Rabu, 31 Disember 2008

SELESAnya hidup..

YA Allah, gaza diserang.. Bukan serangan biasa-biasa. Sungguh dahsyat. Akan tetapi Palestin diserang itu perkara biasa. Cuba kalau Malaysia yang diserang? Hmm sudah tentu luar biasa. Adakah kita mahu menunggu perkara luar biasa terjadi barulah kita terkedek-kedek untuk mengambil tahu dan menunjukkan semangat kesatuan ummah?

Mahu tahu sesuatu yang ganjil tetapi benar? Selama penulis membaca akhbar utama di Malaysia, hari ini adalah hari pertama penulis mendapati isu Palestin menjadi isu hangat di dalam akhbar. Akan tetapi, itu hanya berlaku di dalam akhbar UTUSAN Melayu. Jika tidak salah lihat, hampir dua muka lebih, utusan mengulas mengenai isu Palestin, termasuk di bahagian berita dunia. Berbeza dengan Berita Harian, hanya satu muka (iaitu dibahagian berita dunia) sahaja. Manakala NST, hanya sedikit sahaja menyentuh isu Palestin berbanding The Star lansung tidak menyentuh isu tersebut.

Tidak perlu lagi penulis masukkan di sini apakah yang sebenarnya berlaku di Gaza, umumnya Palestin. Semua penduduk dunia sudah maklum. Yang ingin penulis kongsikan bersama kawan-kawan pembaca sekalian adalah, bagaimanakah sikap dan pendirian kita apabila berhadapan dengan situasi dan isu-isu sebegini..

Mengambil tahu sahaja tidak cukup. Umpama kita bertanya khabar kawan yang sedang sakit. Cukupkah sekadar kita tahu yang dia sedang sakit? BERTUAH lah kita sebagai kawan, jika kita hanya tahu rakan sedang sakit tapi tidak berbuat apa-apa. Begitu jugalah dengan isu Palestin..

Adakah sudah kira cukup jika kita mengetahui angka-angka dan statistik yang sedang berlaku di Palestin? Adakah sudah cukup dengan kita mengikuti perkembangan berita terkini mengenai Palestin?.. Jika penulis di tanya dengan soalan ini, maka penulis akan menjawab “tidak cukup”. Bagaimana dengan kawan-kawan pembaca sekalian? Secara minimumnya, bolehlah dikatakan sudah cukup baik dan bagus kita mengambil tahu pekembangan terkini yang berlaku di Palestin. Tetapi, adakah kita hanya mahu menjadi orang yang ‘cukup-cukup’ sahaja? Contohnya dalam peperiksaan atau ujian, kita mahu ‘cukup-cukup’ atau sedaya yang kita mampu capai?

Hmm begitulah juga sikap kita dalam isu Palestin ini. Apa yang boleh kita lakukan? Doa, sedeqah, sebarkan berita, timbulkan kesedaran dalam masyarakat, belajar rajin-rajin, tinggalkan amalan sia-sia yang telah menjadi rutin harian, solat hajat, tambahkan amal-amal solih.

Perasankah kawan-kawan, antara tempat yang diserang oleh Israel adalah Universiti Gaza? Adakah kawan-kawan nampak betapa pentingnya Universiti Gaza sehingga ia diserang begitu sekali oleh Rejim Zionis? Sesudah bosan menyerang masjid-masjid dan rumah kediaman, Israel menjadikan Universiti pula sebagai sasaran serangan.

Secara asasnya, kita semua memahami peranan universiti adalah melahirkan masyarakat dan individu-individu yang berilmu. Kemudian, orang-orang yang berilmu inilah yang akan berperanan dalam masyarakat, sama ada di bidang kerja-kerja profesional sehinggalah kepada memimpin sesebuah negara. Ya, orang berilmu sangat penting kepada sesebuah negara. Tiada sesuatu pun yang dapat menafikan hakikat ini. Allah pun memuliakan orang yang berilmu. Selain itu, Israel juga menghabiskan sebahagian besar dari bajet negaranya untuk pembangunan institusi pendidikan, supaya dapat melahirkan generasi berilmu. Hmm.. Israel pun mengiktiraf kepentingan ilmu. Itulah antara sebab Israel menyerang Universiti Gaza.

Palestin sudah lama diserang, Iraq pun tidak ketinggalan, ketewasan Islam di Bosnia sepuluh tahun dahulu pun tidak dapat dinafikan, Selatan Siam tidak pernah sunyi dari pergolakkan, fitnah-fitnah ke atas umat Islam seiring berlaku di indonesia.. Begitu juga dengan Filipina, orang Islam dianggap begitu asing di sana. Tinggal kita, yang berada di negara Malaysia sahaja masih seronok hidup dalam dunia sendiri.

Tidak sedarkah kita, Islam diancam disegenap penjuru?

Kita masih gembira dengan cerita-cerita baru yang ditayang di pawagam.
Sedangkan umat Islam di negara lain sedang sibuk mempertahankan diri menyelamatkan maruah dan agama mereka.

Kita memaksimumkan penggunaan masa dengan berbual kosong, tidur dan bermain-main. Sedangkan umat Islam di negara lain sedang bertungkus-lumus berfikir mencari jalan untuk menjadi syahid.

Perut kita sentiasa kita penuhkan dengan pelbagai jenis makanan kegemaran yang kita sentiasa ‘kempunan’, tetapi umat Islam di tempat lain tidak sempat berfikir apakah makanan yang boleh dimakan pada waktu makan nanti.

Kita di UIA, belajar dalam kelas sambil mengantuk kerana sejuk dan nyamannya suasana kelas, tetapi umat islam di Palestin terpaksa berdepan dengan senapang dan tembakkan peluru semasa ingin ke sekolah menuntut ilmu.

Tidak terasa apa-apa kah wahai saudara-saudara ku di Malaysia? Saudara kita di Palestin di tembak, di bom, di siat, di musuhi, adakah kita di Malaysia ini masih mahu bermalasan dalam solat? Tidak menghiraukan dosa pahala apabila melakukan sesuatu? Adakah kita masih mahu menurut segala kehendak hawa nafsu kita? Marilah kita renung sejenak, bagaimanakah sikap kita terhadap isu Palestin.. Renunglah dan bertindak. Jangan renung sahaja.. Sia-sia pulaks..

Lakukan sesuatu yang kita mampu. Supaya kita mampu membuktikan kepada Allah di akhirat kelak, bahawa kita benar-benar menjalankan tugas sebagai KHALiFAH-NYA di muka bumi ini.

Selamat beramal..

Selasa, 30 Disember 2008

Eh sama?! 2

Itu baru fasal nama.. Cuba pulak kalau sama dalam hal-hal lain? Kekadang kita ni tidak suka dikatakan sama dengan orang lain.. Betul tak? Nanti tidak ori lah kan? Contoh nya bila ada orang pakai baju sebijik macam kita, kita mula lah pandang semacam dengan orang tu. Contoh jer ni, kekadang tu bila nampak sama je dengan orang, cepat je kita nak tukar supaya kita jadi ‘unik’ semula.. Yea lah takut hilang ke unik kan diri sendiri (misalnya lah).. eh kalau terkena batang hidung sesapa maaf lah ek.. ini perkara biasa terjadi pada manusia. Dan kalau tak de kena mengena dengan sesiapa buat apa penulis tulis, jadi tak berfaedah la pulak nanti.. uiks, lencong pulak dah.

Sebenar nya penulis nak beritahu kengkawan, sama dalam perkara yang baik-baik tidak mengapa, orait saja.. Sama dalam perkara yang tidak baik dan maksiat itu yang tidak boleh nyerrr. Nampak? Perkara yang nak di jelaskan pada kengkawan adalah..

  1. Kalau orang itu sama dengan kita dalam hal yang baik-baik, samada sebab dia tiru kita atau memang kebetulan sama.. Maka tak perlu lah kita bimbang hilang ke unik kan diri sendiri.. (lainlah kalau persamaan itu akan menjejaskan maruah atau agama kita). Sebab, bila kita baik, orang tiru, kita pun dapat saham pahala, kalau kebetulan pulak, ia boleh menjadi kekuatan kepada kita untuk terus menjadi baik dan lebih lagi..
  2. Kalau orang itu sama dengan kita dalam hal yang buruks dan tidak elok, sebab kebetulan, maka adalah baik jika kita ubah saja yang tak elok itu supaya tidak sama dengan dia dan boleh ajak dia sama-sama berubah dengan kita...
  3. Dan Kalau orang itu sama dengan kita dalam hal yang buruks dan tak elok, sebab dia meniru kita.. HAMPEH sungguh lah kita.. Sebab kita jadi orang yang melaksanakan amar mungkar..(mengajak kepada perkara mungkar).. Kalau jadi gini, kita memang WAJiB ubah diri sendiri dan ajak orang yang dah meniru kita itu supaya kembali kepangkal jalan..
Bersambung

Isnin, 29 Disember 2008

T T

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati,
Kepada manusia yang alpa jua buta,
Lalu terheretlah, aku didorong gelisah,
Kian hati yang berdarah, kini jadi kian parah.

Semalam sudah sampai ke penghujungnya,
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu,
Tak ingin lagi ku ulangi kembali,
Gerak dosa yang menghiris hati.

Tuhan walau taubat ku sering ku mungkir,
TApi rahmat Mu melangit luas..

p/s: ni lirik lagu jugak, tapi tak ingat semua.. jangan lupa tobat yea..

Ahad, 28 Disember 2008

Allah berada di mana-mana

Allah itu satu tanpa rupa
TIdak berteman dan tidak berputra
Tidak beribu dan tidak berbapa
Iaitu Allah tuhan yang Maha Esa.

Ikan warna warni,
Aneka tanaman,
Siapa yang menciptakan?

Gunung yang menjulang,
Lautan yang dalam,
Langit yang terbentang,
Jutaan bintang-bintang,
Semua Allah yang menciptakan..

Hanya Dia yang kita Sembah,
Allah Maha Pencipta..

p/s: sapa yang kenal lagu ni jangan mare yea kalau salah lirik..

Sabtu, 27 Disember 2008

Eh sama?!

“ Macam mana ya saya nak jadi lain dari yang lain? Susah jugak nak buat trademark sendiri nihh.. Fikir punya fikir akhirnya dapat lah satu idea. Bila dah buat tengok-tengok ada orang buat sama cam kita buat. SEBiJiK pulak tu..”

Pernah tak mengalami pengalaman seperti begini? Kita jadi sama dengan orang lain? Tak kesah sama dari segi fizikal, penampilan, personaliti, gaya percakapan, kebolehan, tumpuan, nama, asal, keturunan dan pelbagai lagi..

Kita boleh jadi sama tapi tak serupa dengan orang lain hanya di sebab kan oleh dua perkara:

  1. Memang kebetulan sama..
  2. Kita meniru atau orang itu yang meniru kita..

Ada punca lain?? rasa cam tak de dah. Bagaimana kah perasaan kawan-kawan bila jumpa orang yang sama dengan anda semua?.. Okaylah penulis terasa seperti ingin berkongsi cerita dengan kengkawan fasal ni. Zaman penulis sekolah dulu, penulis selalu mengikuti program-program peringkat nasional. Jadi penulis berpeluang untuk berjumpa ramai orang dari macam-macam negeri, daerah dan tempat. Memang seronok jumpa ramai kenalan ni.

Penulis dapat belajar macam-macam, tak kira lah ilmu dunia atau akhirat.. Eh melalut pulaks. Sambung balik. Dalam ramai-ramai manusia dari seluruh negara tu (yang penulis jumpa tiap-tiap tahun tu), mesti ada kenalan baru yang bernama sama dengan penulis. Tahu tak, bukan satu tapi lebih dari lima orang. Semua nya datang dari negeri yang berbeza.. yang lagi menarik tu, kesemua mereka berumur sama dengan penulis kecuali seorang.. Itu zaman dulu.. Zaman sekarang pulak penulis ramai sungguh orang yang memiliki nama sama dengan penulis.. Apa perasaan penulis jumpa ramai sangat orang yang sama tapi tak serupa ni?? –penulis tak nak beritahu kengkawan- nanti di hujung penulisan ni baru penulis bercadang nak beritahu..

Rabu, 24 Disember 2008

i like Muhasabah..

Bismillahirrahmanirrahim. Setelah menerima pelbagai komen, teguran dan cadangan, penulis mengambil sedikit masa untuk berfikir dan muhasabah akhirnya penulis mengambil keputusan untuk menukar pendekatan yang di guna kan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang ikhlas memberi nasihat dan cadangan. Ia sangat berguna untuk orang yang kurang pengalaman dan ilmu seperti penulis. Kawan-kawan pembaca ingin mengetahui apakah perubahan nya? Terus kan mengikuti penulisan penulis dalam blog ini dan anda akan tahu apakah perubahan tersebut.

Semasa entri ini di keluarkan, ia telah di tulis oleh penulis lebih kurang seminggu dari tarikh yang tercatat di atas.. Di awal pembinaan blog ini, penulis langsung tidak tahu bagaimana menggunakan perkhidmatan blog yang tersedia dalam gmail. Tetapi di atas desakan dan kesedaran penting nya dakwah ilallah melalui penggunaan blog, penulis kuatkan semangat untuk belajar dan memahaminya. Terus terang penulis kongsikan dengan kawan-kawan pembaca, bahawasanya, penulis telah berazam di awal pembinaan blog ini, penulis hendaklah seboleh-boleh nya tidak menceritakan apa-apa mengenai diri penulis kerana beberapa sebab di antaranya:

1. kerana tujuan utama penulis mewujudkan blog adalah untuk membantu rakan-rakan yang masih samar-samar untuk mengenali siapakah Allah.

2. Supaya Allah menjadi yang utama di dalam hati rakan-rakan pembaca.

3. Berkongsi ilmu mengenal Allah yang telah penulis perolehi.. supaya rakan-rakan pembaca merasai kehadiran Allah sebagaimana penulis merasai kehadiran Nya.

4. Belajar menulis untuk mengasah kemahiran menulis yang tidaklah seberapa ada pada penulis.

Itu lah antara sebab utama penulis berusaha untuk menjadi kan blog ini wujud. Inilah juga sebab yang menguatkan keazaman penulis supaya tidak menceritakan apa-apa mengenai diri penulis. Sebab penulis merasakan menceritakan hal diri adalah tidak bermanfaat pada orang lain.

Walaubagaimanaun, setelah hampir dua bulan menggunakan blog ini penulis merasakan ada sesuatu yang perlu penulis kongsi dengan kawan-kawan pembaca mengenai diri penulis. Bukan lah untuk mengajak kawan-kawan kepada diri penulis tetapi, mengambil pengajaran dari pengalaman orang lain adalah antara cara paling cepat dan berkesan untuk kita belajar dan matang dalam kehidupan. Lebih banyak pengalaman yang di dedahkan pada kita, maka lebih banyaklah perkara yang kita dapat belajar dalam masa yang singkat. Belajar dari pengalaman memerlukan masa, kerana setiap pengalaman yang berlaku itu bergerak mengikut masa selain menuntut masa tambahan untuk proses penyerapan dan pembelajaran. Maka, belajar dari pengalaman orang lain akan menjimatkan masa kita supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama serta memperbaiki mana-mana kecacatan yang ada pada pengalaman orang. Dan masa yang telah di jimatkan itu boleh digunakan untuk menyebarkan agama Islam kepada orang lain, melakukan amal-amal solih yang telah ditetapkan agama, melakukan amar ma’ruf nahi mungkar atau apa-apa lagi yang seumpamanya.

Apa yang penulis ingin kongsi dengan kawan-kawan pembaca mengenai diri penulis? Pada suatu hari semasa cuti yang lalu, penulis mencuri sedikit masa untuk membaca surat-surat yang ada dalam peti e-mel ayah. Memang banyak. Kerana hobi penulis adalah membaca, maka membaca surat ayah juga termasuk dalam senarai bacaan penulis selain dari buku-buku yang berderet di rumah (masih banyak lagi yang belum di baca, semuanya tebal-tebal. Kalau nipis pun isi nya pula ‘berat’, ambil masa untuk mencernakannya). Aktiviti membaca pada hari tersebut dilakukan sebaik sahaja penulis pulang dari melawat jenazah kawan mak yang baru meninggal dunia pada maghrib semalamnya (18 Dis 2008). Aktiviti bacaan yang penulis lakukan pada hari tersebut sangat lama sehingga penulis terlalai dari melakukan kerja harian iaitu mengemas rumah dan membantu mak memasak..

Apa yang penulis ingin sampaikan di sini, adalah kesan membaca surat-surat ayah. Kawan ayah semua nya aktivis dakwah.. isi surat-surat ayah tidak dapat penulis kongsi kerana ia adalah RAHSIA. Apa yang boleh di kongsi adalah kesannya dan pengajaran yang penulis dapat:

1. Teguran yang datang dari orang yang ikhlas kerana Allah memang sangat bermanfaat. Kata orang ‘dari hati sampai ke hati’.

2. Budaya tegur-menegur dengan keimanan hanya dapat di lihat dikalangan orang yang benar-benar meletakkan Allah sebagai perkara utama dalam hidupnya. Selain orang yang menjadikan TARBIYYAH sebagai jalan untuk diri nya menjadi hamba Allah yang solih dan muslih.

3. Kesungguhan orang yang beriman menjalankan peranan nya sebagai Khalifah Allah sebaik mungkin dalam keadaan manusia lain sibuk dengan hiburan, pergaduhan dan leka dalam dunia sendiri.

4. Sikap toleransi dalam berorganisasi sangat membantu proses melakukan dakwah. Maksudnya penerimaan setiap aktivis dakwah bahawa hakikat kita sebagai manusia punya kesalahan dan kelemahan yang perlu di perbetulkan dengan cara dan gaya yang sesuai mengikut tuntutan agama. Selain itu, sikap toleransi itu berjaya menghasilkan suasana ‘saling lengkap melengkapi’ dalam melaksanakan gerak kerja dakwah.

5. Sikap tolong-menolong yang di aplikasi kan oleh aktivis dakwah dalam menghadapi cabaran dan mehnah yang ada di sepanjang jalan dakwah menyebabkan ramai dikalangan aktivis dakwah bertahan lama melakukan kerja-kerja dakwah.

6. Memahami setiap daie itu mempunyai halangan dan cabaran yang berbeza ketika berada di atas jalan dakwah.

Banyaklah lagi perkara lain yang penulis dapat dari bacaan dan ia boleh disimpulkan dengan beberapa perkataan:

1. Keikhlasan

2. Ukhuwah

3. Hidayah Allah

4. Hasil tarbiyyah

Itu perkataan yang penulis pilih untuk dimenjelaskan dengan lebih terang apa yang penulis ingin kongsi kan dengan kawan-kawan pembaca. Keikhlasan. Hampir menjadi suatu kebiasaan apabila kita ingin melakukan amal solih, ustaz-ustaz akan berpesan “kita mesti ikhlas bila melakukan amal solih”. Tapi sejauh mana kita menghayati praktikal ikhlas? Keikhlasan yang wujud dalam diri daie sangat membantu diri nya untuk terus melakukan dakwah walauapa pun cabaran yang datang. walau apa pun kesukaran yang datang. Ikhlas tidak datang secara percuma dan bergolek. Ia datang dengan latihan atau bahasa Arabnya di panggil tarbiyyah. Dan seperti biasa, hasil latihan tidak akan membuah sebaik sahaja kita melakukan sesuatu latihan. Ia memakan masa. Dan masa yang di gunakan bergantung pada kemampuan diri seorang daie untuk menghadamnya.. Ikhlas.. Marilah berusaha untuk sentiasa Ikhlas. Jarang-jarang ikhlas itu biasa..

Yang kedua ukhuwah.. penulis sudah pun menceritakan hal ini dalam pos yang lalu. Rasanya tidak perlu di ulang dalam entri ini kerana entri ini sudah cukup panjang untuk menjulingkan mata rakan-rakan pembaca. Ketiga.. Hidayah Allah. Penulis selalu dengar guru-guru penulis berkata “hidayah Allah tidak akan datang bergolek”. Ini memang ciri-ciri hidayah Allah. Tapi ada satu lagi ciri hidayah Allah iaitu, hilang jika di abaikan. Aktivis dakwah yang ikhlas kerana Allah adalah antara pembuka laluan datang nya hidayah Allah. Apabila hidayah Allah datang, dan diterima, ia akan datang lagi dan lagi dan lagi.. Sehingga kita terasa “Ya Allah, memang Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang”. Seandai hidayah Allah datang dan di abaikan, maka kedatangan nya kembali akan menjadi sukar. Ia seperti kita mencari satu kesalahan menaip dalam tesis setebal 5000 muka. Maka jangan abaikan hidayah Allah. Ambil dan manfaatkan nya apabila ia datang.. Allah tidak akan mensia-siakan pekerja-pekerja dakwah yang ikhlas.

Yang terakhir.Hasil tarbiyyah.. Ya memang lambat. Kerana latihan memakan masa. Ia tidak akan berhasil sekelip mata. Tamadun Islam yang suatu masa dahulu telah wujud kerana adanya latihan dan proses ‘rekrut’ atau proses tarbiyah yang disemai semenjak zaman Rasulullah. Lama~. Sungguh lama dan memakan masa. Tapi janji Allah tetap akan di penuhi. Daie yang ikhlas, punya kesedaran ukhuwah fillah, dan sentiasa dahaga kan hidayah Allah adalah hasil dari tarbiyyah. . Latihan itu penting.. Memang ada Allah jadi dia sebagai ‘born daie’ tapi itu hanyalah 1 dalam sejuta. Kebanyakan nya perlu di latih dan didik untuk menjadi sebenar-benar daie.

Owh, maaf, penulis mengarang hingga tanpa menghiraukan kefahaman kawan-kawan pembaca mengenai isi, istilah dan perkataan yang di gunakan..

Tulisan ini tidak hanya ditulis untuk mereka yang mengenali bahasa Arab dan dakwah. Ia juga ditulis untuk orang yang tidak memahami apa itu dakwah. Dakwah itu maksudnya menyeru dan seruan ini adalah seruan kepada Allah.. Jadi kita semua termasuk dalam dakwah. Tak kisah lah kawan-kawan pembaca seorang pelajar, seorang pekerja, seorang pelakon, asalkan bernama orang, kita semua termasuk dalam dakwah. Di ulangi, seruan kepada Allah itu tidak tertakluk kepada orang tertentu atau individu tertentu.

Kepada kawan-kawan yang merasakan bacaan bukan untuk dirinya, perbetul segera.. Tulisan ini untuk semua. Jika ada kesukaran untuk memahami, bertanya lah. Penulis berbesar hati untuk berkongsi dan menjawab kemusykilan.

Penulis berharap kawan-kawan juga akan belajar sesuatu dari penulisan ini..

Segala yang tertulis ini lah yang menyebabkan penulis mengambil keputusan untuk mengubah pendekatan dalam blog ini..

Jumpa lagi.

p/s: kaedah pos berjadual akan terus digunakan oleh penulis. Maksudnya kekerapan posting penulis adalah dua kali seminggu secara automatik. Berbanding sebelum ni, dengan kekerapan sehari satu pos..

Selasa, 23 Disember 2008

SiBUKS dan Bosan 5

Dengan itu tiga sebab pertama (kenapa kita jadi bosan) dalam senarai sudah di ‘selesai’ kan.

Iaitu: Bila perlu melakukan sesuatu secara berulang, ketahuilah sebabnya, pelbagai kan cara melaksanakannya, ingatlah ganjaran yang telah dijanjikan Allah pada kita.. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SEKALI-KALI MENYALAHI JANJI Nya.

Oleh itu kengkawan, marilah kita sama-sama jangan rasa bosan solat, puasa sunat, bangun malam, ajak orang buat benda baik, cegah orang buat benda mungkar dsb nya...

Bila takde kerja sangat nak buat tu.. sebenarnya bukan takde kerja nak buat.. tapi kita sendiri yang malas nak fikir apa kerja yang sepatutnya kita buat. Penyelesaian untuk ini mudah sahaja

“Kewajipan -Tanggungjawab- lebih banyak dari masa yang kita ada”

(Hassan Al-Banna, Pengasas Ikhwan Muslimin)

DAN JADILAH ORANG RAJIN..

‘Tak memahami mengapa kerja itu perlu dilakukan’ tu pulak sudah di jawab dalam entri-entri sebelum secara tidak lansung..

Seterusnya, kalau bosan di jadikan hobii, syaitan pun tak layak dijadikan sahabat kita.. Maksudnya, syaitan pun tak bosan menghasut dan menyesatkan kita.. Kita akan jadi lebih teruk dari syaitan kalau kita jadi ‘pembosan’.

Mahu jadi orang sibuk atau orang bosan?? Hmm pilih lah sendiri.. Kita memang diciptakan atas dunia ini supaya memilih antara dua jalan..

BEriMAN atau KUFUR..

beramal solih atau melakukan maksiat,

gembira atau sedih,

amanah atau khianat

sibuk atau bosan...

YA.. pilih-pilih.. sila-sila.. kehidupan yang macam mana kita mahu.. Penulis hanya membantu kengkawan untuk memilih, diri kita masing-masing lah yang menentukan pilihan dan membuat keputusan..

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah Nya semasa kita membuat pilihan.

Isnin, 22 Disember 2008

SiBUKS dan Bosan 4

Okai, selesai fasal sibuks.. Sekarang fasal bosan pulak. Sebab apa kita bosan? Pada pendapat penulis Cuma ada empat sebab kita rasa bosan:

1. kena buat sesuatu kerja itu berulang-ulang kali sampai tak larat nak ulang

2. dah tak de kerja sangat nak buat

3. tidak memahami mengapa sesuatu kerja perlu dilakukan

4. HOBi

Lawan sibuk adalah bosan. –tak semestinya- ni cuma teori rekaan penulis saja.. Ibu penulis selalu pesan “orang Islam tak pernah rasa bosan”.. kenapa?? “sebab kita orang Islam banyak kerja nak buat”.. Lepas ibu penulis kluarkan statement macam ni, penulis dah tak berani nak cakap perkataan bosan atau boring sembarangan di rumah (tempat lain berani lagi..haha ~eh tak sopan pulak~ ..hihi.. ~hmm ni sopan sikit~) .. Bila fikir-fikir, memang betul pun.. Kita orang Islam ni banyak kerja.. kenapa pulak kita nak rasa bosan? Tahu tak kerja kita yang banyak tu apa??

1. ibadah wajib

2. ibadah sunat

Bulih tak kengkawan senarai kan banyak mana ibadah wajib dan sunat yang ada? Haaa.. tak tersenarai lerrr.. BANYAKSSS..Semua amal baik di sertai niat kerana Allah adalah ibadah. So??apa tunggu lagi tuu?

Kalau bosan tasbih, tahmid ada. Kalau bosan tahmid, takbir ada.

tasbih itu subhanallah

tahmid itu alhamulillah

takbir itu Allahu akbar

Kalau bosan zikir, Quran bulih di baca. Kalau bosan solat sunat lepas subuh, solat sunat sebelum subuh.. *TING* mane de solat sunat lepas subuh (sebelum subuh ade la)..saje nak test kengkawan ngantuk ke tak baca artikel penulis ni.

Kalau bosan dengan solat siang hari, bulih solat malam hari (Qiamullail). Kalau bosan sebab hari-hari makan, maka bulih lah puasa Isnin Khamis.

bersambung

Ahad, 21 Disember 2008

SiBUKS dan Bosan 3

Nampak dah? KiTA YANG PiLiH dan TENTUKAN KiTA nak sibuk dengan apa.. Sibuk ni memenatkan serta meletihkan badan.. betul tak?? Tak de sape yang sibuk tapi ‘energy is conserved’.. pelik lah pulak kalau jadi macam ni.

Maksudnya biasa lah kalau kita sibuk pastu penat dan letih.. Yang luar biasa nya kalau sibuk tapi bertenaga dan tak perlu rehat.. itu ROBOT lah nama nyerrr. Oleh kerana, sibuk itu penat dan meletihkan, berbaloi kah jika kita sibuk dengan perkara yang tidak mendatangkan kebaikan untuk hari akhirat kita?? Dah lah atas dunia ni sibuk, letih, penat, pastu bila tiba Hari Akhirat, kena masuk neraka pulak (na’uzubillahiminzalik). tu cerita hari akhirat.. dalam kubur tak cerita lagi.. Kalau dah atas dunia sibuk dengan perkara keji, maksiat dan yang dilarang Allah, agak-agak bulih ke kita nak ‘berehat dengan aman’ dalam kubur?? Huh, ingat kita bulih terlepas senang-senang jerr..

Kan tak berbaloi tuuu.. jadi, adalah lebih baik dan berbaloi sekiranya kita sibuk dengan perkara yang Allah suka atas dunia ni, supaya hari Akhirat kita nanti bahagia, tenang dan gembira.. Dengan itu, sibuk dan penat lelah kita atas dunia ini akan jadi sangatlah berguna dan membantu kehidupan kita di akhirat. Maka sesuai lah dengan tujuan penciptaan kita..BERiBADAH KPD ALLAH.. -Semua perbuatan baik yang di serta kan niat kerana Allah dikira sebagai ibadah-

bersambung..

Sabtu, 20 Disember 2008

SiBUKS dan Bosan 2

Tu je ke?? Sudah semestinya TiDAK. Kita boleh juga di sibukkan dengan perkara lain walaupun kita tengah belajar, kerja dan bercuti. Misal nya..

kita boleh pilih utk sibuk dengan:

1. menonton rancangan-rancangan menarik di tv atau menontong wayang.

2. tidor sepanjang hari sama ada terlalu letih kerana aktiviti semalam atau tak tahu nak buat apa

3. mainan kegemaran..

4. Berhias secara melampaui batas (mencantikkan diri dari segi fizikal sehingga melanggar peraturan yang telah digariskan Allah..seperti: memakai haruman pabila keluar rumah bagi wanita, mengenakan gincu, rambut palsu dan bulu mata palsu ~ini termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah~, pakaian yang jarang dan ketat, dan banyak lagi..)

5. aktiviti beli-belah dan melancong (melencong pun lebih kurang lah)

6. khayalan diri sendiri yang sia-sia (angan yang tak disertai dengan tindakkan susulan atau angan yang tidak berteraskan agama dan undang-undang).

7. tak puas hati sana, tak puas hati sini..

8. ngumpat sana, ngumpat sini

9. meeting situ, meeting sini..

Atau kita mahu sibuk dengan:

1. kerja-kerja sukarelawan

2. menghafaz Quran

3. memperelokkan bacaan Quran

4. Qiamullail

5. menelaah buku-buku ilmiah yang tersusun berderet dalam almari di rumah atau perputakaan

6. mempelajari sesuatu yang bermanfaat kepada iman sendiri dan orang ramai

7. memohon ampun dan taubat dari Allah

8. zikir dan istinghfar

9. mendidik keluarga dan masyarakat supaya mengenal Allah

bersambung

Jumaat, 19 Disember 2008

SiBUKS dan Bosan 1

Dengan nama Allah tuhan sekalian alam. Segala urusan Dia yang kawal. Kerana Dia adalah tuhan sekalian alam..(alam nyata, alam ghaib, alam khayalan, alam tinggi, alam rendah, alam air, alam darat dan segala alamlahh..)

Sibuk tak sekarang?? Ke tengah bosan tak tahu nak buat apa? Mungkin ada yang tengah sibuk.. dan mungkin ada yang tgh bosan. Yang sibuk tu, sibuk buat apa yea?? (bukan nak suruh jawab nihh, nak ajak fikir-fikir dan renung). Hmm, sedar tak wahai kawan-kawan sekalian, diri kita sendiri yang pilih diri kita nak sibuk dengan apa?.. ni contoh supaya kengkawan faham ~kalau tak kasi contoh memang tak sah~

1. bila kita belajar, kita pilih utk sibuk dengan ‘study’

2. bila kita kerja, kita pilih utk sibuk dengan ‘pekerjaan kita’

3. bila bercuti, kita pilih utk sibuk dengan pelbagai aktiviti kegemaran..


bersambung

Khamis, 18 Disember 2008

Gotong royong buat jahat 4

Setelah secara terang dan jelas Allah menyuruh kita jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan maksiat, Allah suruh pulak dengan terang dan jelas supaya kita tolong-menolong dalam perkara baik dan pahala.. haa Allah ni memang adil.. Tak kasi kita buat yang tak elok, dan perintah kan kita buat perkara elok dan mesti tolong-menolong.

Yea lah, kita ni bukan tak tahu tapi kekadang buat nakal.. Dah tengok orang tu rajin baca Quran, g buat sembang dgn dia. Bila orang rajin g masjid, kita asyik ngusik dia. Kekadang tu, bila ada orang jadi sopan pun sibuk nak gosip dia (sebab biasanya dia tu tak lah kontrol camgitu).

Patutnya kita ni, bila tgk kawan kita bersemangat nak jadi orang solih, kita pun kenalah bagi sokongan. Sekurang-kurangnya, kita ni tak membantutkan dia untuk terus mengerjakan amal solih tersebut.. Itu sekurang-kurang nya.. Macam mana sebaik-baik nya?? Sebaik-baik nya, kita bersama-sama seiring lah dengan dia untuk melaksanakan amal solih. Kan ayat Quran ade cakap “berlumbalah kamu dalam perkara kebaikan”. Nampak?? Bukan saja tolong-menolong dalam perkara kebaikan tetapi juga mesti berlumba-lumba utk melakukan kebaikan.

Ini tidak, kita manusia yang selalu terlupa ni selalu je berlumba loyar buruk (loyar buruk sapa paling best), lumba ngusik, lawan tengok-menengok, sapa paling lama ngadap komputer (buat apa? entah lah.. macam-macam.. kalau berfaedah utk akhirat okay lah jugak).. Ada lagi perlumbaan lain? Haaa ada, budaya paling ni, nak jadi paling tinggi lah, paling panjang lah, paling tualah, paling banyak makan lah, dan segala macam paling lagi.. Ni pesen mana berlumba pun penulis tak fahamlah.. entah apa lah yang dia nak dapat di akhirat kalau berlumba benda-benda gini..

Laaa.. baru perasan, melencong lagi.. eh? mane de lencong.. tengah hurai kan fasal tolong-menolong dalam perkara kebaikan.. Okay sambung balik. Bila kita tengok kawan kita nak buat benda baik dan solih tapi tak de kekuatan, kita lah kena bantu dia.. Jadikan dia itu bersungguh-sungguh dan serius nak buat, walaupun asal nya main-main je.

Contoh lain tolong-menolong dalam perkara baik dan pahala adalah:

1) Mengejutkan orang bangun solat.. tak kira lah solat apa pun.. solat malam ke solat wajib..

2) Menggalakkan orang bersedekah

3) Melakukan amar maaruf nahi mungkar

dan banyak lagi.. Apa saja bantuan yang menyebabkan seseorang beramal solih dan meninggal kan perkara mungkar.

Jom sama-sama buat baik dan tinggal benda mungkar..

Rabu, 17 Disember 2008

Gotong royong buat jahat 3

Allah larang kita dengan ayat yang begitu jelas supaya tidak membantu orang yang melakukan dosa dan maksiat. Ni baru hal-hal antara orang yang beragama Islam. Sama jugaklah dengan orang kafir pun. Kita tak boleh tolong-menolong dengan diorang kalau dalam hal mengutuk ajaran Islam, memperlekeh sunah Nabi (yang berpoligami,contohnya), mempersoal kan kebenaran wujudnya Allah dan bebagai lagi.. Hati-hati yea.. Kekadang kita ni suka je terlintas dalam hati “hmm betul jugak apa yang orang kafir ni cakap..etc..”. kalau orang kafir tu cakap benda yang betul dengan landasan dan undang-undang Allah, takpa lah jugak kita nak setuju cam gitu.

Ada lagi skop ‘tolong-menolong dalam perkara dosa dan maksiat’. tapi penulis tak huraikanlah dalam blog ni sebab skop lain tu mungkin tidak lah begitu berkaitan dengan kengkawan. Kalau hurai pun takut sebahagian besar yang membaca tidak dapat memahami isi yang bakal di sampaikan. Kalau masih berpeluang, di masa akan datang penulis akan sentuh fasal ‘tolong-menolong dalam perkara dosa dan maksiat’ mengikut huraian dan skop yang berbeza.

Selasa, 16 Disember 2008

Gotong royong buat jahat 2

Hmm.. contoh satu lagi,

ni kisah kanak-kanak dewasa, awal zaman 2000.

“Pada suatu hari dua orang kawan baik telah melakukan sesuatu yang melanggar peraturan sekolah. Perbuatan mereka di saksikan oleh seorang lagi rakan sekolah mereka yang juga kawan baik kedua-dua sahabat tadi (Maksudnya, dia menyimpan banyak ‘rahsia’ penting). Malang sekali bagi kedua kawan baik itu kerana guru sekolah mereka juga berada di tempat yang sama dan menyaksikan perlakuan kedua kawan baik (yang melanggar peraturan sekolah itu). Akhirnya, dua kawan baik itu di tangkap. Manakala rakan yang ketiga pula hanya dipanggil mengadap keesokkan hari di bilik guru disiplin. Apabila di soal siasat, rakan yang ketiga ini tidak menjawab walaupun sepatah kata.. Akhirnya, pelajar tersebut berjaya keluar dari bilik guru disiplin tanpa membocor kan sedikit rahsia pun mengenai dua kawan baik nya. Dia menarik nafas kelegaan..”

Haa.. rasanya contoh kedua ni lagi mudah kengkawan nak faham kan? Nampak tak? Apa yang penulis nak cerita adalah, bagaimana bersungguh nya, kawan yang ketiga itu, ‘membantu’ menyimpan rahsia kedua kawan baik nya supaya tidak bocor kepada guru disiplin. Walhal bukan dia tidak tahu apa yang kawan dia buat itu salah dan berdosa...

Apakah kepentingan cerita kedua cerita di atas dengan ayat 2 surah maidah? Cerita ni Cuma nak bagi kengkawan jelas, apa itu maksud ‘bertolong-tolong dalam perkara dosa dan maksiat’..

Ayat Quran ini jelas menunjukan pada kita betapa TIDAK boleh nya kita membantu dan menolong orang yang berbuat dosa dan maksiat. Membantu orang yang berbuat maksiat ni maksudnya, kita menggalakkan lagi dia berbuat maksiat sama ada secara lansung seperti:

1. takpa, dating sekali skala ok.. jangan terlalu kerap itu kurang ok

2. tengok tu.. ada perempuan cantik.. baju dia fuh... sungguh seksi sekali

3. Weh, laki tu hensem lah.. cuba tengok betul-betul.. eh? yeke ? tak nampak hensem pun? hensem lah.. tgk betul-betul

4. Eh, awak tak sakit hati ke dengan dia? tah hapa-hapa perangai dia, nyampah aku..

Dan macam-macam gaya lagi lah. yang di bawah ni pulak, adalah tolong-menolong dalam perkara maksiat, dosa dan permusuhan secara tidak langsung:

1. Nampak orang buat maksiat, tidak berupaya mencegah walaupun dengan hati.. Maksudnya.. ridha lah.. contoh

i) nak buat cane, dia memang gitu.. biarlahh.. let him be himself

ii) apa aku nak kesah, dia orang kafir.. dia nak pakai apa suka hati dia lah

iii) eh cam bes je buat macam gitu? nanti aku nak try buat sekali

iv) aku ni sapa lah sangat nak benci-benci maksiat orang, macamlah aku ni tak de dosa..

2. Siap ‘cover’ line gitu.. supaya temberang dan dosa itu tidak pecah..

3. Ternampak orang buat dosa dan maksiat.. tapi buat buat tak nampak jerrr.. macam orang buta gitu.

4. Lansung tiada usaha untuk menghalang perkembangan aktiviti maksiat dan dosa, walaupun diri sendiri tak buat perkara tersebut..

5. Tidak membantu orang yang melakukan amar maruf nahi mungkar kerana merasakan diri tidak layak membantu atau melakukan..

Ada banyak lagi contoh lain, ni kasi sikit je sebab penulis yakin kengkawan semua bulih mendapatkan contoh-contoh lain dari sumber-sumber yang lain..

Isnin, 15 Disember 2008

Gotong Royong buat jahat

Dah khatam baca quran tahun ni??? Kalau tak khatam cepat-cepatlah khatam.. tapi pastikan kengkawan baca dengan tajwid yang betul dan memahami makna kalimah-kalimah yang terkandung di dalamnya..

Ni penulis nak bercerita tentang ayat Quran dari surah Maidah ayat 2. Fasal tolong-menolong atau gotong royong. Kan ada peribahasa Melayu ‘yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing’. Ni kira praktikal pemahaman tolong-menolong lah. Yang penulis nak highlight adalah TOLONG-MENOLONG DALAM PERKARA KEBAIKAN dan JANGAN TOLONG-MENOLONG DALAM PERKARA BURUK dan MAKSIAT.

“..Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan jangan lah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan..”

Al-Maidah: 2

Biasa tak melalui satu situasi yang mana kengkawan akan diberi ‘nasihat’ oleh kengkawan yang lain dengan ayat “tolong la cover dia”..?? Pernah tak? kalau tak pernah diberi ‘nasihat’ macam gini pun, kengkawan mesti pernah dengar orang cakap ayat gini kan?

Kalau ikut pengalaman penulis, ayat ni biasanya di gunakan untuk mengajak orang lain ‘cover’ seseorang yang telah berbuat kesalahan.. Faham tak?? Hmm contoh senang macam nilah,

“Pada suatu hari Si fulanah A telah berpakat dengan B utk merosakkan majlis si Fulanah C. Tetapi rancangan mereka di ketahui oleh Si fulanah D (tanpa di ketahui bahawa Si D ini sudah mengetahui rancangan A dan B). Setelah mangsa (Si C) mengetahui majlis nya di rosakkan oleh si A dan B, si C pun bertanya pada Si D untuk penjelasan kerana merasakan Si D mungkin mengetahui rancangan si A dan B. Walau bagaimanapun, si D hanya mendiamkan diri serta memberi isyarat kepada si C, seolah-olah si A dan B itu tidak bersalah..”

Faham tak cerita ni?Banyak sangat huruf eh? Hmm nanti penulis fikir contoh lain..

Ahad, 14 Disember 2008

Panggilan ibu & ALLAH 3

Kalau solat wajib pun dah berat dan malas nak solat, apalagi amal ibadah lain yang sunat-sunat tu.. Ni bukan nak ngate sape-sape. Peringatan untuk diri sendiri jugak.. Kalau malas nak solat, agak-agak tercapai ke objektif kita diciptakan oleh ALLAH? Ye lah, kadang-kadang bila tanya kengkawan fasal matlamat hidup, ada yang akan jawab “kita masing-masing ada matlamat hidup dan kepuasan yang berbeza”. Aik? sejak bila pulak matlamat hidup kita berbeza ni?? kan dah jelas Allah beritahu dalam Quran matlamat hidup kita..

Tahu tak, bila kita ada rasa berat untuk solat wajib, itu tanda-tanda ada titik hitam dalam hati kita.. Titik hitam takkan datang secara automatik. Ia adalah hasil dari pelaburan dosa kita. Banyak titik hitam, malas nak solat. Bila malas nak solat, segala kesan baik solat takkan melekat pada kita. Solat itu mencegah perkara keji dan munkar. Bila tak lekat kesan ni, maksudnya? Hmm perkara keji dan mungkar tu lah yang melekat di badan kita.. Suka tak badan kita melekat peluh dan segala debu-debu? Sapa suka kan?.. Macam tu lah juga perkara keji dan mungkar ni. Ia ‘membusukkan’ badan dan hati kita.

Ada satu lagi persoalan. Solat awal waktu dah solat dah, tapi perkara keji dan mungkar pun buat jugak. Sama naik. Macam mana tu? Kata solat itu mencegah perkara keji dan mungkar? Hmm, solat yang mencegah perkara keji dan mungkar adalah solat yang sebenar-benar solat. Solat yang hati nya menyertai pergerakan solat itu..

Susah oo nak menghadir kan hati dalam solat. Nak-nak time ‘kena fikir macam-macam’. Masa solat lah nak dapat segala idea. tu setan la tu..

Hmm dah panjang sangat lari dari topik.. Inti pati yag nak dikongsi dengan kengkawan kali ni adalah: Solat lah di awal waktu, memang susah, tapi bukan lah mustahil. Kerana CINTA yang BUTA kita sanggup lakukan apa saja. Ini kan pula CINTA yang CELIK dan BENAR, dah tentulah lebih dari sanggup untuk kita melakukan PERINTAHNYA..

Maka apakah kaitan panggilan ibu, panggilan Allah dan panggilan ke mesyuarat? kaitan nya hanya lah begini. Pabila anda di panggil ke mesyuarat, bersungguh anda menghadirkan diri dan bersiap utk menghadapinya. Jika ibu yang di anggap paling banyak jasa kepada kita atas dunia ini memanggil kita maka kita kenalah menyahutnya. Jika panggilan itu adalah utk Allah atau Allah yang memanggil kita, adalah sangat-sangat lah perlu utk kita menyahut panggilan Allah dengan segera..SEGERA.. Malu lerr dengan Allah jika kita segera menyahut panggilan ibu dan panggilan mesyuarat tapi LENGAH menyahut panggilan azan utk bersolat..

Renunglah sejenak, selama ini panggilan siapa kah yang kita utama kan dalam hidup kita?? Mesyuarat?? ibu?? atau Allah?

Sabtu, 13 Disember 2008

Panggilan ibu & ALLAH 2

Kerja, ibu dan Allah yang mana lebih UTAMA? Semua nya utama. tapi yang mana LEBIH UTAMA?? Haaa.. tau dah. takkan lah kengkawan nak jawab selain dari ALLAH pulak kan?. Mesti lah yang utama itu Allah.

Halloo, Allah kasi kita nyawa, Allah kasi kita kehidupan, Allah kasi kita ‘pekerjaan’, Allah kasi kita hidup yang bahagia, Allah kasi kita ibu yang mengandungkan, bila buat salah, Allah sanggup ampun kan. Dah lah Allah dah bagi macam-macam nikmat pada kita, pastu bulih maaf kan kita pulak bila kita buat salah. Kita nak cakap benda lain lebih utama dari Allah? Huh, memang dahsyat lah kamu, jika ada perkara lain yang lebih utama dari Allah.

Maka dengan itu, bila ada panggilan utk kita bertemu dengan Allah, patut kah kita lengahkan??? Maksud panggilan bertemu Allah kat sini ialah solat. (Kalau nak mati -panggilan bertemu Allah jugak- tu dah tak de pilihan. Tak boleh nak tangguh dah). Nak lengahkan solat?? Tak usah lah di jawab soalan ini, kerana ia bukan untuk dijawab. Cuma pencetus muhasabah sahaja..

Sebelum menyambung, marilah penulis ‘heret’ kengkawan dengan satu lagi soalan. Kalau ada orang panggil kita dari jauh, dan kita dengar sayup-sayup(antara dengar dan tak dengar), tentu kita akan pusing. betul tak?? Lebih-lebih lagi suara panggilan itu sangat kita kenali.. dan kalau kita dengar panggilan sayup-sayup, tapi suara itu adalah suara tak dikenali atau datang dari orang yang kita memang ‘bengang dan malas nak layan’, sah-sah kita buat pekak badak jerr. Yea tak?? eleh jangan nak mohonglahh.. Satu lagi, kalau orang panggil kita punyerr lah kuat tapi kita buat tak tahu jerr, mestilah ada yang tak kena..betul tak?? Hmm btul la tu. Tak yah fikir-fikir dah. Takut bocor rahsia la tu..

Ni lah umpamanya kalau kita dengar azan tapi buat ‘dek’ jerr (buat tak tahu saja). Mentang-mentang tengah khusyuk buat keje (tidor terutamanya), takpalah siapkan kerja(di baca: tidor) dulu pastu baru solat.. HAi kengkawan, siapakah yang akan menjamin kita masih hidup selepas selesai kerja tidor kita itu?? (tak kesah lah kerja lain pun, sama jugak).

Ooo.. kalau gofren(girlfriend) mesej, cepat je balas. Takpun, kalau lelaki hensem kasi mesej, kemain bersungguh-sungguh reply mesej dia. Tapi bila azan berkumandang, kemain liat nak bangun solat.. Hmm apa nak jadi dengan hidup kita kalau kita bersikap macam ni? Allah dah cakap..

“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku”
Az-Dzariyat: 56

Ada lagi sambungan nya.. esok pulak..
Sikit-sikit supaya bulih serap dan amal..

Jumaat, 12 Disember 2008

MENG-HARGAi

Entri ini ditulis untuk seseorang yang suka menghargai orang lain. Jika kengkawan suka menghargai orang sekeliling, silalah teruskan bacaan. Jika sebaliknya pun bulih baca jugak. Tapi tak dapat lah nak ‘menjiwai’ penulisan penulis ni. Sebab ia untuk orang yang pernah menghargai dan suka menghargai orang..

Menghargai itu adalah sikap yang baik.. Orang yang hidup di sekeliling kita pun suka jika kita bijak menghargai orang. Betul tak? Kita pun bahagia bila orang lain tersenyum membalas penghargaan kita (Biarpun penghargaan kita itu hanya di balas dengan satu senyuman). Kan? btul kan?? Bukan saja cara orang membalas penghargaan itu pelbagai, cara kita menghargai orang pun banyak selain dari sebab menghargai.

Yang penulis nak kongsi dengan kengkawan adalah semua yang tidak berkaitan dengan yang penulis dah senarai di atas.. iaitu perkara yang perlu kita ingati semasa kita melakukan penghargaan kepada seseorang terutamanya manusia dan apa saja makhluq Allah..

Apa yang kita perlu ingat?? Siapakah sebenarnya yang memberi perasaan kepada kita untuk menghargai dan siapakah yang membuka jalan kepada seseorang itu supaya melakukan sesuatu yang kita rasa sangat berharga sehingga ia perlu di hargai oleh kita.. (Ini lah yang perlu kita ingat, bila kita rasa sangat-sangat menghargai seseorang)..

JAWAPANNYA: ALLAH.. setuju tak? aiseh..takkan tak setuju pulaks kan..

Okay tak setakat tu? Apakah kesimpulan nya? Menghargai itu suatu sikap yang bagus, tapi ia adalah jadi lebih indah jika dihiasi dengan ‘ingatan’ di atas.

Dan jangan lupa.. PENGHARGAAN yang paling berbaloi adalah penghargaan kepada Allah kerana DIA telah memberikan seseorang yang mampu utk menghargai, selain, mempertemukan kita dengan orang yang menyebabkan kita rasa ‘dia’ itu perlu di hargai..

Terima Kasih kerana menghargai dan mengajar penulis untuk menghargai..

(penulis ni dulu tak pandai menghargai.. tapi penulis belajar menghargai dari seorang sahabat penulis yang sangat sabar dengan ‘sikap semulajadi’ penulis.. akhirnya sikap sabar sahabat tersebut telah menjadi jalan yang menyebabkan penulis berazam utk berubah ~but it is not an easy job to be done~)

Ingat tauuu.. sebaik-baik penghargaan adalah kepada Allah..bye..

Panggilan ibu & ALLAH 1

~sebenarnya dah lama karang entri ni. tapi tak berani nak masukkan dalam blog sebab takut tak terdaya menghadapi ayat Allah “apakah Kami akan biarkan kamu tidak di uji, jika kamu mengatakan kamu beriman?”. Setelah memikirkan, baik buruk nya kepada diri dan masyarakat, rasa nya penulis perlu mengeluarkan karangan penulis ini. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua dan tidak di pandang sebelah mata atau sia-sia oleh Allah~

Hallooo.. Selamat pagi kengkawan. Dah solat subuh? Berjamaah tak hari ni? Owh? siap g azan kat masjid? Bagus nyerrr. Sejuukkk hati ada kawan macam ni. Tugas panggil orang solat ni kan tugas mulia..

Pengalaman penulis masa azan dilaungkan oleh adik sendiri di masjid, mmg sangat mengharu kan. Cemburu pun ada. Yea lah, bukan aje pahala solat sendiri dia dapat, tapi pahala panggil orang lain solat pun dia dapat..

Okay. Nak tukar fokus sikit. Biasanya, dalam banyak-banyak azan sehari, waktu mana kita jarang dengar? Hmm, solat subuh eh? Tak yah nak nyorok pulak. Macam lah penulis tak tahu. Nak-nak pulak, malam tadi sibuk dengan meeting dan assignment. Lagi lah tak dengar azan subuh keesokkan nya (maksudnya, bangun solat lambat lahh).. Ni crita fasal azan.

Ni nak crita fasal meting pulak. Kalau ada orang panggil kita g meeting, biasanya kita akan diberitahu masa dan tempat. Kadang-kadang agenda meeting pun orang dah beritahu kita. Kita pun berusaha lah utk menepati masa, supaya kita tidak terlambat g meeting. Nanti kalau lambat, takut kita tertinggal maklumat atau orang dalam meeting marah kita sebab dah ganggu perjalanan meeting. Betul tak?

Next, kalau mak kita panggil pulak. Kengkawan tahu tak, bila mak kita panggil kita, kita WAJiB jawab panggilan itu, kecuali kita tengah solat wajib. Dengan perkataan lain, dalam solat sunat pun kita kena jawab panggilan ibu. Hanya pabila kita solat subuh, zuhur, asar, maghrib dan Isya’ sahaja yang kita di benar kan untuk mengabaikan panggilan ibu.

SO, apa kah kaitan di antara, azan, panggilan ke mesyuarat dan panggilan ibu?

Azan, adalah panggilan untuk bertemu Allah..

Mesyuarat adalah panggilan utk kita berbincang dan mengurus kerja

Panggilan ibu, adalah panggilan ibu lahh..

Kaitannya akan di beritahu dalam entri seterusnya.. Selamat bersabar dan istiqamah..



Khamis, 11 Disember 2008

AYAM belah TiGA !


Al-kisah benar yang dikongsi oleh seorang suri rumah pada penulis. Memang lucu habis. Tgh nak tulis ni pun rasa nak tergelak lagi.

Pada suatu hari dia ke pasar mahu membeli barang keperluan dapur untuk memasak. Sesampai di tempat ayam, suri rumah yang baru mendiri kan rumah tangga itu pun memesan ayam seekor kepada penjual. Kemudian penjual itu pun tanya lah dia. “Kak nak potong berapa ayam ni?”.. Haa part ni lah yang start klakar nya. Tak habis tulis lagi pun penulis dah tersengih-sengih lagi. Mengingatkan jawapan suri rumah tersebut pada penjual ayam. Nak tahu apa jawapan nya?

ni jawapan nya.. “Hmm belah(potong) tiga lah”. Hihihi. Tahu tak apa penjual ayam tu jawab? Ni jawapan penjual ayam tu.. “eh? Macam mana nak belah tiga ya?”. Dengan selamber nya suri rumah itu menjawab “owh? tak boleh ke? macam mana yang boleh?”. Penjual ayam itu keheranan lah dengan jawapan suri rumah itu dan berkata, “Biasanya, paling sikit orang potong ayam, belah empat. Kalau tiga tu, saya tak tahu nak potong ikut mana kak”. Kemudian suri rumah tu pun dengan tenang menjawab, “okay lah, kalau gitu, belah je empat”. Hahaha.

LUCU tak? Lerrr penat cerita, tak lucu ke pulak..

Faham ke tak? Sebenarnya, bila bli ayam, biasanya orang akan mintak belah 4, 8, 16 atau 32. Tak de orang mintak belah tiga macam suri rumah ni buat. Ayam tu kan simetri. maka mustahil lah untuk di belah dengan nombor ganjil. (Kalau tak faham jugak, itu tanda-tanda tak pernah siang ayam).

Sebab tu lah penjual ayam tu pelik bila suri rumah tu mintak belah tiga. Dah lama cerita ni di ceritakan oleh suri rumah itu pada penulis. Tapi sampai sekarang (kalau lalu kat pasar atau terkenang cerita ni), mesti rasa tersenyum sorang-sorang. Lucu sungguh..

Kisah ini hanya lah secebis dah berlambak kisah manusia yang hidup atas dunia ini..Tahu tak apa pengajaran nya?? Haaa, rajin-rajin lah g pasar. Saja je kongsi cerita ni dengan kengkawan. Untuk apa? Pergi pasar ini adalah salah satu ilmu kehidupan. Nak tak nak kita mmg kena jugak g pasar suatu hari nanti. Kaya macam mana pun, bulih makan kat kedai makan, tapi bila datang musim raya, mane de kedai makan yang bukak. Lagi-lagi lah pagi raya.. So, kenalah jugak belajar masak dan nak masak kenalah ada barang dari pasar..

Beramal kena ada ilmu, kalau beramal tak de ilmu nanti sesat.. Kalau beli ayam macam kat atas tadi tak pelah. Silap gitu takpa, sbb dan-dan (dengan segera) bulih di betulkan. Pastu bulih jadi pengalaman manis pulak tu. Tapi kalau dalam perkahwinan?(aiks? tetiba perkahwinan? hmm sbb cerita g pasar ni sinonim dengan suri rumah -kan orang yang dah kawin- walaupun yang g pasar tu tak semestinya suri rumah semata). tersalah mendidik anak-anak??..~eh dah terlebih tulis ni~. Haaa fikir-fikir lah..

Kalau beramal tak de ilmu sesat, kalau ada ilmu tak amal pun macam orang sesat..

Kalau sesat, cari ilmu dapat lah pulang kepangkal jalan..

Ilmu itu penting.. Tapi taufiq dan hidayah Allah lagi penting..

Rabu, 10 Disember 2008

Lencongan 3

Lencong cakap dan tulis, kita bulih sedar, tu pun ikut keadaan. Kekadang lambat jugak nak sedar. Kalau melencong dalam hidup, susah ooo nak sedar. Sebab melencong dalam hidup ni hanya boleh di sedari dengan ilmu atau pabila ada orang beritahu dan yang paling penting sekali ‘taufiq dan hidayah’ Allah. Ingat semua orang nak beritahu kita ke kalau kita melencong dalam hidup? Hmm, jangan haraplah.. Ada setengah orang lagi best tgk kita ‘melencong’. Siap bagi galakan pulak tu.. Nak tahu cane? Ni nak bagi contoh sikit:

Kata lah kita ni suka tengok ceritera-ceritera, sekali tgk pulak, macam tak ingat akhirat dah. kawan kita pun datang.. dia pun cakap “eh? tgk crita ni? crita ni best.. tapi ada satu lagi cerita, lagiiii best..nak tgk, sy ade cd nya”

(ni ayat reka sendiri je nih. tak de mengajuk sapa-sapa punya ayat). Tahuu kengkawan tak de nyerr sikap camni. Insya Allah, kengkawan yang baca blog penulis ni baik-baik belaka..

satu lagi situasi ‘melencong’ dari jalan lurus:

Sekarang dah masuk waktu solat, tapi letih lah, baru je balik kelas ni (tak pun baru je balik kerja). Nak tidor puluh(10) minit jerr. Letih sangat ni. Dengan ‘bertimbang rasa’ nya rumet, ke housemate pun kata “takpelah, tidor-tidor, nanti sy kejut awak”. Sapa yang bulih jamin anda bangun kembali setelah ‘tidor sepuluh minit jerr’ tu? kalau tidor trusss cane?

satu lagi:

Eh? kenapa kluar ke beranda tak pakai tudung tu? (kawasan beranda rumah itu dapat dilihat dengan jelas oleh orang luar rumah). Ala, tak pe lah, bukan nya ade orang nak tengok pun. ~lencongan telah berlaku~ kerana memandang remeh perintah Allah kepada wanita supaya menutup aurat.

nak contoh lain?:

dah tak larat lah nak kasi contoh.. Pendek cerita nya (walaupun dah panjang berela-ela), apa kita buat dalam hidup ni, jangan melencong. Pasti kan kita jelas dengan matlamat dan tujuan kita melakukan sesuatu perkara. Misalnya, nak makan, minum, bercakap, menulis, belajar, berkawan, tidur, bermain dan macam-macam lagilah. Kejelasan matlamat dan tujuan akan membantu untuk kita ‘keep on track’ dan tidak melencong.

ingat-ingat-ingat-ingat-ingat-ingat-ingat.

Lupa? cepat-cepat ingat kan diri.. Kalau dah ingat tapi susah sangat nak kembali dari lencongan, mintak lah doa dengan Allah supaya kita kuat dan tidak tersungkur depan tuntutan hawa nafsu dan syaitan..

Yang penting usaha-usaha-usaha-usaha-usaha.. dan jangan menyerah kalah.

Ingat Allah banyak-banyak.. Nanti Allah ingat kita banyak jugak.


“Tunjukilah kami jalan yang lurus”

Al-fatihah: 6

Entri terkenal