman akan berlaku.
Jika tiada dua ciri ini maka hilanglah keistimewaan ilmu.

Apabila ilmu itu dipisahkan dari Allah maka syaitan akan mengambil alih..

Sekian dahulu pelajaran kali ini. Kita bertemu di lain siaran.. Babaiiiii

(perlu buat label barukah??? -hadith sumber ikutan kami-)

Sabtu, 27 November 2010

Dakwaannya percaya al-Quran, tapi..

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata: Sungguh aku termasuk orang yang berserah diri”

“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik sehingga orang yang ada rasa permusuhan dengan kamu itu tiba-tiba bertukar menjadi teman yang sangat setia”

“Dan sifat-sifat baik itu tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang yang mempunyai keberuntungan yang besar”

“Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguhlah Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui”

Surah Fussilat: 33-36

Dan sekiranya AQ kami jadikan sebagai bacaan dalam bahasa selain Bahasa Arab, nescaya mereka (orang-orang kafir) mengatakan “Mengapakah tidak dijelaskan ayat-ayatnya. Apakah patut AQ itu dalam bahasa lain dari bahasa Arab sedangkan rasul itu dari bangsa Arab? Katakanlah; AQ adalah petunjuk dan penyembuh bagi orang yang beriman. Dan orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan dan AQ itu merupakan kegelapan bagi mereka (tidak memberi petunjuk pun untuk mereka). Mereka itu seperti orang yang dipanggil dari tempat yang jauh...

Fussilat: 44

Jumaat, 26 November 2010

Menyebutkan kalimah syahadah, BUKTIKAN!

Berpandukan buku : Syahadah Al-Haq; Pengakuan seorang muslim tulisan Abu A'la Al-Maududi
Tulisan dibawah adalah olahan semula selepas penulis mendengar kupasan buku ini buat kali pertama pada tahun 2004.

Lafaz syahadah itu datang bersama suatu tanggungjawab. Ia adalah hak kalimah tersebut yang perlu kita tunaikan. Tunaikan dihadapan seluruh alam. Apakah maksudnya?

Ummat Nabi Muhammad (kitalah), telah dipilih oleh Allah untuk melaksanakan hak syahadah. Iaitu dengan menyampaikan kalimah ini kepada seluruh bangsa diseluruh dunia dengan cara beramal soleh, memiliki akhlaq terpuji dan melaksanakan pemerintahan yang betul.

Tugas ini tidak akan selesai sehingga:

Manusia tunduk dibawah hujah Allah dan tidak dapat menafikan bahawa dakwah para Nabi dan kalimah ini telah sampai ke gegendang telinga mereka.

"Ataukah kamu (orang-orang yahudi dan Nasrani) berkata bahawa Ibrahim, Ismail, IShak, Yakub dan anak cucunya adalah penganutYahudi dan Nasrani? Katakanlah, Kamukah yang lebih tahu atau ALLAH? Dan siapakah yang lebih zalim  daripada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya?. Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan" Al-BAqarah: 140

Apakah maksudnya manusia tunduk di bawah hujah Allah, sehingga manusia tidak dapat menafikan bahawasanya kalimah syahadah telah sampai ke telinga setiap mereka??

Ia bermaksud, Islam dan segala kebenaran ajarannya telah disampaikan kepada mereka; yang tinggal hanyalah manusia itu mahu memilih untuk beriman atau kufur.

Dan jika dia memilih untuk kufur, maka dia tiada sebarang alasan lagi untuk meyalahkan Allah kononya tidak memberikan petunjuk padanya. PAdahal, petunjuk Allah telah sampai melalui para NAbi dan Rasul-Nya. Ia sangat jelas dan terbukti dengan wujudnya kalimah SYAHADATAIN ini.

Dengan kata lain, dengan pelaksanaan hak dua kalimah syahadah ini (selepas kita melafazkannya), kita akan terlepas dari tuduhan manusia yang ingkar bahawa mereka tidak pernah menerima dakwah kita.. Kita = para pelafaz dua kalimah syahadah.

Syahadah bermaksud penyaksian. Penyaksian kita sebagai hamba Allah dalam kalimah syahadatain itu boleh lah dibahagikan dalam dua bentuk:

Perbuatan dan perkataan.

Apakah pembuktian kita menyaksikan kalimah syahadatain dari segi perkataan?? Ia adalah seperti berikut:

Ia adalah perbuatan memperkenalkan ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP. Islam itu merangkumi akhlaq, pergaulan, prinsip, kepercayaan, ekonomi dan kemasyarakatan.. Memperkenalkan semua itu melalui: penulisan, lisan dan media elektronik atau cetak..

Bagaimana pula pembuktian kita menyaksikan kalimah syahadatain deng perbuatan??

Dengan menjadikan seluruh kehidupan dan prinsip kita itu sebagai cermin yang membiaskan segala ajaran Islam. Sehingga, manusia yang bergaul disekeliling kita merasai betapa cantiknya Islam.

Maka dalam proses kita membuktikan kita benar-benar menyaksikan/mengakui Allah itu Tuhan yang Layak disembah dan Nabi Muhammad itu sebagai utusanNya, perlulah diingati misi dan objektif kita adalah: Syariat Allah tertegak seluruh dunia.

Demi melaksanakan tanggungjawab dan hak syahadatain, jangan kita lupa pada realiti UMMAH. Keadaan masyarakat sekarang.. Apakah realiti ummah sekarang?:
  • Lebih cenderung memilih jahiliyyah dari pembaharuan (Islam)
  • Sistem kehidupan biasa telah lama bercanggah dengan ajaran Islam
  • Tidak berusaha menegakkan keadilan
  • Jika pun berusaha, masih tiada kesungguhan... Kalau adapun, ia masih belum cukup.
Apakah penyelesaiannya? Atau apakah yang kita boleh buat untuk memenuhi hak syahadatain dan pada masa yang sama kita tetap mempertimbangkan realiti ummah?

Melangkahlah, maksudnya, mulakan langkah anda. Selagi termenung, tidak akan berlaku apa-apa. Gembeling lah tenaga, arahkan segala tumpuan untuk melaksanakan seruan kepada Allah. Dakwah ilallah.

Berpegang teguhlah dengan petunjuk Allah.

Realisasikan syahadah al-Haq dalam setiap aspek kehidupan anda/ Buktikan pengakuan anda. Pengakuan bahawa anda benar-benar menjadikan Allah itu hanya satu-satunya TUHAN. Dan hanya Dia yang layak disembah. Serta, buktikan bahawa anda benar-benar meyakini Nabi Muhammad sebagai utusan-Nya.

Akhir kata: MAMPUKAH KITA MELAKUKAN TUGAS INI BERSENDIRIAN??

P/s: Tugas = melaksanakan syahadah Al-Haq

Khamis, 25 November 2010

Ku coret sajak yang kucipta khas buatmu, kawan..

Beberapa hari lepas melakukan operasi kemas 'sampah' yang disimpan.. Habis punggah segala surat dan kad raya 10-15 tahun lepas punya..
Tetiba terjumpa satu sajak yang sahabat penulis berikan. Masa tu kami berdua masih dibangku sekolah rendah.. darjah 6 tahun 1998.

Teman,
Hari ini kitakan berpisah,
Hari esok, entah bila bersua lagi.

Dihari yang penuh titik hitam ini,
Inginku menyusun sepuluh jari,
Memohin keampunan ikhlas dari mu,
Dari saat kita bersua.. 7 tahun lalu..

Ingatlah,
Detik kita bertemu,
Kita bisa bertentang mata,
Mula berkawan dan bermesra,
Bersuka duka bersama,
Jua main bersama.

Renungkanlah..
Satu detik kita dihalang,
Oleh insan yang bukan penghalang,
Kita hampir bisu kala bersua,
Kita hampir berperang hati.

Namun,
Ia hanyalah semusim,
Masih banyak lagi,
Masih luas lagi,
Lautan emas yang bakal, sedang
dan telah mewarnai hidupmu.

Segala nasihatmu,
Tidak kubantah,
Dan aku cuba menerimanya.

Terima kasih teman.
Biarlah pahit menelan perpisahan,
Biar air mata membanjiri dirimu,
Ia pastikan tercetus,
Walaupun bukan permintaan kita.

Teman,
Sesungguhnya aku sayang pada persahabatan ini..

Maimanah Mohd Rashid
10.20 pm 
9 November 1998

Sahabat penulis ini, sangat berbakat dalam menulis sajak.. tidak lama selepas beberapa tahun berpisah kerana berbeza sekolah, penulis terjumpa karyanya tersiar dalam sebuah majalah, Dewan Siswa.. Tapi dah tak ingat tahun dan bulan berapa..

p/s: kalau empunya diri terbaca karyanya disini.. Penulis mahu ucapkan.. terima kasih. Dan sajak yang kamu beri sememangnya telah disimpan selama bertahun (hampir 12 tahun).. dan kertas itu masih cantik berlipat..

Rabu, 24 November 2010

Kerana apa aku lakukan semua ini

Kerana apa aku tetap melakukan seruan kepada Allah??

Kerana di akhirat kelak, aku mahu masuk syurga lebih awal dari manusia lain.

Kerana aku mahu darjat yang lebih tinggi disisi Allah berbanding manusia lain.

Kerana Allah mengatakan terdapat perbezaan darjat antara hambaNya yang bangun dan bekerja menyampaikan Islam dengan hambaNya yang hanya duduk dan diam menyelesaikan urusan sendiri.. (Ada ayat Quran sebut hal ini tapi tak ingat ayat berapa)

Kerana apa aku sanggup melalui kesedihan luarbiasa ini? Kerana apa aku kuatkan hati menghadapi ujian berat ini?

Kerana aku mahu menjadi hambaNya yang diberi kemuliaan dan keutamaan disisiNya. Apalagi kemulian yang aku mahu jika bukan kemuliaan dan pengiktirafan TUHAN pencipta langit dan bumi.

Zahirnya kelihatan sukar, dihina, dikeji, diperli dan masih banyak kekurangan (dan pastinya aku mesti berusaha membaikinya).. Hati kecil tetap bahagia dan lapang sekali. Lebih luas dari bumi dan 7 petala langit. Aku mesti berkorban walaupun dengan hati, darah dan jiwaku.

Apalah sangat yang aku ada didunia ini untuk membeli syurga Allah. Keredhaan Allah yang tidak ternilai.

Masih mahu mengeluh? Masih mahu memberi alasan? Masih mahu bermalas-malas? Masih mahu berehat-rehat? Masing-masing punya aqal kurniaan Sang Pencipta.. FIKIRLAH

Selasa, 23 November 2010

Apa hal yang sibuk mengajak orang ni?

Hmm sebenarnya ada banyak sebab dan banyak dalil mengapa para pendakwah kat dalam dan luar negara kita bersungguh-sungguh melakukan dakwah.

Antara dalil yang penulis mahu kongsi dengan kawan-kawan adalah:

“Dan peliharalah diri kamu dari fitnah (siksaan) yang tidak hanya menimpa orang-orang zalim dikalangan kamu, ketahuilah bahawa Allah sangat keras siksaannya” Surah Al-Anfal: 25

Jeng-jeng. Nampak tak? Kalau ada orang-orang yang mengingkari perintah Allah, bukanlah hal dia sahaja. Dia sahaja yang ingkar, maka dia sahaja terkena bala. Sebenarnya tidak. Sesiapa sahaja yang berada disekelilingnya akan terkena sama.

Ok lah, untuk lebih memahami, mari penulis bawakan satu contoh.

Biarlah saya nak berkapel. Suka hati saya lah nak meniru dalam peperiksaan. Apa awak kalut? Bayangkan kalau dalam sebuah populasi per 100 manusia, lebih dari 80% yang mengeluarkan kenyataan seperti ini.. Apa maksudnya?

Maksudnya betapa berleluasanya maksiat dan keingkaran pada Allah. Sebelum cakap lagi panjang, mesti ingat ye, maksiat bukan hanya berkapel dan meniru dalam peperiksaan. Bercakap bohong, mengumpat, mengata, mengabaikan solat.. juga termasuk dalam maksiat pada Allah. Apa sahaja perbuatan dan perkataan yang menunjukkan anda telah menderhaka pada Allah.

Apabila maksiat telah berleluasa, makanya?? Tidak selamatlah lagi kita di dunia ini kan. Maka turunlah bala Allah. Lebih-lebih lagi bila orang mukmin sudah pun memberi peringatan agar bertaubat, tapi kita buat DEeeK je..

Isnin, 22 November 2010

Mataku matamu itu milik Allah

Sebelum memulakan penulisan kali ini..

Jom kita tengok-tengok dulu segala contoh dibawah:

“Wawhaow.. hensem nye dia! Rambut smart habis! ” Bisik seorang wanita pada rakannya.

“Fuyiooo cantek giler ah dia pakai baju tu. Tak pernah tengok weh!” Kata seorang lelaki yang sedang menunggu bas di tepi jalan kepada rakannya.

“Katakanlah pada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” Surah An-Nur ayat 30.

“Katakanlah kepada perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka dan memelihara kemaluannya dan janganlah kamu menampakkan perhiasan kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutuskan kain kerudung ke dadanya...” Surah An-Nur ayat 31.

Bila kita lupa, ada sahabat yang mengingatkan. Bila sahabat kita lupa, kita pula yang menjadi pengingat.

Jika kita tidak tahu, kawan-kawan yang tahulah yang akan memberitahu. Jika kita tahu, kitalah yang bertanggungjawab memberitahu pada kawan-kawan yang tidak tahu.

Dan inilah cara kekuatan ummat Islam terbina.

Jika kita dan kawan-kawan sama-sama tahu dan ingat, itulah kekuatan maksimum yang ada pada sekumpulan manusia yang beriman.

Tapi jika kita dan kawan-kawan, sama-sama tahu dan ingat, tetapi sengaja melupakan.. Maka tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran ummat Islam. Allah tidak akan rugi dengan keingkaran kita, bahkan kitalah yang akan musnah dan rugi besar kerana tidak mentaati Allah.

Sekian. Jumpa lagi.. Semoga kawan-kawan sentiasa bahagia disamping Allah tercinta.

Ahad, 21 November 2010

Surat cinta untuk orang tengah sedih

Wahai rakan-rakan sekalian.. Aku tahu ada yang sedang bersedih. Ada yang sangat berserabut dan runtuh semangat kerana masalah yang hadir. Kerana beban yang datang dirasakan tidak lagi dapat ditanggung.

Dan aku tahu, ada rakanku yang cuba menafikan rasa sedih itu kerana tidak mahu ia mengganggu perjalanan hidupmu yang penuh dengan tanggungjawab dan amanah.

Walau sebesar mana pun kesedihan kamu wahai rakanku, ALLAH masih ada mendengar segala rintihanmu. Siapa pun sahabat kamu yang mendengar, dia tetap seorang manusia. Sahabatmu itu tidakkan mampu membantu dalam semua urusanmu. Tapi ALLAH PASTI MAMPU. YAKIN dan PERCAYALAH.

Sedih, pasti kerana banyak sebab. Walau apa pun sebab itu, ALLAH PASTI TAHU MENGAPA KAMU MENGALIRKAN AIRMATA ditempat solat. Iya rakanku. AKU PERCAYA dan YAKIN ALLAH SANGAT TAHU dan FAHAM. Yang lebih penting.. ALLAH SENTIASA berada DEKAT dengan aku dan kamu untuk mendengar segala rintihan kesedihan hambaNya.

Jika ALLAH YANG MAHA MULIA, YANG SATU-SATUNYA LAYAK DISEMBAH, mendengar dan memahami kesedihan kita.. Adakah ia tidak cukup untuk mengembirakan kita?

Umpamanya, seorang rakyat yang miskin, hina dina, tidak empunya apa-apa datang mengadu kepada perdana menteri yang jadualnya sibuk sepanjang tahun. Dan perdana menteri tersebut meluangkan masanya untuk mendengar segala aduan rakyatnya. Alangkah gembiranya rakyat tersebut. Lebih-lebih lagi jika perdana menteri telah menjanjikan suatu tindakan untuk membantu.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa, apabila dia berdoa padaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran”

Al-Baqarah: 186

Dan yang lebih penting, kesedihan kamu itu sebenarnya sekejap sahaja. Kerana dunia ini akan hancur.. Membawa bersama segala kehidupan sementara yang telah menyedihkan hatimu itu. Kamu akan bertemu kegembiraan yang kekal. Jika kamu bersabar. Sabar yang dituntut juga bukanlah sesuatu yang lama dan kekal. Hanya sementara. Sementara kita masih berjalan dimuka bumi ini.

Andai kamu kecewa kerana perbuatan manusia yang sentiasa menghampakanmu, sedarlah manusia sememangnya tidak mampu memenuhi semua harapanmu; walaupun dia seseorang yang kamu anggap sahabat. Kecewamu itu tidak akan panjang wahai rakanku, kerana kecewa itu hanyalah didunia. Dunia ini sementara wahai rakanku.

Kamu bersedih kerana salah manusia lain selama kamu mengenali/tidak mengenali dia?.. Usahlah bersedih lagi, kerana kamu dan dia sama-sama akan bertemu YANG MAHA PENCIPTA tidak lama lagi. Pembelaan Allah adalah PASTI.

Usahlah bersedih lagi di dunia yang sekejap ini. Kerana kamu PASTI akan mendapat pembelaan dari ALLAH, Tuhan Yang Maha Besar.

Teruskan urusan akhiratmu didunia ini. Pastikan segala urusan dunia itu menjadi bekal diakhirat kelak. Sedih itu akan terubat dengan imanmu pada ALLAH dan hari akhirat. Insya Allah.

Sabtu, 20 November 2010

Kesan dosa dalam hidup 2

Dari terjemahan tulisan ibnu Qayyim Al-Jauzi.

Dosa menyebabkan:
  • Terhalang perjalanan sebagai seorang hamba
  • Terpesongnya jalan menuju Allah
  • Tidak mampu meneruskan perjalanan kepada Allah
  • Mundur kebelakang
  • Menghijab perjalanan kepada Allah
  • HILANGNYA KEKUATAN HATI

Akhirnya tidak bertenaga lagi.

Ini adalah seksaan Allah pada orang yang berdosa. Dan ia adalah keadaan yang susah untuk disusul semula.

Setelah lemah datanglah penyakit:

  • Kegundahan dan kesedihan
  • Lemah dan malas
  • Takut dan bakhil
  • Hutang yang berat dan dipaksa orang lain (ditindas)

Dosa juga menyebabkan, seorang hamba itu
  • Terkena bala
  • Ditimpa kecelakaan
  • Suratan takdir yang buruk
  • Keghairahan musuh terhadap kita
  • terdedah pada kemurkaan Allah dan menjemput seksaan untuk datang.
Apakah kita masih mahu memandang remeh dosa yang telah kita lakukan?

Jumaat, 19 November 2010

Persaudaran seaqidah

Nilainya lebih besar dari persaudaraan pertalian darah. Tapi persaudaraan pertalian darah itu tidak akan putus kerana berbeza aqidah. Haa mesti ingat tu tau..

“Dan taatilah Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berselisih kerana ia menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh Allah beserta dengan orang yang sabar” 
Al-Anfal:46

“Dan DIAlah (ALLAH) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidakkan akan dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah lah yang telah mempersatukan hati mereka, Sungguh dia Maha Perkasa Maha Bijaksana” 
Al-Anfal: 63

Perasankah kita adanya dua ayat Quran ini? Hmm.. jika tidak perasan, maka bukalah mata hati luas-luas masa tengah baca Quran tu ye.. hehe. MATA HATI TAU. Bukan mata anatomi tu..

Khamis, 18 November 2010

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik”

Al-Ankabut: 69

Apakah itu jalan-jalan Kami?

  1. Mereka yang berusaha berdasarkan ilmunya, maka Allah akan tunjukkan jalan untukknya memperoleh ilmu-ilmu baru.
  2. Mereka yang bermujahadah mencari ilmu, maka Allah akan tunjukkan padanya jalan untuk beramal.
  3. Mereka yang bersungguh-sungguh bertaubat, Allah bukakan jalan keikhlasan
  4. Mereka yang bermujahadah melakukan ketaatan, Allah tunjukkan jalan pahala dan ganjaran..

Sabda Rasulullah,
“Tidak beragama seseorang kamu sehingga ia menjadikan hawanafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran Islam). 
HR Muslim.

Tahu tak nak lawan hawa nafsu itu susah? Memangla.. Kalau orang putih cakap 'of coursela'..

Tapi tak boleh hapuskan terus, sebab sesetengahnya ada manfaat untuk beribadah dalam hidup. Kena kawal. Macam kita kawal budak kecillah. Kalau terlalu kawal, nanti dia jadi memberontak atau pasif. Tapi kalau kurang kawal, iakan jadi sangat bermaharajalela dan pening semua orang melayan kerenah dia.

Rabu, 17 November 2010

Jom kita baca khutbah adik saya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. الله أكبر
X9 ولِلَّهِ الحمد.
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٍ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ، وَالنِّعْمَةُ الْمُسْدَاةُ، وَالسِّرَاجُ الْمُنِيْرُ.
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى حَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ نَّبِيِّ الرَّحْمَةِ وَشَفِيْعِ اْلأُمَّةِ وَعَلَى اَلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ وَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ. وقال عزّ وجلّ في سورة الكوثر "فصلّ لربّك وانْحر".

الله أكبرX3 ولِلَّه الحمد.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah.

Hari ini, sebahagian umat Islam menyambut Aidiladha atau hari Raya qurban dan sebahagian yg lain menunaikan ibadat haji bagi melengkapkan rukun Islam yang kelima. Alhamdulillah. Dengan kesempatan yang ada, mimbar ingin mengajak kita untuk sama-sama memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS.


Melalui firman Allah:


أعوذ بالله من الشّيطان الرّجيم. ربّ هب لى من الصّلحين. فبشّرنه بغلم حليم. فلمّا بلغ معه السّعى قال يبنىّ إنّى أرى في المنام أنّى أذبحك فانظر ماذا ترى قال يأبت افعل ما تؤمر ستجدنى إن شاء الله من الصبرين. فلمّا أسلما وتلّه للجبين. وندينه أن يـــإبراهيم. قد صدّقت الرّءيا إنّا كذلك نجزى المحسنين. إنّ هذا لهو البلوا المبين. وفدينه بذبح عظيم.

Maksudnya: Maka ketika anak itu sampai umur sanggup berusaha bersamanya, Nabi Ibrahim berkata “Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi aku menyembelihmu. Maka apakah pendapatmu?” Nabi Ismail menjawab “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah, insyaAllah engkau akan dapati aku termasuk daripada orang yang sabar”. Maka ketika telah berserah diri, Nabi Ibrahim membaringkan anaknya, lalu kami memanggilnya “Wahai Ibrahim! Sungguh engkau telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya demikianlah kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik". Surah As-Saffat ayat 102 hingga 107.

الله أكبرX3 ولِلَّه الحمد.

Muslimin muslimat yang di rahmati Allah.

Berdasarkan kisah Nabi Ibrahim AS dan anaknya yang dibacakan tadi, mimbar merumuskan satu formula yang diharapkan dapat kita sama-sama amalkan dalam kehidupan, bagi meningkatkan ketahanan & kesabaran ketika menghadapi kesulitan atau musibah, iaitu 3B.

“B” yang pertama ialah Bersikap Husnu-Zhan. Husnu-zhan bermaksud bersangka baik. Sikap ini penting kerana keimanan seseorang tidak akan sempurna kecuali dengan husnu-zhan kepada Allah. Persoalannya, bagaimanakah cara berhusnu-zhan terhadap Allah? Caranya ialah kita mestilah benar-benar yakin & beritikad bahawa Allah swt Maha mengetahui. Itikad atau keyakinan inilah menjadikan diri seseorang itu meyakini bahawa ada hikmah disebalik segala sesuatu yang berlaku. Hal ini kerana adakala sesuatu yang buruk pada tanggapan manusia, sebenarnya baik untuk manusia. Firman Allah yang bermaksud “Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, ia baik bagimu” Al-Baqarah ayat 216.

Natijahnya, seseorang itu mudah reda & menerima kesulitan hidpnya dengan hati yang terbuka.

“B” yang kedua ialah Bersikap sabar. Sikap sabar merupakan kaedah terbaik untuk mukmin bagi menghadapi kesusahan, kesulitan dan tekanan. Selari dengan firman Allah

, أعوذ بالله من الشّيطان الرّجيم. "وإن تصبروا وتتقوا فإنّ ذلك من عزم الأمور"
maksudnya: & sekiranya kamu bersabar & bertaqwa, maka sesungguhnya ia daripada perkara yg perlu diutamakan. Surah Ali-Imran, ayat 86.

Nabi Ibrahim AS & anaknya langsung tidak keluh kesah, cepat membantah & banyak soal terhadap ujian yang telah diberikan oleh Allah swt. Dunia hari ini menyaksikan harta dan wang ringgit bukan mudah untuk diperolehi. Namun, ia tidak bererti apabila kita berjaya memiliki harta dan wang ringgit, maka kita boleh berbelanja dengan sesuka hati. Oleh itu, dengan meneladani Nabi Ibrahim AS yg sabar utk mengorbankan anaknya dijalan Allah, maka kita juga hendaklah bersabar dalam mengorbankan harta dijalan Allah.

الله أكبرX3 ولِلَّه الحمد.

Muslimin muslimat yang di rahmati Allah.

“B” yang ketiga ialah Berdoa dan bersolat. Berdoa dan bersolat adalah pelengkap bagi kesabaran seseorang. Persoalannya apakah doa yang mustajab ataupun yang ma’thur ketika menghadapi kesempitan hidup dan selepas itu? Imam Hasan Al-Banna telah menyusun sebuah doa yang dikenali sebagai Al-Ma’thurat telah menjawab persoalan ini. Antara doa yang terkandung di dalamnya ialah seperti berikut:

اللهم إنى اعوذبك من الهمن والحزن واعوذبك من العجز والكسل واعوذبك من الجبن والبخل واعوذبك من غلبت الدين وقهر الرجال.
Maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadamu daripada rasa sedih dan gelisah dan aku memohon perlindungan kepadamu daripada menjadi orang yang lemah dan malas dan aku memohon perlindungan kepadamu daripada sikap pengecut dan bakhil dan aku memohon perlindungan kepadamu daripada cengkaman hutang dan penindasan orang.

Justeru, berasaskan formula 3B yang telah disebutkan tadi, marilah sama-sama kita berusaha untuk mengamalkan ajaran islam dengan sepenuhnya tanpa mengira keadaan susah ataupun senang. Semoga amalan tersebut menjadi bukti pengorbanan kita demi agama Islam yang tercinta.

Firman Allah:


أعوذ بالله من الشّيطان الرحيم. يأيّها الذين ءامنوا ادخلوا في السّلم كافة ولا تتّبعوا خطوات الشّيطان إنه لكم عدوّ مبين.

Maksudnya, wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara penuh ataupun total & janganlah kamu menurut langkah2 syaitan, sesungguhnya ia adalah musuh bagimu yg nyata. Al-Baqarah ayat 208.

بارك الله لى ولكم في القرءان العظيم ونفعنى وإيّاكم بما فيه من ءايات والذّكر الحكيم وتقبّل منّى ومنكم تلوته إنّهُ هو السّميع العليم. أقول قولى هذا واستغفر الله العظيم لى ولكم، ولسائر المسلمين والمسلمات، والمؤمنين والمؤمنات، فاستغفروه فيا فوزا المستغفرين ويانجاة التّائبين.
الله أكبر X7. لآ إله إلاّ الله والله أكبر، الله أكبر ولله الحمد. أشهد أن لآ إله إلاّ الله وحده لا شريك له. وأشهد أن محمدً عبده ورسوله سيد الـخَلاَئِقِ والبشر. اللهمّ صلّ وسلّم وبارك على سيّدنا محمد وعلى ءاله وصحبه أجمعين. أمّا بعد، فيا عباد الله، إتّقوا الله وكونوا مع الصّدقين. واعلموا أنّ الله سبحانه وتعالى أمركم بأمر بدأ فيه بنفسه وثَنَّى بملائكة الـمُسَبِّحةِ بِقُدسِهِ.
الله أكبر 3X ولله الحمد.

Muslimin Muslimat yg dirahmati Allah.

Pada hari ini, marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat & salam ke atas baginda nabi saw. kerana telah menyampaikan islam kepada kita melalui berbagai bentuk dan pengorbanan yg memerlukan jihad.

قال الله تعالى في كتابه العزيز أعوذ بالله من الشيطان الرّجيم إنّ الله وملائكته يصلّون على النّبىّ يأيها الذين ءامنوا صلّوا عليه وسلّموا 
 تسليما

Maksudnya: sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat keatas nabi saw, wahai org yg beriman, berselawatlah kamu kpdnya serta ucapkanlah salam sejahtera dgn penghormatan yg sepenuhnya.

اللهمّ صل على محمد وعلى ءال محمد كما صليت على إبراهيم وعلى ءال إبراهيم. وبارك على محمّد وعلى ءال محمد كما باركت على إبراهيم وعلى ءال إبراهيم في العلمين إنّك حميد مجيد. اللهمّ إنّا نعوذبك من الهمن والحزن ونعوذبك من العجز والكسل ونعوذبك من الجبن والبخل ونعوذبك من غلبت الدَّين وقهر الرِّجال. اللهم قدس أرواح الأئمة المجتهدين والعلماء العاملين وجميع أولياء الله الصالحين الذين قضوا بالحقّ وبه كانوا يعدلون. اللهم أصلح جميع ولاة المسلمين وانصر جيوش الموحدين وأهلك الكفرة والمبتدعة والمشركين ودمر أعداءك أعداء الدين وأعل كلمتك إلى يوم الدين. اللهمّ اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك يا مولانا سميع قريب مجيب الدعوات، وقاضى الحاجات. اللهمّ اجْمَعْ كلمةَ الأمَّةِ الإسلاميةِ على الهُدَى، وقلوبَـها على التَّقَى ونيَّـــتَها على الجهادِ في سبيلك، وَعَزَائِمُها على عمل الخير. اللهمّ ألّف بين قلوبهم وأصلح ذات بينهم وانصُرْهُم على عدُوِّك وعَدُوَّهُمْ. ربّنا ءاتنا في الدّنيا حسنة وفى الآخرة حسنة وقنا عذاب النّار. عباد الله، إنّ الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغى يعظكم لعلكم تذكّرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم واشكروه على نعمه يزدكم واسألوا الله من فضله يعطكم ولذكر الله أكبر. والله يعلم ما تصنعون

Selamat hari raya Aidil adha

Selamat hari raya.. Kawan-kawan..

Ayuh kita suburkan sifat tadhiyah kita demi kebangkitan Islam.

Berapa peratuskah pengorbanan kita dalam usaha mencapai redha Allah??

10%? 20%? 30%? 50%????? atau 100%???

Tadhiyyah = pengorbanan.

Selasa, 16 November 2010

Apa itu riya?

Riya itu perkataan ARAB. Ro-ya-alif-hamzah. Maksud senangnya adalah melakukan sesuatu bukan kerana Allah..

Ha, sebelum ini, penulis ingat ke riya itu melakukan sesuatu untuk menunjuk. Tapi rupanya “melakukan sesuatu untuk menunjuk” itu hanyalah salah satu dari cabang riya yang begitu luas.

Kita mesti kenal dosa supaya kita sedar untuk meninggalkannya. Kita mesti kenal pahala supaya kita tahu bila kita perlu lakukannya.

Kawan-kawan pernah tengok cerita hantu? Contohnya jeeper creepers. (Hehe betul ke ni?). Kan seram tengok dia makan jantung dan lidah orang (betul ke? –entah tak faham sangat cerita, tengok sekerat, dah menyampah sangat).

Kalau hantulah, macam-macam gambaran seram yang menakutkan supaya penonton ada “feel” gitu. Kan? Cuba kawan-kawan bayangkan, dosa kita, maksiat kita lebih dahsyat rupanya dari hantu-hantu yang ada tuh.

Hantu yang hodoh itu ok jugak sebab dia akan lari dan hilang jugak akhirnya. Tapi maksiat kita?? Jengjeng.. maksiat kita sentiasa melekat pada kita tau. Kita makan ke, kita mandi ke, kita masuk kelas ke, kita ke tempat kerja sekalipun.. Atau kita sedang duduk dipentas dihadapan khalayak ramai..

He, bayangkan, ada satu hantu berambut panjang, kusut masai, busuk, berdarah, baju tak salin sebulan asyik duduk je sebelah kita. Malah dia menjadi semakin besar dan tak kurus-kurus.. Lebih teruk lagi tak nak pergi pun. Asyik melekat je dengan kita.

Itu belum suruh bayang muka dia lagi. Cukuplah bayang macam tu kan? He seram tak sudah dah kot. Itulah perumpamaan dosa pada kita jika kita tidak bertaubat dan berazam untuk meninggalkannya. Laa?? Melalut dah ni. Patutnya nak cerita pasal riya. Tapi cerita perumpamaan dosa dalam hidup pulak..

Ok-ok, balik ke tajuk asal. Riya itu dosa jugak. Tapi lebih istimewa. Sebab apa? Sebab ia adalah hantu yang akan memakan kita.. Hehe.

Ha’a.. Macam tadi, dah cukup seram dah hantu itu ikut kita, tapi sekarang air liur dia meleleh pulak bila tengok kita. Macam nak NGAP je.. Ei takut ke tu. Itulah kita ni. Masa buat dosa tak takut sesiapa. BERANI mengalahkan pahlawan perang BADAR. Pahlawan perang badar itu takpelah berani, sesuailah sebab mereka nak mati syahid dan dapat pahala disisi Allah. Yang kita buat dosa berani jugak ni apa cerita kan.. (aiseh, ganas sangat ke?! Sori-sori. Masih belajar untuk mengurangkan ‘keganasan’).

Riya boleh memakan kita sebab apa? Sebab riya itu menyebabkan segala amal baik kita jadi lebih teruk dari sampah. Sampah pun ok lagi. Sebab ada sampah boleh recycle.kan? Mak oi, cik kak ni kenapa la menggunakan perumpamaan sampah pulak di blog yang penuh dengan bunga-bungaan ini?? Diulangi, sampah pun boleh diguna semula.

Tapi amal soleh dengan riya.. tidak boleh diguna semula.. HANCUSSS. Nak cakap berderai itu, adalah jugak sisa kan. Bukan hancur berderai. Hancur LESAP. Tak tahu pergi mana. Macam tak pernah buat. SIAP dapat dosa pulak tu. Bukan dosa sikit-sikit punya. Dosa bonus punya. Haduh-haduh. Kalau dapat pahala BONUS takpelah jugak.

Macam mana kita nak kenal riya? Kita jumpa dalam entri akan datang ok. Yang penting ingat, riya adalah melakukan sesuatu perbuatan bukan kerana Allah dan ia adalah SYIRIK TERSEMBUNYI. Benda yang SEMBUNYI ni kan bahaya.. Macam periuk api la kan.. Jalan-jalan tak perasan, tibe terpijak.. Tak pasal-pasal ilang kaki tangan..

Ok, selamat belajar semua. .

Isnin, 15 November 2010

Nilai kefahaman Islam

Besarnya masalah kerana ia berpunca dari sekecil-kecil perkara. Melarat dan melibatkan masalah negara. Akhirnya masalah dunia.

Jika seorang kanak-kanak itu tidak dididik dengan iman bahawa Allah sentiasa melihatnya, mengetahui akan segala perbuatannya.. Maka membesarlah dia menjadi manusia yang tidak jujur.

Apalah sangat kesan tidak jujur itu jika dia hanya seorang murid sekolah menengah biasa.. Hanya meniru dalam peperiksaan. Tiada kesan pada guru-guru, mahupun kawan-kawan sekelasnya.

Selepas menamatkan zaman persekolahan, dia meneruskan hidupnya sebagai pelajar universiti. Akhlaq tidak jujur itu dibawa bersama. Ia sebagai bekalan demi menempuh kehidupan sebagai siswa kampus.

Sikap tidak jujurnya telah mula memberi kesan pada orang sekeliling. Hanya dengan meniru jurnal dan sumber rujukan.. Kajian demi kajian dilakukan. Tetapi ia tidak berlaku dengan jujur. Kerana pelbagai perubahan data dilakukan agar selaras dengan keputusan kajian yang diramalkan.. Apa jadi? Terbitlah jurnal yang palsu keputusannya. Para pelajar lain telah menjadikan jurnal itu sebagai rujukan utama..

Sekarang, kanak-kanak tersebut telah dewasa. Dia akan bekerja dan bertemu masyarakat. Dia telah diundi menjadi wakil rakyat. Berbekalkan sikap tidak jujur tadi.. Dia pun menang piliharaya. Jadilah dia pemimpin. Penduduk negara menyokong dan mempercayainya..

Kanak-kanak tersebut telah menjadi pemimpin negara! Sedangkan bekalan jujur tiada bersamanya. Bagaimanakah dia memikul amanah dan tanggungjawab negara??

Segalanya bermula dengan kekurangan iman bahawasanya Allah sentiasa melihat gerak geri hambaNya.

Itu baru berbincang mengenai JUJUR. Apakah yang akan terjadi jika ihsan, toleransi (berlapang dada), ithar, amanah, sabar, sangka baik, tawadhu dan ikhlas tidak pernah diterapkan pada pembangunan seorang insan? Ini semua adalah modal pembangunan insan yang sangat penting. Insan yang bagaimakah mahu kita lahirkan jika semua ini tidak diajarkan??

Modal insan ini bukan sahaja untuk melahirkan pemimpin negara. Ia sangat penting demi melahirkan Khalifah Allah yang benar-benar memahami tanggungjawabnya sebagai hamba dimuka bumi. Membentuk para dae’i dan para pemimpin keluarga.. Serta rakyat. Walaupun hanya sebagai tukang sapu dan pengutip sampah!

Ahad, 14 November 2010

Susah melakukan tapi itulah tuntutan

“iaitu orang-orang yang berinfak, baik diwaktu lapang mahupun sempit. Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah menyintai orang-orang yang berbuat kebaikan” 
Ali-imran: 134

“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh” 
Al-Araf: 199”

“Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan diantara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kerabatnya, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah dijalan Allah dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Adakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang” 
An-Nur: 22

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih itu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat” 
Hujurat: 10.

Sabtu, 13 November 2010

Menyeru manusia kepada Allah

Hai kawan-kawan.. Asyik hai kawan-kawan je kan. Oklah, sekarang hai orang lain jugak. Hai orang lain.. ^_~

Duh, pelik pulak bunyinya. Boleh ke nak hai orang lain. Siapa yang membaca blog penulis ini, dikira kawan-kawanlah. Takkan 'orang lain' pulakkan? Maka dengan itu, "hai kawan-kawan" jugaklah jawabnya.

kawan-kawan tahu tak kewajipan kita mengajak orang lain kepada ALLAH? hmm kalau tak tahu, sekarang dah tahu. Banyak tau dalil-dalil dan nas Al-Quran yang menunjukkan kepentingan menyeru manusia pada ALLAH.

Contohnya:

"Dan perangilah mereka itu sampai tiada lagi fitnah, dan agama hanya bagi Allah semata. Jika mereka berhenti, maka tidak ada lagi permusuhan, kecuali terhadap orang-orang yang zalim"
Al- Baqarah ayat 194

"dan hendaklah ada segolongan dari kamu yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"
Ali-imran ayat 104

Haaa... banyak lagi. Ini cuma dua ayat sahaja.

Sebenarnya, penulis nak kongsi dengan kawan-kawan bahawasanya, proses menyeru manusia pada Allah bukanlah untuk "orang-orang lain" sahaja. Tapi untuk diri kita sendiri dan sahabat-sahabat seangkatan kita yang turut sama memahami tanggungjawab menyeru manusia pada ALLAH..

Maksunya apakah itu? Maksudnya, seruan kita bukan hanya untuk orang yang kita panggil MAD'U. Tetapi seruan kita termasuklah kepada orang yang bergelar DAE'I..

Hmm sapa cakap dae'i tak buat silap? Siapa cakap dae'i itu tahu segala benda? dae'i kan manusia juga.. hadola (aiseh duk beradoi pulop kat sini)

Sebelum membebel lebih jauh.. Adalah suka penulis ingatkan pada kawan-kawan pembaca sekalian dan diri penulis sendiri..


Dae'i itu KITA semualah. dan mad'u itu pun kita semua jugaklah. Ada masa, dae'i pun kena jadi mad'u jugak. Sama jugak dengan mad'u, ada masa mad'u pun kena jadi dae'i.. Tapi rasanya tak konfiuskan??

Maka dengan itu, walaupun dengan sahabat sendiri.. Jangan lupa tugas kita untuk mengajaknya bersama-sama kepada Allah. Bukan mengajak mereka pada diri kita. Semoga kita dipelihara Allah dari kesalahan sebegitu. AAAAMMIN

Jumaat, 12 November 2010

Jom tadabbur

“Maka apakah orang-orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan Tuhan kepadamu adalah kebenaran, sama dengan orang yang buta? Hanya orang yang berakal sahaja dapat mengambil pelajaran”

“Iaitu orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak melanggar perjanjian”

“Dan orang-orang yang menghubungkan apa yang diperintahkan Allah agar dihubungkan (silaturrahim) dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk

“Dan orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhannya, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat kesudahan yang baik

“Iaitu syurga Adn, mereka masuk kedalamnya bersama dengan orang yang solih dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu”

“Sambil mengucapkan; selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu. Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu

“Dan orang yang melanggar janji Allah setelah diikrarkannya, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah agar menyambungkannya (silaturrahim), dan berbuat kerosakkan dibumi, mereka itu memperoleh kutukan dan tempat kediaman yang buruk

Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi siapa yang dia kehendaki). Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) berbanding kehidupan akhirat

Surah Ar-ra’d: 19-26

Khamis, 11 November 2010

Semenjak aku tahu

Semenjak aku tahu agama itu pergaulan,
Semenjak aku tahu dakwah itu tidak akan sampai melainkan dengan pergaulan,

Semenjak aku tahu
kebaikan Islam tidak akan dirasai melainkan dengan pergaulan,
Semenjak aku tahu
Rahmat Allah itu turun melalui PERGAULAN yang baik
Semenjak aku tahu
manusia tidak akan dapat hidup tanpa pergaulan
Semenjak aku tahu
betapa pentingnya pergaulan untuk menyampaikan ISLAM

DAN

Semenjak aku tahu
Rosaknya masyarakat kerana pergaulan
Semenjak aku tahu
betapa syaitan cuba merosakkan Bani Adam dengan pergaulan

Kerana itulah AKU BERSUNGGUH-SUNGGUH membina hubungan dengan sesiapa sahaja yang aku temui. Kerana ia adalah salah satu jalan utama untuk aku menyampaikan ISLAM.

DAN

Yang sangat penting adalah.. Kerana Allah memberi peluang kita hidup, bergaul dengan manusia lain DEMI memikul tanggungjawab sebagai khalifah dan hambaNYA.

Rabu, 10 November 2010

Apa erti kemaafan?

Dendam lahir dari hati yang marah. Marah yang tidak baik maksudnya.

Dendam itu sesuatu yang berada dalam hati. Jika terlalu kuat, maka ia kan termanifestasi dengan perbuatan.

Manifestasi dendam;
  •  Tidak menyapa dan memalingkan muka serta menjauhkan diri dan memutuskan hubungan
  • Hasad; susah hati melihat kesenangan orang yang didendami dan berharap ia akan hilang
  • Gembira dengan musibah yang menimpa orang yang didendami itu
  • Menghina orang yang didendami apabila berpeluang
  • Berbicara mengenai orang yang dia dendam itu dengan cara yang tidak dihalalkan agama
  • Tidak segan menyakiti tubuh badan orang yang didendami itu asalkan hatinya puas.
Bagaimanakah melakukan kemaafan dan membuang rasa dendam?

Tetaplah melakukan sebagaimana biasa. Dan bolehlah ditambah dengan kebajikan, ihsan dan bersungguh-sungguh melawan bisikan hawanafsu dan syaitan. Insya Allah kemaafan akan datang. Orang yang melakukan begini adalah orang siddiqin.

Membalas dalam kadar yang sama adalah dibenarkan. Memberi balasan dengan adil; iaitu tidak menambah dan tidak pula mengurang. Orang yang mampu melaksanakan perbuatan sebegini adalah orang yang mendapat darjat SALIHIN.

Maka..

Kemaafan itu besar ertinya. Ia mampu mendidik jiwa yang marah menjadi lunak. Melahirkan insan yang lebih sabar dan jujur.

Kemaafan itu menyebabkan kehidupan dakwah menjadi lebih tenang kerana tiada manifestasi dendam.

Dan ia memberi ketenangan dan pengajaran pada orang yang bersalah dan tidak bersalah agar tidak mengulangi kesalahan yang sama pada manusia lain.

Alangkah besarnya erti kemaafan. Jika kita ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Bukankah kita mengharap Allah mengampunkan dosa kita?..

Selasa, 9 November 2010

Sabar itu pelbagai

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kita selalu dengar, bila orang marah.. SABAR-SABAR.
Bila orang geram, SABAR-SABAR.
Bila sedih, SABAR-SABAR.

Tapi pernah tak orang cakap SABAR-SABAR bila kita:

rasa macam kempunan sungguh nak buat maksiat.
rasa MALAS amat nak menyempurnakan solat.
rasa berat sungguh untuk melakukan perkara wajib
beban sungguh untuk melakukan kebaikan yang dianjurkan Islam..

Pernah tak??...

Wahai saudara-saudariku dijalan Allah. Sekali pun aku dan kamu tahu, aku tetap tuliskan disini, agar ia menjadi peringatan untuk kita semua..

Sabar itu perlu bukan sahaja untuk menjaga diri dari sifat yang tidak baik..

Tetapi sabar juga perlu untuk melakukan kebaikan. 
Sabar juga perlu untuk mentaati perintah Allah.
Sabar juga perlu ketika nafsu ammarah sedang mengganas.
Sabar itu penting untuk meninggalkan perbuatan yang Allah larang..

Isnin, 8 November 2010

Baku-bamu, bamu-bamu

Belum lagi tulis pape dah rasa nak tersengih-sengih baca tajuk entri kali ni. Kawan-kawan dapat agak tak apakah maksud tajuk kali ini?

Nanti kita sama-sama jawab apa maksudnya selepas ini..

Setiap dari kita dicipta Allah dengan barang amanah masing-masing. Dan barang amanah itu boleh jadi dalam pelbagai bentuk. Harta benda, wang ringgit, ilmu, ahli keluarga, diri sendiri, masyarakat dan pengikut dan pelbagai lagi.

Ada barang amanah kita boleh dikongsi bersama dengan orang lain. Ada barang amanah kita tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

Contoh barang amanah yang boleh dikongsi adalah; harta, wang ringgit, ilmu. Bukan sahaja boleh malah dalam sesetangah keadaan ia sangat digalakkan untuk kita melakukan sedemikian. Tapi ada jugak barang amanah yang tidak boleh dikongsi contohnya; isteri. Hehe. Boleh kongsi ke isteri dengan orang lain? Isteri tukan amanah jugak. Sebenarnya tak dapat nak cari barang amanah lain yang tidak boleh dikongsi. Hampir semua barang amanah yang Allah beri pada kita boleh dikongsi..

Bila cakap bab kongsi mengongsi ni, maka itulah yang lahirnya istilah, bermurah hati, bersedeqah, membayar zakat, memberi nafkah, hadiah, kasih sayang..

Tapi dengan bercakap hal kongsi mengongsi jugaklah boleh lahirnya; kedekut, bakhil, tamak (semua ini lain maksudnya), benci, dengki, rasa tidak cukup dengan apa yang ada, hasad, cemburu, pencuri dan perompak.

“Wahai orang-orang yang beriman, infaklah sebahagian rezeki yang telah Kami berikan padamu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan dan syafaat. Orang-orang kafir itulah orang yang zalim” 
Al-Baqarah: 254.

Ha.. Kan Allah suruh INFAQ. Sebenarnya kalau kawan-kawan betul-betul berminat, boleh la cari lagi apa beza infaq, sedeqah dan zakat. Mesti ada bezakan? Tapi konsepnya sama iaitu MEMBERI.

Macam cogankata Abu Saif kat blog dia: Erti hidup pada memberi.

Bukan senang manusia ciptaan Allah yang kedekut dan semulajadi tamak untuk bersifat MEMBERI. Sebab itu Allah berikan kita macam-macam motivasi dan galakkan untuk jadi orang yang memberi.

“Perumpamaan orang yang menginfaqkan harta dijalan Allah, seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai dan setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha luas Maha Mengetahui.”

“orang yang menginfaqkan harta dijalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infaqkan itu dengan menyebut-nyebut dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala disisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati”

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf itu lebih baik dari sedeqah yang diiringi tindakkan yang menyakiti. Allah Maha Kaya, Maha Penyantun”

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakkan sedeqah kamu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang mengifaqkan hartanya kerana riya’ kepada manusia dan dia tidak beriman pada Allah dan hari akhir. Perumpamaannya (orang itu), seperti batu licin yang diatasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu licin itu lagi. Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir”

“Dan perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak didataran tinggi dan disirami hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun sudah memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”

Al-Baqarah: 261-265

Ada banyak lagi ayat lain. Kalau nak rasa BESTNYA, silalah rajin-rajin baca Quran. Jangan malas-malas ye.

Jadi, maksud tajuk diatas adalah:

Barangku-barangmu, tapi barangmu adalah barangmu.

Maksudnya, kalau sahabat kita nak pinjam barang kita, atau nak guna barang kita, berilah. Kerana barangku adalah barangmu.

Tapi bila kita berhajat pada barang kawan kita, kita mesti ingat, barang itu bukan kita punya. Bila nak guna mesti minta izin dahulu kan itu adalah barang amanah dia.. Makanya; barangmu, barangmu..

Baiiiii..

Ahad, 7 November 2010

Jauh yang dekat, dekat yang jauh

Selamat pagi. Selamat bersolat SUBUH. Selamat membaca ma'thurat. Selamat membaca Quran. Ok, dah buat semua ini, baru boleh baca sambungan kat bawah.

Kawan-kawan pernah jumpa orang baru? Ala kenalan baru la. Mesti pernah kan? Tak pernah jumpa kawan tu, tapi rasa macam dah lama tak jumpa. Atau baru kali pertama jumpa, tapi macam dah sepuluh tahun tak jumpa kawan lama.. Kan? pernah kan?

Ok, satu lagi peristiwa pulak.

Eh? hari-hari jumpa. Pergi mana-mana pun jumpa. Pendek cerita memang jumpa setiap harilah. tak pernah tak jumpa pun. Tapikan, macam tak pernah kenal. Bagi salam tidak, senyum pun tidak.. apatah lagi nak layan kita bercakap.. atau bersoal jawab. Lagi lah sekali-kali tidak..

Hmmm. Itulah yang penulis mahu cakap. Yang dekat tapi sebenarnya ja-uuuuuuhhhhhh sangat. Dan Yang jauh, tapi sebenarnya de-kaaaaaattttt sangat.

Kan Allah pernah cakap, kalau kita guna segala kekayaan kita seluas langit dan bumi, untuk berbaik dengan manusia atau mempertautkan hati manusia.. takkan boleh punya.

“walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah Telah mempersatukan hati mereka”.
Al-Anfal: 63

Maka dengan itu, sedar atau tidak, ketahuilah bahawasanya, persaudaraan sesama ummat Islam itu asasnya adalah IMAN kepada ALLAH. Kalau pincang iman pada Allah, maka pincanglah ukhuwah fillah kita. 

Kawan-kawan nak tahu lebih banyak tentang ukhuwah fillah?? Hmm rajin-rajin lah membaca. Banyak contoh dalam kisah-kisah sahabat Rasulullah dahulu.. 

Sabtu, 6 November 2010

Ingin aku singkap kembali kenangan lama agar bersemi

Ingin aku singkap kembali,
Kenangan lama agar bersemi,
Inginku ulangi kisah manis,
Agar terus bersemadi.

Ingatlah aku sebagai rakanmu,
Kenanglah aku dalam doamu,
Begitu indahnya kisah dahulu,
Engkau sebagai temanku.

Apabila engkau terjaga,
Satukanlah harapanku denganmu,
Kerana ianya bakal berpadu,
Mimpi sipenunggu yang setia.

Layarkanlah impian doamu,
Sesungguhnya aku masih mengingatimu,
Sebagai kawan, rakan dan teman,
Semoga kita diberkati Allah.

Kudoakan padaMu ya Allah
agar kau bahgia, didunia dan akhirat..

Tiba-tiba teringat kawan-kawan ‘sepermainan’. Orang lain sibuk belajar, kami sibuk bermain sawah dan menjelajah belukar dan hutan sekeliling kampung. Nasyid ini selalu kami dendangkan selama tiga tahun berada di Sekolah Menengah Al-Islah. Ia mempunyai nilai, kenangan dan rahsia yang sangat banyak..

Walaupun ada yang masih mahu membuka kisah lama yang sangat pahit. Ketahuilah Allah Maha Pengampun. Sekiranya Allah TUHAN segalanya pun Maha Pengampun, maka siapalah aku untuk tidak mahu memaafkan kesilapan lalu walaupun ia disengajakan.

Semoga kawan-kawan semua bahagia di dunia dan akhirat.

Jumaat, 5 November 2010

Amat aku hargai

Ini apa yang kak susi tulis dalam facebook dia..

"ouh, khadijah, ni akak dgr ceramah imam zaid shakir. best best :) cube google dulu k. ringkasan kupasan yang sangat simple:

Kadang-kadang bila kita sudah terbuat sesuuatu dosa, kita rasa teruk sampai down sangat-sangat...atau bila yang buat dosa itu orang lain, kita rasa dia itu sungguh teruk. Padahal Allah itu dengan sifat rahmatNya, mengampunkan semua dosa, kecuali syirik.

Jadi:

1. Rasa down dan bersalah sebab buat dosa itu ok, tapi kene jadikan ia motivasi untuk benar-benar bertaubat, bukan jadi makin futur.

2. Jangan cepat menghukum orang. Kita tidak tahu mungkin dia sempat bertaubat, sedangkan kita yang dah fikir dan kata macam-macam tentang dia..... hmmmmm..."

Segala puji bagi Allah kerana memberi peringatan melalui mulut manusia lain.

Benci perbuatan dosa sahaja. Bukan pelakunya kerana kita tidak tahu mungkin dia adalah manusia yang lebih diterima amal solehnya berbanding kita yang.. hmmm...


Sebelum tu.. kawan-kawan tahu futur tu apa? Haa.. inilah masa untuk bukak kamus arab. Tak mahu bagitahu. Jom kita sama-sama belajar bahasa Arab.

Khamis, 4 November 2010

Ha kena sebijik

Ini kisah benar tau. Kisah benar di alam mimpi.. Mimpi yang akan menjadi kenyataan.

Pada suatu hari, ada seorang hamba Allah bertanya pada ibunya:

“Mak, boleh tak kita nak lupakan seseorang dengan cara kita anggap saja dia sudah meninggal dunia? Senang cerita camnilah, saya ada seorang kawan yang telah mengecilkan hati saya dengan sangat dahsyat (belum pernah orang buat saya macam ni). Setelah tahu saya maafkan dia, dia masih ulangi perbuatan yang sama. Maka untuk tidak menjadi kecil hati lagi, saya ambil keputusan untuk anggap sahaja dia sudah meninggal. Ok kah begitu? Apa yang penting dia adalah ‘seseorang’ dalam hidup saya. Mungkin saya perlukan nasihat emak"

Kemudian ibunya membalas:
“Anggap benda itu remeh saja jika berkaitan dengan peribadi & ingat pahala memaafkan adalah syurga disamping fikir cara hikmah untuk menghalangnya dari berterusan& amalkan doa mathurat meminta lindung dari 8 perkara. Nasihatlah dengan SABAR jika berkaitan dengan hak Allah”

Oleh kerana hamba Allah itu tidak berpuas hati dengan jawapan ibunya lantas dia membalas:

“Rasa macam hal peribadi. Tak boleh ke anggap dia dah mati? Kira dah maafkan la kan? Kalau berjumpa dengan dia, anggap sahaja itu kawan baru kali pertama berjumpa. Macam tidak pernah kenal siapa dia. Berdosakah jika begitu?”

Belum selang beberapa masa; hamba Allah itu merasakan ibunya masih belum memahami keadaan yang sedang dia cuba selesaikan. Maka berikut adalah mesej seterusnya:

“Tapikan mak, kita manusia ni ada hati dan perasan. Kalau dia sudah sebati dengan apa yang dia selalu buat, beritahulah bagaimana cara pun, dia tetap akan melakukan perkara tersebut (perkara yang menyebabkan saya jauh hati dengan dia). Bertahun dah dia buat begitu. Sebab itu, saya rasa; anggap dia meninggal lebih senang, sebab tak berdendam dengan dia dah. Bila anggap dia kawan baru, kita taklah ada perasaan tak elok dengan dia. Sebab kita Cuma jauh hati dengan dia yang sebelum ‘meninggal’ tu. Dia yang kita jumpa tu orang lain. Kita tak kenal dia lagi macam mana (sbb kita dah anggap dia kawan baru).

Mungkin memikirkan masalah anaknya sungguh kronik, ibunya terus menalifon.

“Mak dengar ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dia kata: Kalau kita hidup atas dunia ini dapat semua benda yang kita nak tapi satu je tak dapat.. Pengampunan ALLAH. Nak tak kita?”

Senyap.

“Mestila tak nak” jawab si anak tadi.

Maka ibunya meneruskan ceramahnya

“Kalau kita ini hidup di dunia sahaja, takpe lah juga untuk tidak mendapat pengampunan Allah. Kerana kita dah dapat segala nikmat hidup. Tapi kita hidup mesti mati. Kan? Dan mati itu menyebabkan kita akan sampai pada hari penghisaban.. Hari Akhirat, betul? maka hendak atau tidak, kita PERLU pengampunan Allah. Dan cara kita harap keampunan Allah adalah MEMAAFkan kesalahan manusia pada kita”

Tiba-tiba sang anak merasakan perlu lebih penjelasan

“Tapi, macam mana kita nak tahu yang kita ini sudah memaafkan? Bukankah menganggap seseorang itu meninggal salah satu dari manifestasi kemaafan?”

Dengan cepat si ibu menjawab

“Kenapa nak tipu diri sendiri dengan menganggap orang yang masih hidup sebagai sudah mati? Kan dia masih hidup, dan kita akan berjumpa dengan dia seperti biasa.. Dia tetap ada dan mungkin dia akan melakukan lagi perbuatan yang menyakiti kita”

(Sambil mendengar sambil berfikir, laaa tipu diri sendiri ke pulak dah macam tu??!!)

Anak masih tidak dapat memahami konsep kemaafan yang sedang ibu terangkan, lalu berkata:

Habiskan mak, macam mana nak buat? Kalau kita tidak anggap dia mati? Bagaimana mahu memaafkan, sedangkan dia SEDANG dan TERUS melakukan yang telah diketahui (oleh dia dan kita) bahawasanya dia sedang menyakiti kita?”

“Mari kita ambil satu contoh, kalau kawan kita mencuri.. Bagaimana kita nak buat? Pastilah kita tidak akan letak barang supaya dia mudah mengulang curi barang kita. Janganlah pulak beritahu pada pencuri itu –saya dah maafkan kesalahan awak- Bodohlah kita beritahu macam tu kerana dia adalah pencuri. Pastilah dia akan terus mencuri kerana tahu kita telah memaafkan dia. Usaha kita adalah, maafkan dan cari jalan hikmah...”

Belum sempat habis ceramah panjang si emak, anak sudah menyampuk..

“Mak, itu pencuri. Salah dan dosanya sangat terang. Sekarang ni yang menjadi masalahnya perbuatan itu tidaklah nampak berdosa dan salah..”

Maka ibu menjawab lagi dengan sabar

“Ha la, sama jugak, orang yang buat kesalahan yang tidak terang pun.. Untuk apa kamu beritahu yang kamu maafkan dia? Tidak perlu pun. Cuba kamu ingat, dengan dia menyakiti kamu dan kamu bersabar, bukankah itu satu jalan pengampunan dosa yang telah Allah buka untuk kamu? Dan lagi. Kamu fikir sabar itu sia-siakah? Sabar dengan perbuatan orang yang menyakiti hati kita boleh menjadi pintu untuk mendapat pahala dan membersihkan jiwa. Satu lagi. Orang yang menyakiti kita itu sebenarnya sedang mengotorkan hatinya sendiri..”

“Aik? Macam mana pulak kita sakitkan hati orang itu mengotorkan hati kita pulak? Dan satu lagi, adilkah kalau kita susah payah maafkan dia dan dia terlepas begitu sahaja. Perit kita bersabar dengan perbuatan dia?!” tanya si anak.

“Kan Allah suruh jaga hubungan sesama manusia? Dengan dia menyakiti kita, dia telah melanggar perintah Allah. Melanggar perintah Allah itukab berdosa. Bukankah begitu?”

“ooo ha’a. Betul la.. melanggar perintah Allah maksudnya berdosa. Dan dosa memanglah sifatnya mengotorkan hati. Oo ha’a la.. Macam manala saya boleh lupa pula akan hal mudah sebegitu. Kalau kita menyakiti hati saudara kita, sebenarnya kita sedang mengotori hati sendiri rupanya.. Ush, bahayanya..”

Di akhir perbualan si anak telah mendapat KELAPANGAN HATI yang sangat luarbiasa. Tidak pernah merasai sedemikian setelah berbulan-bulan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah besar yang dianggap ‘kecil’ olehnya.

Apakah kelapangan hati? Merasa senang dan tidak sempit dada dengan perbuatan orang yang menyakitkan hati kita.

Pesan terakhir ibu kepada anak tadi

“Bila jumpa dia, anggaplah Allah mahu mengampunkan dosa kita. INGAT ALLAH ITU yang PERTAMA, bukan dia yang menyakitkan hati kita itu. Allah sedang menghantar sesuatu untuk membersihkan hati kita”

Benarlah firman Allah:

“iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang” Ar-ra’d: 28

Kesimpulannya:

Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mengingati Allah dan menjadikan INGATAN PADA ALLAH sebagai yang PERTAMA sebelum perkara/orang lain.

Dan apabila kita sentiasa begini, maka tiada sesiapa lagi diatas dunia ini yang boleh menyakitkan hati kita kecuali manusia yang tidak menunaikan hak Allah dan agamanya.

Rabu, 3 November 2010

Adoi sakitnya demam

Segala pujian hanya untuk Allah.
Segala pujian hanya untuk Allah.
Segala pujian hanya untuk Allah.
Segala pujian hanya untuk Allah

Hmm dah ulang lebih dari 3 kali.. Jikalah tidak sedar lagi.. Maka tidak bisalah saya berkata apa lagi.

Kawan-kawan semua sihat? Masih stabil kesihatan? Jika sudah demam, maka cepat-cepatlah ambil ubat. ubat itu sebagai ikhtiar untuk sembuh sebelum kita berserah diri pada Allah. Tidak lah betul aplikasi tawakkal, jika tiada usaha seiring dengan rasa menyerah diri pada Allah..

Bila sakit demam, kita jadi tak lalu makan. Betul tak? Kecuali la penyakit yang buat kita jadi makan lagi banyakkan.. Ade ke?? Ada la satu penyakit tu. Tapi penulis tak ingat apakah nama penyakit tersebut. haa pendek ceritanya, hampir semua penyakit menyebabkan kita jadi tidak lalu makan kecuali penyakit tu la..

Sudah lah badan kita lemah sebab sakit.. tak lalu makan pulak dah.. Lagi la jadi tak bermaya badan kita. sebab itu lah bila kita sakit.. orang akan paksa jugak kita makan. Kalau tidak boleh makan dalam kuantiti biasa, makan jugak sikit.. Yang penting kena makan..

Hmm macam tu jugak lah dengan roh kita. Bila roh kita sakit.. Ibadah jadi tak sedap lagi dah. Kan bahaya tuh..Solat rasa berat.. Zikir tak rasa pape. Baca Quran tak rasa nikmat. Belajar jadi beban.. Iyalah sebab roh kita sakit.. Maka semua ibadah pun tak lalu nak buat..

Nak tak nak, kena paksa diri buat jugaklah kan. Buat sampai roh kita jadi sihat balik.. Sampai kita rasa solat itu sangatlah BEST. zikir itu sangat membahagiakan. Baca Quran itu sangat nikmat dan belajar rupanya sungguh melapangkan dada..

Ok setakat itu dahulu untuk hari ini.. Selamat merasai kelazatan ibadah sesedap coklat. (oh kalau tak suka coklat tak tahulah penulis nak umpamakan dengan apa)..

Isnin, 1 November 2010

Kenal diri yakin diri

Dulu-dulu zaman muda-muda, pernah dengar orang cakap.. "Bila kita kenal diri, barulah kita tak jadi tunggang terbalik"..

Hmm agaknya apalah yang akan diberitahu tentang kenal diri yakin diri ni ye?? Kawan-kawan nak tahu tak? Kalau betul nak tahu.. tunggulah ye.

Tiba-tiba penulis teringat membaca blog adik penulis.. dia telah memberikan komennya tentang penggunaan bahasa yang dahsyat dalam blog-blog yang wujud sekarang.

Mungkin ada betul juga apa yang adik penulis cakap tu. hehe (sebenarnya bukan betul juga, tapi betul sangat).

Itulah sifat manusia. Eh, blog aku. Suka hati akulah aku nak letak apa.

Jom kita duduk diam-diam kejap. Betul tak "blog aku"?? dan kalau betul lah "blog aku" betul ke "suka hati aku nak tulis apa"??

Hmm jikalau begitulah sikap kita terhadap segala barang pinjaman Allah.. Maka dengan itu marilah kita mengingatkan diri kita sendiri.. Apa pun yang ada disisi kita itu bukan milik kita. Tapi amanah yang perlu kita jaga sebaiknya..

Apa sahaja yang berada dibawah kekuasaan kita.
ANAK, kawan, sahabat
Harta material. duit, rumah, kereta..
Blog, laman web.
kepakaran
ILMU
anggota badan..
iman, agama dan kepercayaan..

sikit-sikit dah la kan.. ok jumpa lagi di lain siaran.. terima kasih kerana setia membaca..

Entri terkenal