YA Allah, gaza diserang.. Bukan serangan biasa-biasa. Sungguh dahsyat. Akan tetapi Palestin diserang itu perkara biasa. Cuba kalau Malaysia yang diserang? Hmm sudah tentu luar biasa. Adakah kita mahu menunggu perkara luar biasa terjadi barulah kita terkedek-kedek untuk mengambil tahu dan menunjukkan semangat kesatuan ummah?
Mahu tahu sesuatu yang ganjil tetapi benar? Selama penulis membaca akhbar utama di Malaysia, hari ini adalah hari pertama penulis mendapati isu Palestin menjadi isu hangat di dalam akhbar. Akan tetapi, itu hanya berlaku di dalam akhbar UTUSAN Melayu. Jika tidak salah lihat, hampir dua muka lebih, utusan mengulas mengenai isu Palestin, termasuk di bahagian berita dunia. Berbeza dengan Berita Harian, hanya satu muka (iaitu dibahagian berita dunia) sahaja. Manakala NST, hanya sedikit sahaja menyentuh isu Palestin berbanding The Star lansung tidak menyentuh isu tersebut.
Tidak perlu lagi penulis masukkan di sini apakah yang sebenarnya berlaku di Gaza, umumnya Palestin. Semua penduduk dunia sudah maklum. Yang ingin penulis kongsikan bersama kawan-kawan pembaca sekalian adalah, bagaimanakah sikap dan pendirian kita apabila berhadapan dengan situasi dan isu-isu sebegini..
Mengambil tahu sahaja tidak cukup. Umpama kita bertanya khabar kawan yang sedang sakit. Cukupkah sekadar kita tahu yang dia sedang sakit? BERTUAH lah kita sebagai kawan, jika kita hanya tahu rakan sedang sakit tapi tidak berbuat apa-apa. Begitu jugalah dengan isu Palestin..
Adakah sudah kira cukup jika kita mengetahui angka-angka dan statistik yang sedang berlaku di Palestin? Adakah sudah cukup dengan kita mengikuti perkembangan berita terkini mengenai Palestin?.. Jika penulis di tanya dengan soalan ini, maka penulis akan menjawab “tidak cukup”. Bagaimana dengan kawan-kawan pembaca sekalian? Secara minimumnya, bolehlah dikatakan sudah cukup baik dan bagus kita mengambil tahu pekembangan terkini yang berlaku di Palestin. Tetapi, adakah kita hanya mahu menjadi orang yang ‘cukup-cukup’ sahaja? Contohnya dalam peperiksaan atau ujian, kita mahu ‘cukup-cukup’ atau sedaya yang kita mampu capai?
Hmm begitulah juga sikap kita dalam isu Palestin ini. Apa yang boleh kita lakukan? Doa, sedeqah, sebarkan berita, timbulkan kesedaran dalam masyarakat, belajar rajin-rajin, tinggalkan amalan sia-sia yang telah menjadi rutin harian, solat hajat, tambahkan amal-amal solih.
Perasankah kawan-kawan, antara tempat yang diserang oleh Israel adalah Universiti Gaza? Adakah kawan-kawan nampak betapa pentingnya Universiti Gaza sehingga ia diserang begitu sekali oleh Rejim Zionis? Sesudah bosan menyerang masjid-masjid dan rumah kediaman, Israel menjadikan Universiti pula sebagai sasaran serangan.
Secara asasnya, kita semua memahami peranan universiti adalah melahirkan masyarakat dan individu-individu yang berilmu. Kemudian, orang-orang yang berilmu inilah yang akan berperanan dalam masyarakat, sama ada di bidang kerja-kerja profesional sehinggalah kepada memimpin sesebuah negara. Ya, orang berilmu sangat penting kepada sesebuah negara. Tiada sesuatu pun yang dapat menafikan hakikat ini. Allah pun memuliakan orang yang berilmu. Selain itu, Israel juga menghabiskan sebahagian besar dari bajet negaranya untuk pembangunan institusi pendidikan, supaya dapat melahirkan generasi berilmu. Hmm.. Israel pun mengiktiraf kepentingan ilmu. Itulah antara sebab Israel menyerang Universiti Gaza.
Palestin sudah lama diserang, Iraq pun tidak ketinggalan, ketewasan Islam di Bosnia sepuluh tahun dahulu pun tidak dapat dinafikan, Selatan Siam tidak pernah sunyi dari pergolakkan, fitnah-fitnah ke atas umat Islam seiring berlaku di indonesia.. Begitu juga dengan Filipina, orang Islam dianggap begitu asing di sana. Tinggal kita, yang berada di negara Malaysia sahaja masih seronok hidup dalam dunia sendiri.
Tidak sedarkah kita, Islam diancam disegenap penjuru?
Kita masih gembira dengan cerita-cerita baru yang ditayang di pawagam.
Sedangkan umat Islam di negara lain sedang sibuk mempertahankan diri menyelamatkan maruah dan agama mereka.
Kita memaksimumkan penggunaan masa dengan berbual kosong, tidur dan bermain-main. Sedangkan umat Islam di negara lain sedang bertungkus-lumus berfikir mencari jalan untuk menjadi syahid.
Perut kita sentiasa kita penuhkan dengan pelbagai jenis makanan kegemaran yang kita sentiasa ‘kempunan’, tetapi umat Islam di tempat lain tidak sempat berfikir apakah makanan yang boleh dimakan pada waktu makan nanti.
Kita di UIA, belajar dalam kelas sambil mengantuk kerana sejuk dan nyamannya suasana kelas, tetapi umat islam di Palestin terpaksa berdepan dengan senapang dan tembakkan peluru semasa ingin ke sekolah menuntut ilmu.
Tidak terasa apa-apa kah wahai saudara-saudara ku di Malaysia? Saudara kita di Palestin di tembak, di bom, di siat, di musuhi, adakah kita di Malaysia ini masih mahu bermalasan dalam solat? Tidak menghiraukan dosa pahala apabila melakukan sesuatu? Adakah kita masih mahu menurut segala kehendak hawa nafsu kita? Marilah kita renung sejenak, bagaimanakah sikap kita terhadap isu Palestin.. Renunglah dan bertindak. Jangan renung sahaja.. Sia-sia pulaks..
Lakukan sesuatu yang kita mampu. Supaya kita mampu membuktikan kepada Allah di akhirat kelak, bahawa kita benar-benar menjalankan tugas sebagai KHALiFAH-NYA di muka bumi ini.
Selamat beramal..